Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

The Simple Little “Screw” That Can Save Our Home-Planet, Part 1 of 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Salam sejahtera, orang penyayang. Saya berfikir saya akan terus bercakap untuk menemani anda, buat anda rasa lebih tenang sikit dan kurang bimbang. Kita ada sedikit berita baik. Banyak orang telah berubah menjadi vegan. Harap-harap anda akan terus menjadi orang vegan dan orang baharu akan berubah menjadi vegan. Maka kita dapat menyelamatkan planet indah yang anda begitu cintai ini. Tuhan cintai planet ini juga. Tiga Yang Paling Berkuasa cintai planet ini juga, cuma karmanya sangat menyusahkan dan membuat hukuman yang berat ke atas dunia di mana anda diami ini, jadi pengaruhi kehidupan anda dan orang tersayang dari banyak segi.

Tetapi kita ada berita baik sekarang. Oleh sebab banyak orang berubah jadi vegan, Kami dapat… Kami memikirkan cara yang berlainan. Kami telah memasang suatu lapisan, bahan lut sinar di sekeliling planet ini, di atas medan magnet dan ozon. Oleh itu, ia minimumkan nyalaan matahari. Jika ia datang ganggu kita secara lebih mendalam daripada sebelumnya, maka ia akan bakar segala-galanya di dunia kita termasuk diri kita sendiri. Jadi sekarang Kami telah memasang lapisan tambahan. Ia lut sinar, ada sedikit warna hijau tetapi anda takkan nampaknya, cuma mungkin anda terasa matahari kurang terik, mungkin kurang terang daripada biasa, daripada sebelumnya.

Kami telah memasang suatu lapisan yang serupa sebelumnya tetapi karma asyik membuat lubang padanya. Sekarang Kami telah membuat satu lagi yang baharu di atas yang berlubang itu. Harap-harap kali ini ia akan kekal lebih lama. Jika lebih banyak orang menjadi vegan, maka ia akan kekal lebih lama dan mungkin kemudiannya segalanya akan dibaiki dengan sendirinya, jadi kita tak perlukan itu pun, maka matahari akan menjadi terang semula.

Saya tahu apa yang anda katakan, bahawa saya asyik bercakap tentang menjadi vegan tetapi itu 1% kecil yang kita perlukan untuk membaiki dan mengubah dunia ini sepenuhnya supaya ia menjadi seperti Firdaus untuk anda semua kekal selamat, bahagia selama-lamanya. Jika anda ingin terus berada di planet ini, itu ialah skru terakhir yang kita perlukan – 1%. Itu mudah saja. Saya akan katakan satu contoh mudah. Seperti anda ingin memasang pintu, anda sudah ada pintu, kayu dah sedia, dihiasi, semuanya dah sedia, dan anda ada engsel. Tetapi anda perlukan skru kecil itu untuk menskrukan engsel pada bingkai dan pada pintu supaya pintu akan tetap berada di sana dengan selamat. Skru kecil itu sangat kecil berbanding dengan segalanya yang lain di rumah dan pada pintu tetapi skru kecil itu sangat, sangat penting. Skru untuk planet kita sekarang itu adalah: amalkan diet vegan. Itu saja.

Sangat mudah, seperti banyak benda yang lain juga – anda ada telefon yang cantik, berfungsi, sangat elok dan dapat hubungi seluruh dunia. Dengan sesetengah alat, anda dapat hubungi Bulan untuk NASA, contohnya. Benda kecil itu sangat penting. Anda dapat hubungi Bulan. Meskipun seseorang di Bulan, anda dapat hubungi mereka, seperti anggota kru kerja. Oh, seperkara lagi! Saya harap saya akan ingat untuk beritahu anda sesuatu tentang Bulan. Itu suatu perubahan daripada planet kita yang menyusahkan.

Sekarang berita baiknya adalah Kami telah memasang lapisan itu, bahan berwarna hijau sikit, supaya ia akan buat Bumi kekal lebih dingin daripada jika tiada bahan sebegini yang melitupi seluruh planet. Ia lut udara, dah tentu, dibuat drpd bahan yang sangat istimewa. Anda tak dapat carinya di Bumi. Ini dibuat oleh orang Kedamaian. Selepas Kami masuk, melindungi mereka dan menghalau syaitan keluar, mereka dapat membaiki peralatan mereka dan membuat lebih banyak bahan benda sebegini seperti yang saya beritahu anda tadi. Jadi Kami melitupi seluruh planet ini. Kerana jika Kami asyik tutup satu lubang pada satu-satu masa, itu ambil masa yang terlalu lama. Adalah lebih baik jika Kami hanya membaiki di mana perlu tetapi itu ambil masa yang terlalu lama, kemudian bencana mungkin berlaku. Jadi sekarang kita ada nyalaan matahari yang kurang panas. Walaupun nyalaan matahari datang, kita rasa kurang panas. Dah tentu, anda masih rasai kepanasannya kerana di sesetengah tempat, lubangnya terlalu besar. Tetapi kebanyakan tempat, kepanasan akan menjadi kurang daripada jika kita tiada lapisan itu di seluruh planet, melitupi seluruh planet.

Saya juga wujudkan perlindungan di sekeliling planet ini tetapi anda semua perlu berdoa, berubah jadi vegan dan kekal jadi vegan, bersifat baik, tolonglah, supaya ia akan berkekalan. Semua alat ini kita gunakan tetapi bukan selama-lamanya, bukan selama-lamanya. Sama ada anda boleh kekalkannya atau boleh musnahkannya. Jadi kepanasan akan menjadi kurang dan sekarang kita akan ada bencana yang kurang serius juga, seperti ribut, tanah runtuh atau banjir, tidak tetap dan sangat memusnahkan, seperti baru-baru ini, tidak berhenti. Sekarang ia akan menjadi kurang serius dan kurang kerap.

Mari kita berterima kasih kepada Tiga Yang Paling Berkuasa yang bersatu dengan Tuhan YANG MAHA BERKUASA dan menjadi SATU Yang Paling Berkuasa! Tanpa Kuasa Mereka, Kuasa dan Sokongan tambahan, Berkat dan Rahmat, kita tak dapat lakukan semua itu sama sekali. Berterima kasihlah kepada Tiga Yang Paling Berkuasa, SATU YANG PALING BERKUASA, utk kita.

O ya! Seperkara lagi, saya juga telah berjanji kepada anda bahawa jika saya ada sedikit masa, saya akan menjelaskan Yang Bertiga. Pada asalnya, ada Dua saja, tetapi oleh sebab situasi begitu teruk, begitu terdesak, jadi Dua menjadi Tiga supaya Mereka dapat mengumpulkan lebih banyak Kuasa secara individu dari Tempat Simpan Alam Semesta. Jadi Tiga ini menjadi lebih berkuasa. Maksud saya Dua – Nabi Isa dan Yang Dilahirkan daripada Nabi Isa. Pada asalnya ada satu saja, dan Ia menjadi yang dilahirkan. Pada asalnya Tuhan sudah pun satu, dan satu Anak, tetapi oleh sebab situasi sangat istimewa, jadi ia bercabang keluar menjadi dua Kuasa. Kemudian dengan Kuasa Tuhan, ia akan menjadi lebih berkuasa daripada sebelumnya. Mereka bersama, maka dah tentu, itu sangat kuat. Sama seperti Guru juga dilahirkan daripada Nabi Isa, contohnya, semuanya daripada Tuhan.

Sama seperti dalam keluarga yang besar dan kaya, berkuasa, ada perniagaan yang besar tetapi anak lelaki dan anak perempuan ingin bercabang keluar, atau ibu bapa mahu mereka bercabang keluar untuk sendiri menjalankan perniagaan dan menjaga diri, juga untuk menjadi matang dan berdikari. Jadi pada asalnya keluarga itu sudah pun kaya dan berkuasa tetapi anak lelaki dan anak perempuan bercabang keluar, menguruskan perniagaan dan syarikat sendiri. Mereka ada perniagaan sendiri yang lebih berkuasa dan kaya juga. Jadi jika ada sebarang keperluan atau pada bila-bila mereka nak memutuskan untuk letak balik semua harta benda, kuasa dan kekayaan yang baru diperoleh daripada anak lelaki dan anak perempuan yang bercabang keluar, maka mereka gabungkan semua wang, semua kuasa mereka. Semua orang berkongsi Kuasa dan Gelaran kedudukan yang sama. Maka itu lebih berkuasa daripada pada asalnya, hanya satu bapa, satu keluarga memilikinya.

Dalam SATU YANG MAHA BERKUASA, Kuasa bersatu diperlukan kerana Dua Anak berada di Bumi, dengan Kuasa untuk tujuan Bumi, dan Mereka berdua berhubungan dengan Bumi juga disebabkan oleh KERJA Mereka sebelumnya. Oleh itu, Kuasa Mereka lebih pejal, lebih sesuai, kerana semua benda di sini perlu ada bahan pejal baru dapat digunakan, sekarang ditambah dengan Kuasa Tuhan Asal yang tulen, tak terkalahkan dari Syurga, maka ini Tak Terkalahkan. Jika Manusia tambahkan bahagian mereka yang diperlukan, maka dunia dapat diselamatkan!!! Kita semua akan gembira.

Saya harap itu cukup jelas bagi anda. Tiada apa-apa yang benar-benar 100% jelas dalam minda manusia untuk memahami perkara macam ini terutama apabila itu abstrak, tetapi itu saja. Itu saja yg dapat saya fikirkan sekarang. Jika ada apa-apa lagi, mungkin saya akan jelaskan lain kali.

Tetapi ini sangat jelas. Satu keluarga yang kaya, berkuasa, biasanya anak lelaki dan anak perempuan tinggal bersama dalam keluarga yang sama, kemudian mungkin bantu bapa mereka membina satu perniagaan itu. Tetapi kemudiannya mereka menjadi lebih besar, matang, jadi mereka keluar, menguruskan syarikat dan perniagaan sendiri. Kemudian suatu hari nanti, mungkin perlu, jadi atas sesuatu sebab, mereka gabungkan semua kekayaan, kuasa yang baru diperoleh dan kekayaan lama keluarga. Maka itu akan menjadi lebih berkuasa. Sekarang anda faham.

Sama juga, dengan semua Guru, Mereka datang daripada Tuhan, dah tentu, bahan yang lebih hebat daripada manusia biasa. Manusia boleh berkembang daripada kuasa modal yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Mereka boleh berkembang dan menjadi sehebat anak lelaki dan anak perempuan yang lain juga. Kecuali Nabi Isa. Nabi Isa, contohnya, ialah satu-satunya Anak Tuhan dan boleh melahirkan satu lagi atau tidak. Sekarang Anak Lelaki dan Anak Perempuan Tuhan, atau Cucu Lelaki, Cucu Perempuan ingin memiliki ‘syarikat’ sendiri, misalnya macam itu. Jadi Buddha-buddha adalah seperti anak lelaki dan anak perempuan yang bercabang keluar drpd keluarga, memiliki kuasa sendiri, kekayaan sendiri. Kemudian Mereka malah dapat bantu Cucu Lelaki, Cucu Perempuan lain daripada Tuhan untuk datang bersama Mereka dan bekerja untuk ‘syarikat’ Mereka dan bukan bekerja di tempat lain atau bekerja untuk maya, iblis, syaitan, contohnya.

Jadi Guru, Santo dan Orang Suci itu akan menjadi, dah tentu, lebih berkuasa kerana Mereka sudah capai status Buddha atau Santo. Hampir seperti Nabi Isa, atau satu lagi Nabi Isa yang ‘bercabang keluar’. Jadi jika anda ingin mengikut mana-mana Anak atau Wakil Tuhan atau Cucu Perempuan, Cucu Lelaki Tuhan yang sudah ulung, mantap, maju dan berkembang ini, maka anda boleh mengikut mana-mana Guru, pergi ke Alam Mereka dan tinggal bersama di sana. Bersama. Alam-alam Buddha atau Santo dan Orang Suci yang sudah capai status makrifat yang tertinggi ini akan kekal selama-lamanya. Ia takkan dikembalikan kepada Tuhan, peringkat Tuhan seperti yang pada asalnya ia datang.

Photo Caption: HIDUPAN HUTAN, BANYAK KEJUTAN YG MENYERONOKKAN!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/7)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-11
3730 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-12
3369 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-13
2593 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-14
2580 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-15
2319 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-16
1946 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-17
2005 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-24
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-24
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-23
195 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-23
602 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-23
553 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
2163 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
85 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android