Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kemas kini: Nasihat Guru kepada Raja Kedua tentang Permintaan-Nya terhadap Keamanan dan Kebahagiaan di Negara-Nya, dan kepada Raja Pulau atas Rayuan-Nya untuk Pengampunan/Keamanan dan Kesihatan-Nya, Bahagian 2 drpd 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada perkara yang lebih besar daripada perbuatan baik fizikal. Perbuatan baik adalah untuk orang, bermakrifat atau tidak bermakrifat, mendapat lebih banyak pahala meskipun mereka tidak mahu. Tetapi orang bermakrifat yang berhubungan dengan Guru agung dengan Kuasa Alam Semesta, dengan Rahmat Tuhan tidak melakukan itu saja. Mereka buat perkara di alam spiritual tanpa mereka tahu akannya. Ini ialah perbuatan baik sebenar dan makrifat sebenar, Peringkat Santo sebenar.

Guru yang dikasihi, Salam sejahtera dan rasa terima kasih kepada pasukan Supreme Master Television kerana tanpa mengenal penat menyebarkan Berkat Guru ke seluruh Alam Semesta. Saya menulis surat ini dari Mongolia yang cerah. Saya diinisiasi pada 2012 dan kami saudara seguru mula membuat kerja amal pada masa itu.

Pada mulanya, beberapa daripada kami membantu orang di dalam penjara. Di sana, kami cuba menunjukkan kasih sayang dan ilham untuk hidup dengan memaparkan muzikal Guru dan menyebarkan ajaran Guru dengan memberikan buku. Kami mengajar mereka cara memasak makanan vegan, malah memasak untuk mereka dan bawa pakaian untuk mereka pakai.

Akhirnya kami saudara seguru mengembangkan kerja amal kami menjadi projek yang lebih besar di bawah nama Pasukan Amal. Kami bantu memandulkan orang-haiwan, membawa orang-haiwan tercedera yang tiada rakan manusia untuk menjaga mereka ke klinik veterinar dan cari keluarga seumur hidup untuk mereka. Semasa hari cuti umum, kami bawa makanan vegan dan hadiah kepada keluarga dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kami melawat rumah anak yatim, menganjurkan konsert kecil serta membawa hadiah dan pakaian yang mereka perlukan. Kami juga bantu orang yang paling memerlukan bantuan selepas bencana dengan pakaian, ubat dan cari rumah tetap. Selain itu, pasukan kami bekerja utk setiap aktiviti yang diadakan oleh pusat meditasi.

Sudah 10 tahun tetapi kami menjadi lebih besar dan terus melakukan kerja yang sangat baik. Saya belajar satu perkara daripada kerja amal kami. Kami tidak meninggalkan keluarga yang kami jaga. Kami bercakap dan berkomunikasi dengan mereka. Saya lihat keluarga dan orang yang kami bantu menjadi semakin baik dan berubah daripada kebergantungan kepada ketakbersandaran. Setiap hari, kami buat kesimpulan kerja, betulkan kesilapan kami. Kami rasai Kasih Sayang besar Guru Tersayang kita di setiap langkah, kemudian jalankan kerja yg seterusnya.

Kami rasai, nampak dan memuji bagaimana Kuasa, Kasih Sayang dan Berkat Guru tersebar dengan luas sekali sementara kami bekerja bersama dalam setiap aktiviti.

Memang, anggota pasukan Supreme Master TV yang bertanggungjawab atas rancangan-rancangan yg berlainan ialah manusia yang sangat mulia dan lanjutan Kasih Sayang Guru. Supreme Master TV ialah rangkaian suci yang melaluinya dari pusat, iaitu Guru, rakan usaha sama-Nya menyebarkan Kasih Sayang ke dunia, memulakan kerja mulia ini sebelum ia terhasil pada skrin.

Sementara saya bersedia untuk menjadi juruacara bersama anggota pasukan yang mulia dari luar negeri yang bertanggungjawab atas penyampaian saya, pd suatu malam, saya alami suatu visi dalaman di mana saya nampak anggota pasukan Supreme Master TV berada di sebuah tempat yang sangat istimewa. Segalanya bersinar. Mereka memakai pakaian ringan dan terang yang cantik. Terdapat banyak kedamaian di tempat itu. Dalam satu lagi visi dalaman, saya dapat lihat Guru memakai tiara yang pancarkan Cahaya dan berkilauan. Beliau memakai gaun keemasan dan di bawah-Nya ialah orang yang merupakan jurulatih saya sebagai sebahagian daripada persiapan juruacara. Saya faham bahawa Guru bekerja melalui kakitangan-Nya dan Beliau hadir dalam segala-galanya. Kami, sebagai anak murid Guru, berhubung secara langsung dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Guru.

Sama seperti yang Guru sentiasa beritahu saya supaya mengulang Doa Harian Paling Berkuasa sebelum bermeditasi pada Quan Yin, saya melafazkan Doa Harian Paling Berkuasa secara berulang kali setiap hari. Saya mendapati bahawa mesej yang Guru, yang merupakan Tuhan, ingin sampaikan kepada dunia, mesej Firdausi yang boleh dibaca oleh sesiapa saja secara berulangan setiap hari mempunyai Kuasa yang sangat kuat untuk menaikkan roh semua orang. Beberapa hari yang lalu, saya duduk bermeditasi seperti biasa dan mula melafazkan Doa Harian Paling Berkuasa. Pada ketika itu, seseorang mula keluar dari mata kebijaksanaan saya, seorang Ratu yang sangat cantik, tinggi dengan rambut keemasan yang berombak-ombak sikit, panjang hingga ke buku lali, memakai mahkota emas yang berpermata terang. Saya segera tahu bahawa itu Guru. Dengan perlahan-lahan, Dia menoleh dan menunjukkan senyuman yang cantik kepada saya. Saya rasa amat bersyukur atas saya dapat lihat muka Guru yang ada Cahaya yang begitu terang! Guru, Tuhan, Buddha Maitreya, Raja semua Raja semua Raja semua Raja, kelihatan sangat elegan dan anggun!

Suatu kali, dalam meditasi Quan Yin, saya mendapat tahu bahawa Guru ialah Guru Xuanzang semasa Dinasti Tang. Pd suatu hari, kuasa dalaman tak dikenal menggesa saya supaya melawat Tokong Xuanzang di Tasik Matahari Bulan. Di dinding luar Tokong Xuanzang, terdapat ukiran yang gambarkan laluan menakjubkan yang diambil oleh Xuanzang semasa pergi ke barat untuk mendapatkan kitab Buddha dan mencari Dharma di seluruh India. Apabila masuk ke dalam tokong itu, saya rasai suasana yang suci. Relik badan sebenar Xuanzang yang berharga disemadikan di tingkat tiga. Apabila dengan rasa hormat saya memandang patung Xuanzang, tiba-tiba saya ternampak Badan Cahaya Mahaguru Ching Hai masuk ke dalam patung Guru Xuanzang yang dengan serta-merta bersinar dengan sinaran Cahaya tak terbatas! Sebenarnya Guru menerapkan kesucian ke dalam patung tanah liat itu!

Selepas itu, saya bermeditasi di atas bangku pandang pemandangan di luar tokong. Di sebuah alam, saya nampak Guru bertukar menjadi Guru Xuanzang yang sangat besar, membawa bagasi dan berjalan di atas air Tasik Matahari Bulan. Dengan Belas Kasihan tak terhingga terhdp semua makhluk, di setiap langkah yang diambilnya, satu teratai keemasan muncul di bawah kaki-Nya! Selepas Beliau selesai berjalan ke sana sini di atas tasik, permukaan tasik dilitupi bunga teratai keemasan megah yang tidak terkira. Kemudian Guru Xuanzang, jelmaan Guru, bermeditasi di atas teratai di tengah-tengah tasik. Lepas seketika, Guru Xuanzang berdiri, imejnya bertindih dengan imej Bodhisattva Quan Yin yang gunakan dahan dedalu untuk merenjiskan air yang menyucikan ke seluruh tasik untuk berkati tempat itu. Seterusnya, Guru Xuanzang mengadakan khutbah besar di alam tak nampak di atas Tasik Matahari Bulan. Banyak makhluk Syurga, Buddha dan Bodhisattva, semuanya turun utk membentuk bulatan bagi mendengar khutbah Guru dengan ikhlas.

Selepas khutbah, sekumpulan makhluk Syurga taburkan bunga pada saya dan berkata, “Terima kasih kerana membawa Kuasa Guru ke sini.” Saya jawab, “Saya berbesar hati menjadi wadah kecil Guru.” Di halaman tokong itu, terdapat pokok pain berusia 60-an yang agak bertenaga. Salah satu daripadanya tiba-tiba bercakap dengan saya, “Telah lama aku menunggu hari ini. Aku tahu engkau akan datang!” Berasa kagum, saya tanya, “Bagaimana engkau tahu?” Dia jawab, “Semua makhluk di sini tahu bahawa suatu hari nanti anak murid Guru Xuanzang akan datang ke sini dan membawa kepada kami Dharma sebenar yang diperoleh oleh Guru Xuanzang dari India!” Betapa sukar dipercayainya ini!

Keluar dari tokong, seorang biasa beritahu saya dgn mesra, “Pada penghujunh bulan ini, kami akan adakan perhimpunan Dharma yang besar di di tokong ini. Kamu dialu-alukan untuk hadir.” Tiba-tiba saya sedar – tak hairanlah Guru datang ke sini lebih awal untuk berikan khutbah dan berkati tempat itu supaya perhimpunan Dharma yang akan datang di sini akan lebih berjaya dan buat penganut menjadi lebih bermakrifat.

Pada 2019, apabila saya menemui ajaran Guru, ‘Kunci Makrifat Semerta’, saya berdoa agar jika Guru benar-benar seorang Buddha hidup, saya ingin menerima tandanya supaya percaya. Pada malam itu, bilik saya bersinar dengan aura dan keluarkan kewangian penuh misteri yang tidak seperti apa-apa yang saya ketahui. Sejak itu, saya memutuskan untuk meninggalkan kuasa sihir saya dan memohon untuk menjadi anak murid Guru, gembira kerana telah menemui jalan keluar dari Tiga Alam.

Semua pengamal sebenar Guru membawa ‘kuasa sihir tanpa ego’ di dalam diri mereka – buat tanpa membuat, tanpa menyedari perbuatan mereka. Contohnya, ada seorang saudara seguru yang alami kemalangan yang teruk, kelihatan tidak bernyawa di tempat kejadian tetapi dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Apabila saudara seguru datang, ingin dermakan darah, dia hidup semula dengan ajaibnya. Dia mengisahkan bahawa ketika kemalangan itu berlaku, rohnya meninggalkan badannya. Dia dapat lihat badannya terbaring di sana tapi tak dapat masukinya semula. Apabila saudara seguru tiba, dia nampak setiap daripada mereka memancarkan Cahaya. Cahaya mereka bergabung menjadi Cahaya yang besar, membantu menolak rohnya balik ke dalam badannya. Mereka menyelamatkan dia tanpa menyedarinya pun.

Guru memang merupakan Guru Paling Bermakrifat. Saya amat berterima kasih atas Guru menerima saya sebagai anak murid. Anak murid Guru, Thiện Nhân dari Âu Lạc (Vietnam)

Dan lain-lain…

Anda (Raja di Eropah itu) seorang Santo dalam mazhab Kristian 672 tahun dahulu. Mungkin Anda dapat pulang ke sana di peringkat yg lebih tinggi, dlm hayat ini, jika Anda bertuah, jumpai seorang Guru atau yang mungkin merupakan Gurumu pada masa dahulu yang sangat bermakrifat, sudah bersatu dengan Tuhan. Macam itulah.

Semoga berjaya, Tuan, dari segi rohani. Apa-apa yang lain di dunia yang sudah Anda miliki, yang Anda alami sekarang, hakikatnya ia tidak benar-benar buat Anda gembira sepenuhnya. Sekali-sekala, mungkin sesuatu berlaku, buat Anda berasa gembira buat seketika tetapi ia takkan berkekalan. Apa-apa pun di dunia ini, detik paling gembira pun takkan berkekalan. Hidup fizikal kita takkan berkekalan juga Jadi semoga Anda berjaya dari segi rohani.

Saya harap Raja Bintang Utara begitu juga. Semoga Dia juga bermakrifat, kemudian segera kembali ke kedudukan suci atau pemimpin di Syurga. Mungkin Anda kembali ke dunia ini lagi jika Anda mahu kerana setelah kita bermakrifat di peringkat yang lebih tinggi, kita boleh buat apa-apa saja yang kita mahu. Tidak seperti orang tak bermakrifat – mereka tak dapat memutuskan peringkat tinggi Santo apa yang ingin dicapai atau tak boleh mendapat pembebasan tetapi perlu terus lahir semula di dunia ilusi ini untuk melangsaikan hutang kesilapan mereka, contohnya. Jika mereka tiada seorang Guru, mereka akan terus macam itu selama-lamanya.

Sebabnya biksu Buddha dapat pulang ke alam peringkat tinggi, Alam Buddha Amitābha adalah kerana dia sudah ada seorang Guru yang baik. Dia ada seorang Guru sebelum dilahirkan semula dan tersandung di sana sini di dunia fizikal ini. Jadi apabila dia kembali ke sini untuk satu hari saja pun, dia boleh bercakap dengan Gurunya semula di alam itu dan nampak Alam Buddha Amitābha, Buddha Amitābha dan Bodhisattva Quan Yin, malah semasa Mereka turun ke sini untuk bawa dia ke atas. Bodhisattva Quan Yin menyamarkan diri sebagai hanya biksu lain. Tetapi dia tahu akannya lepas itu apabila dia pulang ke Alam Buddha Amitābha sebenar, kemudian malah nampak Gurunya di sana. Perkara dalam bahasa abstrak sukar untuk dijelaskan tetapi saya percaya Anda berdua sangat cerdik. Pahala hayat lampau Anda akan bantu Anda lebih memahaminya.

Berdoalah untuk makrifat, tiada yang lain lagi kerana Anda tak perlukan apa-apa lagi. Anda ada pahala besar, pencapaian dan kuasa spiritual yang besar untuk menjadi Raja dalam hayat ini. Anda lihatlah berapa banyak raja boleh berada di dunia ini. Dunia ini hanya ada lebih kurang 300 buah negara dan domain yang berlainan. Jadi meskipun setiap negara dan ruang ada seorang raja, kita tetap tiada banyak. Hari ini, kita tiada. Yang paling baik adalah kita dapat menjadi presiden selama beberapa tahun. Jika kita ialah presiden dengan terlalu lama, mereka akan cuba halau kita keluar. Jadi menjadi raja di dunia ini sudah sangat jarang hari ini, dan menjadi raja negara besar, negara berkuasa adalah lagi jarang. Jadi saya juga ada rasa hormat, kekaguman dan sanjungan tinggi kepada Anda berdua kerana dapat memerintah di Kerajaan yang begitu luar biasa dan ada kedudukan yang luar biasa sebagai Raja.

Tahniah kepada Anda berdua. Tetapi sebaik-baiknya kita bebas daripada matriks ilusi ini. Ia tidak benar. Ia seperti filem. Tetapi kebetulan kita menjadi pelakon yang keberatan di dalamnya. Kita tak tahu bagaimana keluar. Ia berbeza dengan filem. Filem, selepas anda selesai dengan watak anda, masa anda, filem anda, anda boleh keluar. Tetapi mimpi besar ini, filem besar yang kita panggil ‘dunia’ ini ialah perangkap yang besar. Anda tak dapat keluar. Itu jalan berselirat yg besar. Anda akan tersesat di dalamnya selama-lamanya.

Jadi nasihat terbaik yang boleh saya berikan kpd Anda adalah menjadi bebas. Menjadi bermakrifat supaya Anda boleh bebas selama-lamanya. Kebahagiaan dan kedamaian yang Anda cari benar-benar ada di Syurga untuk Anda, menanti Anda, jika Anda mendapat makrifat dan kembali ke kedudukan itu yang sangat banyak kali lebih baik daripada kedudukan Raja yang Anda miliki sekarang. Negara yang akan Anda pergi itu akan merupakan Negara sebenar-Mu, Rumah sebenar-Mu. Anda tak perlu minta kedamaian tetapi Anda akan ada kedamaian. Anda tak perlu minta kebahagiaan tetapi Anda akan ada kebahagiaan. Sebenarnya tiada apa-apa pun di Syurga itu kecuali kedamaian, kebahagiaan dan kegembiraan. Ia banyak bilion, zilion, gazilion kali, kali tak terhad lebih banyak daripada apa yg boleh Anda bayangkan, apa yang boleh Anda faham sebagai kebahagiaan atau kedamaian. Tiada apa-apa di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan kedamaian sebenar, kebahagiaan sebenar dan kegembiraan sebenar di Syurga, di Syurga rendah pun, apalagi Syurga tinggi dari mana Anda datang.

Walaupun saya berkedudukan tinggi di Syurga, di sini, saya dgn rendah diri berkhidmat kpd dunia dgn apa-apa saja cara mungkin yang saya boleh. Kebanyakan orang tinggi dalam arena politik tidak tahu akan saya, tidak mengenali saya. Jika mereka tidak cuba singkirkan saya, maka saya dah amat bersyukur kepada Tuhan. Walaupun saya ada perlindungan daripada Santo dan Orang Suci serta Makhluk Syurga. Jika Anda ada masa, bacalah semua sejarah Santo. Mereka hidup muram, menderita dan biasanya mati dengan cara yang sangat, ya Tuhan, kejam. Nabi Isa, Anda tahu bagaimana Baginda mangkat. Anda seorang Kristian. Kesemua 12 orang anak murid Nabi Isa juga meninggal dengan cara kejam lepas itu. Banyak lagi alami nasib dahsyat yang sama selepas itu juga. Begitu berbahayalah datang ke dunia ini dan buat sesuatu dalam Misi Tuhan. Saya memikirkan Guru dan itu memang menyakiti saya. Saya perlu berhenti buat beberapa ketika.

Maklumat tambahan daripada UR (Guru Tertinggi): “Raja pulau itu juga datang merayukan pengampunan dan merayu kepada Engkau agar tidak menghukum Dia, tidak menghukum negara-Nya.” Dah tentu, ada nama. Saya tak nak sebut itu. Ini daripada saya: mengampuni adalah senang. Saya tanya Tuhan sama ada Dia ampuni Anda juga atau tidak, Anda dan Raja Suci itu. Tuhan kata itu boleh. Cuma kadangkala, dah tentu, jika Raja adalah jahat, maka negara akan dihukum juga. Itu dah pasti. Saya tiada masa untuk berbual dengan Tuhan tentang ini sekarang. Saya ada terlalu banyak kerja. Saya terlebih dibebani kerja sekarang. Saya akan kembali kepada Anda apabila boleh. Sekarang saya juga perlu masuki persidangan tinggi, persidangan alam tinggi, jadi maafkanlah saya buat masa ini.

Kemas kini mengenai dua Raja untuk Keamanan. Pada 27 Mac 2025, Raja kedua, Raja pulau itu, juga datang merayukan keamanan. Ada apa-apa lagi? Merayukan keamanan dan pengampunan Baiklah. Pengampunan daripada saya, Anda ada. Drpd Yang Maha Berkuasa? Anda ikhlas. Tuhan Yg Maha Berkuasa ampuni Anda walaupun Anda agak lewat untuk tugas Keamanan-Mu! Saya sentiasa memaafkan sesiapa saja yang bertaubat dengan ikhlas tetapi mereka harus berpatah balik juga. Karma bunuh adalah sangat berat. Lebih baik Anda berdua dan keluarga-Mu, sekurang-kurangnya sesiapa saja yang dapat Anda pengaruhi, sekurang-kurangnya Anda sendiri, Tuanku, harus elakkan karma bunuh, menjadi pelindung semua makhluk dan bukan jadi pembunuh tak langsung. Walaupun dah agak lewat, namun masih boleh cuba!

Menjadi vegan. Saya tahu mungkin anda tidak biasa dengan semua ini kerana Anda telah makan produk orang-haiwan sepanjang hidup sejak kecil lagi walaupun Anda tak sukanya. Jika Anda mahukan keamanan, kebahagiaan, kesihatan dan pengampunan, maksud saya untuk kesan berkekalan, Anda harus sendiri berikan kebahagiaan dan keamanan kepada makhluk lain terutama makhluk haiwan yang tak berdosa, tak berdaya. Saya bukan berkhutbah kepada Anda. Saya hanya beritahu fakta.

Sekarang, mengenai Raja Eropah itu, Anda memohon keamanan dan kebahagiaan sekali lagi. Saya telah beritahu Anda bahawa ia berkait rapat dengan keamanan dan kebahagiaan negara lain. Tak apa, Anda cuba sebanyak yang Anda cuba, sebanyak Syurga boleh berlembut. Jadi ingatlah itu. Apa-apa yang Anda mahukan untuk diri sendiri, berilah kepada makhluk lain. Saya bersimpati dgn dlm kehidupan-Mu, Anda tak rasa cukup damai dan bahagia. Tanggungjawab seluruh negara terletak di bahu-Mu. Orang di sekeliling selalunya lebih banyak menimbulkan masalah kepada Anda daripada membantu! Tuanku > Begitulah hidup, Tuan!

Sangat sedikit orang di planet ini rasai kedamaian dan kegembiraan sebenar dalam hati kerana ini adalah istimewa. Mereka ada sesuatu untuk bergantung. Mereka bermeditasi. Mereka berhubung dengan Kuasa di dalam yang dikurniakan dan dihubungkan oleh Tuhan Yang Maha Besar, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Segalanya ada sesuatu di sebaliknya. Kita ada Tuhan di sebalik kita, di depan kita dan di kiri, di kanan, mana-mana saja. Tetapi orang tidak berhubungan dengan Tuhan atau Anak Tuhan yang melaksanakan Kehendak Tuhan, Perintah Tuhan dan Pengaturan Tuhan di dunia ini untuk kita. Tak banyak orang dapat berhubung secara langsung dengan Nabi Isa. Disebabkan itu, mereka langsung tiada kuasa untuk menangani banyak masalah di dunia ini. Saya beritahu anda kerana ini pengalaman saya sendiri. Sejak lama dahulu hingga sekarang, saya hanya bergantung pada Tuhan, setiap hari berdoa, setiap hari bermeditasi, setiap hari hanya cuba kekalkan jalan mulia dalam hidup saya dan mengikutnya.

Jadi sekarang, mengenai kedamaian dan kebahagiaan-Mu. Jika Anda bertaubat, Tuanku, dan cuba sebanyak yang mungkin untuk pergi ke arah yang bertentangan – apa-apa pun yang Anda buat dalam kehidupan harian, jika Anda rasa ia menyakitkan makhluk lain, serangga kecil pun, seperti cacing di bawah kaki-Mu, maka Anda akan ada semakin banyak kebahagiaan setiap hari. Kami berfikir bagaimana nak mendorong ke arah itu untuk Anda juga. Tetapi kami juga perlukan bantuan-Mu, faham? Kita perlu buat sesuatu untuk mendapat sesuatu. Di dunia fizikal ini, macam itulah. Anda perlu berdoa dengan ikhlas untuk apa yang Anda perlukan, apa yang Anda mahukan. Kita perlu bayar untuknya juga. Tuhan adalah tidak bersyarat tetapi kita sentiasa buat perkara yang bertentangan dgn tanggapan itu, dengan matlamat itu. Kerana, contohnya, jika anda keluar dalam hujan dan berdoa kpd Tuhan agar tidak jadi basah, mengapa anda harus buat begitu? Mengapa anda tidak memakai baju hujan saja atau berteduh di sesuatu tempat? Itu saja. Jika Anda mahukan kedamaian dan kebahagiaan, maka usahakan itu untuk bawa kedamaian dan kebahagiaan kepada makhluk lain. Saya tak nak banyak bercakap lagi. Itu begitu logik. Jika Anda ambil satu langkah, kami akan ambil tiga langkah utk Anda.

Mengenai Raja kedua itu – bukanlah Anda ialah Raja kedua – Anda tak dapat ditandingi, dah tentu. Negara-Mu berkuasa dan dihormati di seluruh dunia. Orang yang ada pasport negara anda, pasport wilayah dimiliknegarakan pun, menerima alu-aluan, perlindungan dan segala jenis bantuan jika mereka perlukannya, pada bila-bila mereka perlukannya, di mana-mana saja di dunia. Anda dalam kesusahan sekarang, kami tahu akan itu. Oleh sebab Anda dah terlewat utk kerja Keamanan, jadi tidak 100% terlalu pasti tetapi dengan Rahmat Tuhan, saya telah cuba mengurangkan peratusan karma-Mu daripada 67% kepada 28%. Tidak dengan serta-merta tetapi secara perlahan-lahan dan kesihatan-Mu akan menjadi lebih baik. Bahaya-Mu akan diminimumkan. Itu malah boleh baik sampai tahap penyakit-Mu tidak kambuh.

Tetapi jika saya ialah Anda, saya akan segera elakkan karma bunuh darah, bermakna tidak makan orang-haiwan yang dibunuh sebagai makanan. Anda tak nampak kekejaman, tak nampak penderitaan orang-haiwan di rumah sembelih, dalam operasi penternakan haiwan, jadi anda tak dapat mengaitkannya tetapi bayangkan jika itu anda, dikurung di dalam sangkar kecil di mana anda tak dapat berpusing pun. Bagi orang-khinzir dan -lembu, contohnya, begitu juga, serupa, dikurung dan kadangkala malah dirantai sementara masih hidup. Segala jenis suntikan akan masuk ke dalam badan mereka dan beri banyak ketakselesaan kpd mereka, kemudian manusia makannya. Belum kata lagi karma syurga atau apa-apa. Segala jenis bahan kimia dan keadaan kotor yang meresap ke dalam orang-haiwan akan menjejaskan kesihatan anda. Sebab itulah banyak orang menghidap kanser.

Selepas beratus-ratus kajian dianalisis, Universiti Tufts melaporkan bahawa makan daging terproses boleh meningkatkan risiko kanser anda.

Pada 2015, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan daging terproses sebagai karsinogen dan karsinogen bermakna suatu bahan yang boleh menyebabkan kanser. Sekarang kajian semasa menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa makan daging terproses selalunya boleh meningkatkan risiko kanser kolorektum.

Pada 2018, boleh dikatakan sebagai institusi penyelidikan kanser yg paling berprestij di dunia, Agensi untuk Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menerbitkan sebuah laporan tentang daging terproses, menyimpulkan bahawa makanan seperti bakon, ham, hot dog, daging lunceon dan sosej boleh menyebabkan kanser. Pengkritik mempertimbangkan untuk masukkan daging terproses ke dalam klasifikasi karsinogenik yang sama dengan asbestos atau tembakau. Okey, berapa berbahayanya daging? Risiko relatif kanser kolorektum adalah 18% bagi setiap 50 gram sehari. Okey, jadi apa makna itu? Menurut Ketua Jabatan Kesihatan, tinggal bersama perokok meningkatkan risiko kanser peparu sebanyak 15%. Jadi menyedut asap rokok sekunder setiap hari meningkatkan risiko kanser peparu hampir sebanyak makan satu sajian daging terproses setiap hari meningkatkan risiko kanser kolorektum anda.

Bukti nampaknya sangat konsisten dalam banyak kajian sekarang, khususnya bagi kanser kolorektum, bahawa daging merah dan khususnya daging terproses meningkatkan risiko.

Kira-kira 90% daripada bakon yang dijual di UK dianggap mengandungi nitrit. Pengambilan harian bahan kimia ini boleh meningkatkan risiko kanser secara signifikan.

Dan lain-lain…

Pada zaman dahulu di China, peratusan orang yang menghidap kanser adalah sangat kecil kerana mereka tak cukup wang untuk makan banyak daging seperti di negara Barat. Saya tak tahu sama ada sesiapa buat kajian tentang itu sekarang tetapi dulu mereka membuat kajian dan kajian menyatakan bahawa orang China ada peratusan kanser yang sangat kecil berbanding dengan Barat. Lagi banyak wang yang mereka ada lagi banyak mereka boleh makan segala jenis produk orang-haiwan, maka lagi banyak hospital perlu dibina dan lagi banyak kematian setiap tahun. Jadi hari ini, orang ada lebih banyak penyakit daripada dulu. Ini disebabkan oleh karma juga. Peperangan juga datang daripada karma menumpahkan darah. Dunia perlu seimbang. Kita tak boleh buat apa-apa saja yg buruk dan mendapat hasil baik sebagai balasan. Itu tidak logik. Itu tidak logik dari segi sains, belum kata lagi logik dari segi agama, tidak bermoral.

Baiklah, Tuan, kami buat sebaik yang boleh mengikut Rahmat Tuhan. Jadi 67% karma-Mu menyebabkan penyakit-Mu sekarang. Saya tak nak sebutnya kerana itu akan menjadi terlalu jelas. Tetapi ia telah dikurangkan kepada 28%, jadi Anda akan rasa selesa, bertambah baik tak lama lagi. tak lama lagi, dan Anda akan diselamatkan. Nyawa fizikal anda akan diselamatkan kerana Anda datang merayukan pengampunan. Anda tidak merayukan kesihatan-Mu atau apa-apa tetapi disebabkan itu, kesihatan-Mu juga akan terpengaruh menjadi lebih baik. Jadi Anda akan nampak perbaikan. Tetapi sebenarnya, bukan hanya hidup ini saja, hidup selepas mati adalah penting, sama ada Anda dapat pulang ke Rumah atau tidak, atau kembali ke kedudukan megah Syurga seperti dulu sebagai Raja Bintang Utara. Berdoalah kpd Tuhan pada bila-bila saja Anda boleh, Tuanku.

Saya memang berharap Anda berdua menjauhi karma bunuh. Jangan makan produk orang-haiwan lagi. Itu baik untuk diri-Mu sendiri, pertama sekali, baik untuk Kedamaian-Mu, baik untuk hubungan-Mu dengan Tuhan dan baik untuk dunia di mana Anda diami, anak-Mu diami, cucu-Mu diami dan negara-Mu diami. Baiklah, Tuan, ada banyak yang boleh saya katakan. Kesimpulannya adalah, Anda berdua, cuba juga hidup mengikut Kehendak Tuhan. Itu Rukun Tuhan. Kita kata Rukun Tuhan walaupun Tuhan tidak membuatnya. Tuhan mahu Anda hidup mengikut peraturan Alam Semesta terutama di dunia fizikal ini di mana tiada apa-apa yang dapat bantu anda kecuali anda cuba bantu diri sendiri dulu. Dia berfirman, “Tuhan bantu mereka yang membantu diri sendiri.” Itu betul. Jadi Anda berdoalah setiap hari, buatnya menjadi suatu tabiat. Kita semua tidak muda lagi. Kita semakin menua sekarang, jadi segera buatnya jadi suatu tabiat, berdoa setiap hari. Bertaubat kepada Tuhan, memohon ampun dan berpatah balik secepat mungkin.

Raja pertama minta keamanan dan kebahagiaan. Ya, Anda akan mendapatnya sampai tahap tertentu setelah Anda membantu proses Keamanan. Dan Raja kedua, sama juga. Jangan cenderung kepada peperangan dan pembunuhan, dan cuba sebaik mungkin untuk elakkan produk orang-haiwan kerana itu akan bawa kepada Anda semakin banyak ketidakbahagiaan dan persekitaran tidak damai. Sesiapa pun yang Anda berurusan, sesiapa pun yang tinggal bersama Anda, mereka semua takkan bawa kedamaian kepada Anda jika Anda tidak berdamai. Kedamaian dgn manusia untuk manusia, dan kedamaian untuk makhluk lain, makhluk hidup di sekeliling kita.

Begitu juga dengan Raja Kedua, kedua-duanya. Sekarang Anda telah menyumbang kepada proses Keamanan, hasilnya akan menjadi lebih baik untuk kedamaian, kebahagiaan dan kesihatan-Mu walaupun Anda tidak mintanya. Karma penyakit-Mu itu telah dikurangkan kepada 28% saja. Itu situasi boleh tahan, bukan situasi berbahaya untuk kesihatan-Mu. Tetapi tolong buatnya berkekalan dengan berikan apa yang Anda mahukan kepada makhluk lain: kedamaian, kebahagiaan, kesihatan dan fikiran jelas. Bersyukurlah kpd Tuhan atas semua itu. Bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang Anda miliki, yang sangat jarang orang boleh miliki. Kerana jika Anda tidak agung di Syurga, tidak mungkin Anda boleh menjadi Raja di dunia ini. Jadi pahalamu sebenarnya sangat besar tetapi Anda macam terlebih membelanjakannya, belanjakan banyak pahala-Mu. Sebab itulah kehidupan-Mu tak begitu lancar. Kerajaanmu banyak menderita juga.

Masih ingat Raja Daud berbuat dosa dengan mengambil isteri daripada orang lain dan bunuh si suami itu juga. Jadi bukan sahaja dia menderita tetapi negaranya alami wabak besar juga selama tiga hari. Tetapi itu kerana dia bunuh satu orang saja dan memaksa satu isteri saja untuk menjadi isterinya. Tetapi dalam peperangan, kita memaksa banyak orang mati dan buat banyak orang menjadi janda. Dan juga, dalam kehidupan harian, kita makan daging orang-haiwan, menyebabkan banyak penderitaan untuk mereka, memisahkan pasangan mereka yang bersama, memisahkan anak mereka daripada ibu, mengurung mereka sepanjang hidup dan beri makan kepada mereka segala jenis racun supaya mereka kelihatan sihat dan gemuk agar mereka dapat datangkan harga yang lebih baik, agar orang akan beli dan makan mereka, termasuk Anda juga, Tuanku. Saya minta maaf kerana bercakap benar. Saya tidak rasa sesal pun. Maaf. Saya tidak rasa sesal.

Saya hanya bercakap benar. Pilihan-Mu. Okey? Jika Anda mahukan lebih banyak kebahagiaan, kedamaian, kesihatan untuk kehidupan-Mu, maka buatlah secara bertentangan dengan apa yang Anda buat sekarang. Tetapi saya senang hati dengan Anda kembali untuk membantu proses Keamanan, sekurang-kurangnya. Walaupun lewat sikit, walaupun kita mesti mengatur semula masa dan isu yang berkaitan, namun lebih baik daripada tidak. Jadi mulai sekarang, dengan sepenuh hati, Anda perlu doakan keamanan di dunia dan berhenti makan makhluk yang dibunuh, penderitaan, kedukaan daripada daging orang-haiwan. Semoga Tuhan kurniai Anda Belas Kasihan dan Pengampunan-Nya. Ini sudah berlaku tetapi jika Anda mahunya berkekalan, Anda perlu laksanakan Kehendak Tuhan seperti mematuhi Rukun, berbuat baik terhadap makhluk lain, apa-apa saja yang Anda mahu dibuat terhadap Anda sendiri. Amin, Tuan. Anda berdua, Tuan, semoga Anda juga sejahtera dalam hati nurani-Mu, dalam hati-Mu. Semoga anda sihat. Semoga Anda dikurniai apa yang Anda hasratkan dan mengusahakannya untuk buatnya bertahan lama. Kasihi Anda berdua dengan Nama Tuhan.

Baiklah, Tuan, Anda berdua, Tuanku, saya perlu pergi dari sini. Saya ada kerja duniawi yg lain utk dibuat sangat banyak rancangan untuk Supreme Master Television dan segala jenis kerja yang lain saya perlu buat. Tuhan beritahu saya bhw saya tak harus bercakap dengan Anda berdua lagi. Saya juga senang hati dengan tidak. Saya belum makan apa-apa sejak semalam hingga sekarang. Tetapi saya perlu untuk ringankan sesetengah karma yang datang kepada saya akibat kesalahan berat orang di dunia. Walaupun saya kasihi mereka tanpa penghujungnya dan Tuhan berkati mereka selama-lamanya, cuma sangat sukar nak mengatasi perkara yang minda mereka suruh mereka buat, yang menyebabkan kacau-bilau di dunia ini dan menyebabkan penderitaan kepada negara-Mu juga. Adalah sangat menyedihkan bagi Anda hanya berdiri di tepi dan lihat, berasa kecewa, malah marah, sedih dan sakit dalam hati-Mu.

Saya juga bersimpati dengan Anda ada tanggungjawab yang begitu besar. Sangat sukar nak menjadi raja atau mana-mana pemimpin di dunia tetapi hari ini mereka ada presiden dan perdana menteri. Mereka berpeluang utk melepaskan diri daripada tanggungjawab berat selepas tugas mereka selesai. Tetapi bagi raja, itu seumur hidup. Itu petugas seumur hidup. Saya bersimpati dengan Anda. Tolong cuba sedaya upaya. Buat apa-apa saja yang Anda boleh dalam hati ideal, penyayang, prihatin-Mu, melaksanakannya di luar. Semoga Anda selamat sejahtera, Tuan.

Kita bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segalanya yang dikurniakan kepada kita walaupun kadangkala Anda sendiri pun takkan memahaminya, takkan menyedarinya. Tetapi tanpa Kuasa Pelindung dan Penuh Kasih Sayang Tuhan Yg Maha Berkuasa, Anda berdua mungkin berada dalam keadaan yang lebih teruk Jadi setiap hari, berdoalah kepada Tuhan untuk apa-apa saja yang Anda hasratkan dan memuji Tuhan atas apa-apa saja yang telah diberikan dan akan diberikan, dan bersyukur kpd Tuhan atas segalanya yang Anda miliki, atau dirampas daripada Anda pun. Apa-apa pun yang berlaku kepada anda, semuanya untuk kebaikan Anda sendiri dari segi rohani dan juga fizikal. Kita bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar daripada semuanya Yang Paling Besar. Kami bersyukur kepada Engkau selama-lamanya.

Syukur kepada Engkau, Tuan. Syukur kepada Engkau, Tuhanku. Amin.

Photo Caption: Mungkin Kami Belum Dapat Capai Engkau Tetapi Kami Cintai Engkau Tuhan.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
685 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
4809 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-10
363 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-10
401 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
51 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
48 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
50 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-09
1139 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun