Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Skru’ Kecil Mudah yang Dapat Menyelamatkan Planet Kediaman Kita, Bahagian 4 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi mereka (anak murid) ingin tahu tentang Bulan kerana manusia telah menyediakan banyak mesin dan alat untuk pergi ke Bulan. Sesetengahnya sudah pergi ke Bulan. Sesetengahnya gagal dan sesetengahnya berjaya. Tetapi tak terlalu banyak orang tahu akan Bulan, maksud saya hidupan di Bulan, bukan hanya permukaan Bulan.

Di dalam Bulan... Saya bercakap dengan Raja Bulan. Namanya-Nya Raja Plalos. P-L-A-L-O-S. Baginda ialah Raja Bulan selama-lamanya kerana orang Bulan percayai Baginda. Tak perlu menukar mana-mana raja, seperti setiap empat, lima tahun kita menukar presiden di Bumi.

Orang Bulan tahu banyak tentang kita tetapi kita tak tahu apa-apa pun tentang mereka. Mereka tinggal di dalam Bulan, bukan di permukaan Bulan. Mereka ada badan fizikal seperti kita. Mereka ada hampir setengah juta orang yang tinggal di dalam Bulan. Di dalam Bulan ialah tempat yang indah juga. Ada pokok, pokok buah, rumput, bunga, hampir sama seperti kita di sini, cuma mereka tak makan buah-buahan, tak makan apa-apa sayur yang bertumbuh di sekitar sana. Ia dah pun ada di sana. Ia dah pun ada di sana sepanjang masa sebelum mereka datang. Semua orang Bulan bukan pada asalnya di Bulan. Mereka datang selepas itu. Saya tiada… Saya akan beritahu anda apa yang saya teringat. Ia tak mengikut urutan tetapi akan berikan gambaran keseluruhan. Sebelum datang ke Bulan, mereka ada dunia sendiri. Ia dipanggil… Biar saya ingat. Saya dah lupa.

Ya, sebelumnya, orang Bulan ada dunia sendiri. Ia dipanggil ‘dunia aman’. Mereka hidup bahagia di sana dan segalanya baik-baik saja sehingga kumpulan jiran yang suka berperang datang, ingin serap mereka ke dalam kumpulan mereka, membuat diri menjadi raja dan mengawal orang. Jadi orang di dunia aman ini terpaksa melarikan diri. Mereka tak nak tinggal bersama raja dan orang yang berbeza ini kerana mereka ialah syaitan ghairah. Mereka berperingkat rendah sekali, lebih rendah. Jadi orang dunia aman berdamai dengan mereka. Mereka kata, “Baiklah, jika engkau mahukannya, engkau mendapatnya. Kami akan tinggalkan sini. Jangan berlawan, jangan menyusahkan kami.” Jadi mereka bersetuju macam itu. Jadi Raja Plalos bawa rakyat-Nya pergi ke Bulan dan tinggal di sana hingga sekarang.

Sebelum mereka datang, Bulan, bahagian dalam Bulan, sudah ada dunia sendiri dengan segala jenis benda, serupa dengan dunia kita di luar, malah ada kecerahan dari tempat-tempat yang berlainan, dan ada segala jenis pemandangan, ada air, ada sungai, ada anak sungai, ada tasik, ada laut. Oleh itu, mereka menetap di kawasan ini. Mereka tak perlu makan apa-apa pun. Mereka adalah breatharian. Sekarang kita panggil mereka sebagai orang Bulan supaya lebih senang untuk anda ingat, membezakan siapa di mana.

Tetapi orang Bulan ini bersifat damai. Sebab itulah mereka tak melawan balik. Mereka sangat maju dalam teknologi. Mereka semua di Peringkat Keempat. Sesetengahnya mungkin Peringkat Keempat rendah, Keempat pertengahan atau Keempat tinggi. Masih ingat, sebelumnya saya berkata kepada anda bahawa ada dari Peringkat Astral hingga ke Peringkat Kelima. Oang-orang ini dari Peringkat Keempat. Mereka berada dalam badan fizikal. Mereka telah capai Peringkat Keempat tetapi ada badan fizikal, jadi mereka seperti orang hidup selama-lamanya. Mereka tak perlu mati. Mereka tak perlu makan atau minum apa-apa pun. Mereka terus hidup macam itu.

Saya tanya Rajanya, “Jadi bagaimana kalian hidup setiap hari, kalian?” Dia kata, “Oh, kami hidup bahagia! Kemudian kami buat benda baharu untuk seronok-seronok dan pergi melawat planet lain yang berdekatan, pergi ke planetmu.” Saya kata, “Mengapa engkau nak melawat planet kami? Hanya melihat-lihat?” Dia kata, “Tidak, tidak, tidak. Kami juga tanggungjawab untuk melindungi keselamatan planetmu.” Jadi saya ucapkan terima kasih kpd Baginda.

Apa-apa yang saya teringat, saya beritahu anda saja. Ia tak perlu mengikut urutan macam satu, dua, tiga, empat kerana pada bila-bila saya berhubung dengan mana-mana makhluk planet lain, Syurga atau Tuhan, saya lakukannya dalam kegelapan semasa bermeditasi. Dalam samadhi, kita tak dapat mengambil pen dan tulis. Jika saya cuba keluar daripada samadhi dan kembali ke dunia, maka barangkali lebih sukar bagi saya kembali ke sana. Minda mula berfikir, maka sukar nak kembali ke sana semula. Saya buat begitu kadangkala. Saya perlu beritahu mereka bahawa saya akan kembali ke sini. Saya perlu pergi buat ini, buat itu, hal cemas, dan akan kembali ke sana. Tetapi lebih baik jika kita hanya duduk di sana dan berada dlm mood itu, di peringkat itu untuk bercakap dengan mereka atau buat sesuatu bersama mereka.

Jadi orang Bulan turun ke sini kadangkala – bukan kadangkala, kerap. Saya tanya berapa kerap. Mereka kata malah setiap beberapa hari, banyak kali seminggu, beberapa kali seminggu, kerap, kerana mereka juga nak bantu dunia ini mengekalkan keselamatan sebanyak mungkin. Jadi saya kata, “OK, boleh engkau bantu? Jika kami ada perang dunia lagi, contohnya, boleh engkau bantu kami buat sesuatu, hentikan peperangan, bawa keamanan?” Jadi Dia kata, “Tidak, tidak, kami tak nak. Kami hanya buat sebanyak yang boleh dalam kedamaian kerana manusia sangat agresif. Lebih baik kami tidak campur tangan dalam tindakan atau rancangan mereka.”

Banyak planet, apabila saya bercakap dengan mereka, mereka semua takut pada kita, memang macam itu. Itu menyedihkan. Itu tidak membanggakan, kerana kita ada jauh lebih banyak daripada banyak daripada mereka. Banyak daripada mereka tiada pokok buah yang kita ada – pokok buah yang kurang. Dan tak begitu cantik – hijau dan penuh bunga, sungai yang indah dan air yang boleh diminum, semua itu. Sesetengahnya kurang daripada kita, sesetengahnya lebih banyak. Ini bergantung kpd peringkat mrk juga. Tetapi mereka semua sangat takut pada kita. Kita terlalu suka berperang, terlalu agresif, terlalu tidak damai. Maaf, itu apa yang mereka beritahu saya. Itu bagaimana mereka memerhatikan kita dan buat komen itu. Betul kata-kata mereka. Anda semua tahu akan itu.

Sesetengah dunia planet yang inferior pun, mereka lebih damai. Mereka tidak berperang atas apa-apa pun. Mereka berunding, berbincang, buat cadangan tetapi tidak pergi saling menembak hanya untuk ambil tanah mereka, untuk buktikan pendapat mereka, untuk mengawal atau apa-apa pun seperti itu. Dahsyatnya kita. Kita hampir dekat dengan neraka, cara kita memperlakukan sesama kita dan terhadap makhluk tak berdosa yang lain seperti orang-haiwan. Lama dahulu semasa saya bebas dan pergi ke sana sini dengan pemandu, dah tentu, saya nampak iklan pada dinding jalanan dan berapa harga daging ini, daging itu. Ya Tuhan, saya menggeletar, berfikir, “Ya Tuhan, begitu berbahaya hidup di dunia ini sini.” Jadi lihatlah, jiran syaitan ganas yang lain datang mengambil tanah mereka (orang dunia aman) pun, mereka juga tidak cuba dapatkan bayaran balik, melawan balik. Mereka hanya pergi ke tempat lain dan hidup aman damai seperti di bahagian dalam Bulan sekarang Itu tempat mereka menetap dan gembira di sana. Mereka juga pergi ke tempat sekitar, melawat planet mesra yang lain atau meninjau kita untuk lihat sama ada terdapat apa-apa yang boleh mereka bantu. Apa-apa yang boleh mereka bantu saja, mereka tidak cuba hentikan peperangan dengan garang untuk kita atau buat apa-apa kerana mereka memang tak suka berperang. Mereka tak sukanya. Mereka rasa jika apa-apa planet ingin saling berperang, okey, itu masalah mereka. Mereka tak perlu campur tangan. Mereka hanya bantu secara senyap, apa-apa yang boleh. Itu saja.

Saya baru teringat saya tanya sama ada orang di Bulan, orang Bulan, menjadi tua atau gunakan apa-apa untuk membuat diri kekal begitu muda dan cantik. Mereka kata, “Tidak, tak perlukan apa-apa pun.” Mereka macam itu selama-lamanya. Saya tanya sama ada orang di Bulan berkahwin, ada pasangan atau hubungan romantik atau tidak. Mereka kata, “Ya, kami ada.” Saya kata, “Engkau ada anak yang dilahirkan daripada perkahwinan atau seumpamanya seperti kami di sini?” Dia kata, “Tidak, tidak. Kami hanya pengasih, baik hati dan romantik bersama tetapi kami tiada jenis keintiman fizikal.” Jadi populasi mereka sentiasa kekal hampir macam itu.

Jadi saya tanya Dia sama ada kita manusia boleh pergi tinggal di sana atau tidak kerana saya tahu bahawa sesetengah manusia sedang pergi atau merancang utk pergi tinggal di sana. Sama ada mereka boleh masuk ke dalam dunia mereka atau tidak, di dunia Bulan di dalam dan tinggal bersama mereka. Dia kata, “Tidak, tidak. Mereka boleh tinggal di luar tetapi tak boleh masuk ke dalam.” Mereka perlu dilengkapi baru boleh berada di dalam bersama mereka. Saya pun, jika saya mahu pergi ke sana, mereka perlu melengkapi saya dengan pakaian istimewa supaya dapat menahan suasana yang berbeza dan juga untuk elakkan mudarat kepada mereka, jika kita bawa masuk sebarang kuman, contohnya, atau wabak, COVID-19, apa-apa saja. Oh, kesiannya kita! Mereka tiada benda sebegini di sana. Mereka hidup selama-lamanya, kelihatan muda selama-lamanya dan bahagia selama-lamanya. Tetapi jika kita masuk ke dalamnya atas sebarang sebab, mungkin kita bawa kesusahan kepada mereka. Selain itu, mentaliti adalah berbeza. Manusia ada standard yang sangat rendah, malah pengetahuan spiritual yang lebih rendah. Itu mungkin menyebabkan konflik dgn mereka.

Oleh itu, saya tanya Raja sama ada mereka takut pada manusia yang datang ke tanah mereka, ke dunia mereka atau tidak. Dia kata, “Tidak, kerana…” – kata-kata-Nya – Dia kata, “Tidak, kerana kami tinggal di dalam menara rahsia dan sangat selamat.” Tiada apa-apa yang dapat pecahkan pertahanan mereka untuk masuk ke dalam dunia mereka. Mereka tak nak berlawan, jadi buatnya kekal sangat selamat di dalam. Mereka boleh pergi ke mana-mana saja yang mereka mahu, cuma jika kebetulan nampak manusia pergi ke kawasan mereka, maka mereka elakkan mereka atau pergi ke pintu lain sebaliknya. Sangat sukar nak masuk ke dalam melalui pintu mereka. Dia kata itu koridor yang sangat dalam, panjang, dan di dalamnya ada begitu banyak sistem pertahanan yang tiada sesiapa pun yg dapat masuk hingga kini. Saya berdoa agar benar macam itu dan mereka dapat menjaga keamanan dan kesenyapan mereka kerana jika manusia masuk, oh, saya tak tahu apa yang akan berlaku!

Di Bumi pun, antara manusia dengan manusia, mereka sudah merampas tanah sesama mereka dan menyebabkan begitu banyak kedukaan, kesakitan dan penderitaan kepada kanak-kanak dalam peperangan, dan wanita tua. Semua jenis makhluk yang tak berdosa perlu begitu banyak menderita hanya kerana mereka suka merampas tanah atau untuk menunjukkan bahawa mereka lebih kuat, apa-apa saja. Semua itu ego. Semua itu jenis perbuatan jahat. Itu tidak sesuai, tidak cukup bermaruah untuk manusia. Tetapi masalahnya, kita bukan hanya ada manusia saja di planet ini. Kita ada jenis syaitan yang lain di sekeliling di alam-alam yang berlainan di sebelah planet kita. Mereka pengaruhi sesetengah orang terutama mereka yang sudah ada kecenderungan suka berperang yang tertanam dalam diri mereka, maka lebih senang untuk syaitan mempengaruhi mereka, merasuk mereka dan buat mereka menyebabkan peperangan, kesusahan, segala jenis penderitaan untuk manusia lain.

Macam itulah. Jadi saya senang hati dengan orang Bulan benar-benar melindungi diri dengan keselamatan yang tinggi. Saya harap ia berkesan macam itu selama-lamanya bagi mereka.

Photo Caption: Hidup Sentiasa akan Dibaharui dalam Keadaan yang Sesuai

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/7)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-11
3730 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-12
3369 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-13
2593 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-14
2580 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-15
2319 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-16
1946 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-17
2005 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-24
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-24
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-23
195 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-23
602 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-23
553 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
2163 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
85 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android