Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Skru’ Kecil Mudah yang Dapat Menyelamatkan Planet Kediaman Kita, Bahagian 2 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi jika anda ingin mengikut mana-mana Anak atau Wakil Tuhan, atau Cucu Perempuan Cucu Lelaki Tuhan yang sudah ulung, mantap, maju dan berkembang ini, maka anda boleh mengikut mana-mana Guru, pergi ke Alam Mereka dan tinggal bersama di sana. Bersama. Alam-alam Buddha atau Santo dan Orang Suci yang sudah capai status makrifat tertinggi ini akan kekal selama-lamanya. Ia takkan dikembalikan kepada Tuhan, Ketuhanan seperti yang pada asalnya ia datang.

Itu satu pilihan. Jika anda ingin mengikut satu Guru, tinggal di Negara Mereka, contohnya Alam Mereka, Alam Buddha Mereka, atau Alam Cucu Lelaki, Cucu Perempuan Tuhan. Saya tiada kata-kata dalam bahasa duniawi untuk menjelaskan dengan lebih banyak daripada itu. Jika saya dapat, mungkin lain kali, saya akan jelaskan dengan lebih lanjut. Tetapi macam ini, anda bayangkan macam ini.

Sama ada anda boleh pergi kepada Anak Lelaki dan Anak Perempuan atau Cucu Lelaki, Cucu Perempuan itu, tinggal bersama Mereka dan dijaga oleh Mereka dan anda tak perlu kembali kepada Tuhan. Dah tentu, anda akan berhubungan dengan Tuhan juga, cuma berbeza, cuma anda takkan diserap balik ke dalam Ketuhanan, pulang ke Yang Asal di mana anda datang. Tetapi mengikut Guru Bermakrifat Agung sudah menjalin hubungan dengan alam ciptaan Mereka untuk anda dan sesiapa saja yang mengikut Mereka dan ikhlas, cukup bermakrifat untuk mengikut Mereka dan tinggal bersama Mereka, maka mereka akan terus menaik. Maka suatu hari nanti anda juga akan menjadi Buddha di Alam Mereka. Tetapi anda tinggal bersama, Buddha atau bukan, sama ada anda menjadi Buddha atau tidak.

Tetapi jika anda tak nak buat begitu dan biarkannya saja, maka itu kitaran keluar daripada Ketuhanan melalui Letupan Besar, contohnya, atau kembali ke Ketuhanan, Yang Asal, maka anda tak perlu mengikut mana-mana Guru. Anda boleh menjadi baik saja. Maka mungkin lebih selesa bagi diri fizikal anda atau mana-mana jenis badan yang berlainan, bergantung kepada anda di mana. Anda akan hidup dengan lebih selesa. Tetapi jika anda tak pedulikan segala peraturan, standard moral dan kesedaran diri, perbaikan diri ini, maka anda hanya terus hidup. Pada sesetengah hari anda pergi ke neraka, pada hari lain anda kembali ke dunia fizikal ini atau kembali ke alam haiwan atau apa-apa makhluk yang lain, kemudian teruskan macam itu, lahir semula hingga selama-lamanya, kemudian anda kembali ke Ketuhanan. Anda akan kembali ke itu. Maka anda akan lahir semula lagi, keluar semula suatu hari nanti, kemudian sama ada menjadi manusia, orang-haiwan, pokok atau apa-apa saja, dan teruskan hidup itu lagi sehingga anda cukup matang dengan sendirinya. Anda tidak buat apa-apa pun dengan hidup anda.

Anda tidak beramal. Anda tidak buat apa-apa pun mengikut Hukum Alam Semesta dan Kehendak Tuhan, maka anda akan terus lahir semula macam itu. Neraka, Syurga, Bumi atau kekosongan, mana-mana saja, bergantung kepada apa yang telah anda buat dalam hayat lampau. Jika anda mengikut seorang Guru, maka anda akan dibebaskan daripada kitaran itu selama-lamanya. Selama-lamanya. Maka anda akan menjadi semakin baik sehingga anda jumpai Diri agung sendiri sepenuhnya, maka anda akan menjadi seperti salah seorang Guru juga. Kemudian anda dapat bantu orang lain atau tidak, bergantung kepada apa takdir anda atau apa yang anda memutuskan untuk dibuat dengan hidup anda selepas makrifat. Sebelum makrifat besar itu pun, jika anda ingin bantu orang lain, anda dah ada kuasa yang mencukupi.

Jika anda dah ada Guru Bermakrifat Agung, maka dah tentu Dia akan mengajar anda dan buat anda semakin banyak nampak Diri agung anda. Antara orang jahil, orang biasa dan peringkat Guru agung, lagi tinggi anda menaik lagi banyak kuasa anda miliki. Anda sudah dapat bantu orang, bantu makhluk lain dan bukan hanya menjadi orang biasa tanpa menemui semula khazanah di dalam diri anda. Jadi itu sebabnya banyak orang mengikut Guru dan banyak memuja Mereka kerana mereka tahu bahawa mereka dapat keluar daripada kitaran kembali secara berulangan dengan segala jenis gaya hidup dan destinasi hidup yang berlainan itu. Tetapi jika mereka tiada Guru, maka mereka akan terus lahir semula macam itu hingga selama-lamanya.

Itu bukanlah hanya dari satu hari ke hari seterusnya. Setelah anda diserap balik ke dalam Kuasa Asal, Ketuhanan Asal, maka masa yang sangat, sangat panjang diambil untuk lahir semula seperti anda sekarang, atau kurang, atau lebih. Kita akan panggilnya Letupan Besar. Maka okey. Kerana waktu itu tidak datang dari satu hari ke hari lain. Ia akan berehat untuk masa yang sangat, sangat panjang bagi membersihkan apa-apa saja yang telah anda buat dengan salah di planet ini atau mana-mana planet yang lain atau dalam sebarang bentuk hidupan yg berlainan, sama ada sebagai manusia, orang-haiwan atau makhluk lain, malah batu atau pokok. Jadi penyerapan tidak memberi kesan semerta. Ia ambil masa bereon-eon. Jadi sekarang jika anda tidak mengikut mana-mana Guru dan tidak bebaskan diri daripada kitaran itu, maka anda akan perlu tunggu selama bereon-eon terutama sekarang kitaran ini telah hampir berakhir dan Pengadilan akan dilaksanakan dengan sangat, sangat teliti, ketat. Jika anda tidak layak, maka anda tak boleh mendapat pembebasan.

Anda perlu diserap balik dan melalui neraka atau peringkat rendah atau peringkat tinggi yang berlainan, bergantunglah. Jadi ini ambil masa bereon-eon, sangat, sangat panjang, selama-lamanya sehingga anda benar-benar kembali kepada Tuhan Asal. Kemudian jika anda ingin keluar semula – anda berada di sana selama-lamanya juga sehingga ada satu lagi Letupan Besar, kemudian semua benda keluar daripada kedudukan Asal itu, daripada Kuasa Asal itu semula, maka anda akan keluar semula sebagai apa-apa saja anda pada masa itu: manusia, orang-haiwan, makhluk lain, batu, pokok, contohnya. Sebab itulah orang sejak zaman dahulukala lagi, sesiapa yang memahami itu, mengikut Guru. Mereka memilih Guru dengan sangat berhati-hati. Kerana jika anda memilih yang tidak betul, maka anda juga kembali ke dalam kitaran itu semula kerana guru itu sendiri tidak bebas, tidak mendapat pembebasan juga. Jadi mana dapat dia bebaskan anda?

Jadi sejak zaman dahulukala lagi, kita ada banyak Guru tetapi tidak banyak sangat. Seperti selama 2,000 tahun pun, sejak zaman Nabi Isa, berapa banyak Guru Benar-benar Bermakrifat telah keluar? Anda boleh kira Mereka dengan hujung jari anda. Tahulah bahawa saya buatnya mudah dan pendek. Saya harap anda benar-benar dapat memahami itu. Sebab itulah orang cari Guru Bermakrifat untuk mengikut Mereka atau melafazkan Nama Mereka. Meskipun Buddha itu sudah tiada lagi, mereka melafazkan Nama Mereka yang diperkenalkan oleh Buddha asal di planet kita, iaitu Buddha Shakyamuni. Dan juga, seperti Nabi Isa turun ke sini untuk mengajar orang, sangat singkat, malangnya. Tapi macam itulah. Itu bagaimana anda tahu akan nama Nabi Isa dan Buddha serta banyak Buddha yang lain, banyak Santo dan Orang Suci lain yang mengikut Nabi Isa dan sendiri menjadi sangat bermakrifat.

Jadi jika anda lafazkan Nama Mereka, anda akan diberkati, akan dinaikkan dan dilindungi, dan anda akan pergi ke Syurga Mereka. Tetapi jika anda hanya melafazkan Nama Mereka tetapi tak banyak beramal semasa hidup Mereka, maka anda akan ada peringkat yang tak begitu tinggi di alam Mereka. Sama seperti anda ada guru yang baik di sekolah tetapi jika tak belajar dgn bersungguh-sungguh, maka anda akan menjadi yang terakhir di dalam kelas, mungkin peluang anda untuk mendapat pekerjaan yang baik, memperoleh lebih banyak wang atau kedudukan tinggi dalam masyarakat akan menjadi kurang daripada mereka yang lebih maju dalam pelajaran. Baiklah. Ada apa-apa lagi? Saya perlu berhenti merakam dan berfikir, ingat.

Anda lihat berapa banyak Guru turun ke Bumi, alami perlakuan yang kejam tetapi tetap melakukannya. Mereka masih sayangi manusia utk lakukannya. Mereka tak minta banyak, kecuali anda berhubungan dengan Mereka melalui proses yang dipanggil inisiasi. Itu adalah yang mudah, sebenarnya, kerana jika anda buka simpanan pengetahuan dalam roh anda melalui Kuasa Guru, anda sudah pun adanya. Jadi tak banyak yang nak dibuat kecuali cuba mengumpulkan semakin banyak kuasa setiap hari, semakin banyak membuka jalan pulang ke Rumah, semakin banyak membuka pintu untuk membebaskan diri dengan Kuasa Guru sentiasa di sisi anda dan bantu anda apabila anda jatuh juga.

Sekarang, saya tahu anda asyik berfikir bahawa saya sentiasa bercakap tentang veganisme, tetapi itu skru yang anda perlukan untuk memasang pintu pada rumah anda. Tanpa skru itu, anda tak dapat lakukannya. Ia sangat kecil, mudah tetapi jika sesiapa ingin memasang pintu itu, dia akan minta skru itu. “Di manakah skru saya? Saya letaknya di sini tadi. Dah hilang. Saya tak dapat carinya lagi.” Mereka perlu cari skru itu, empat atau tiga skru itu, bergantung kepada berapa banyak lubang pada engsel anda dan berapa besar pintu anda. Itu saja. Saya tak boleh asyik beritahu anda, “Dapatkan sebarang skru yang lain, sebarang cangkuk, apa-apa saja! Letak batu di sana dan ambil skru lain yang lebih besar, lebih kuat.” Tidak, ia perlulah betul-betul itu. Ia perlulah skru kecil itu. Itu saja. Kita sudah buat banyak perkara, segala-galanya, tetapi skru itu tertinggal dan anda tidak lakukannya.

Saya minta pemimpin kerajaan, “Tolong buat orang memahami ini dan mengaplikasikan peraturan vegan. Sekarang anda hanya mengenakan lebih banyak cukai, hanya menyelamatkan orang-haiwan liar, membina jambatan untuk mereka menyeberangi jalan. Semua ini sangat baik, dah tentu. Anda melindungi orang-haiwan dan gubal undang-undang seperti ‘Jangan ganggu haiwan. Jangan mendera haiwan.’ Tetapi orang mendera mereka setiap hari jika anda masih terus makan daging orang-haiwan.” Kita tak dapat cari skru itu dalam keadaan kucar-kacir. Tolonglah, jadi vegan saja. Kemudian segalanya akan dibaiki, stabil, kuat. Kita malah mungkin dapat mengelakkan perang dunia jika ia akan berlaku. Kita malah dapat hentikan segala gempa bumi yang lebih kuat di Jepun yang akan datang dalam beberapa bulan lagi ini. Banyak orang terus mata, peramal sudah meramalkan gempa bumi yang besar, kuat, bawa maut dengan tsunami juga kerana dasar laut sudah retak dan ia akan menjadi lebih besar.

Photo Caption: Jambak bunga Penyayang Ditawarkan kepada Syurga Tinggi dengan Hati Bersyukur Rendah Diri

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/7)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-11
3730 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-12
3369 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-13
2593 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-14
2580 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-15
2319 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-16
1946 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-17
2005 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-24
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-24
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-23
195 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-23
602 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-23
553 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
2163 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
85 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android