Saya gembira dgn saya dapat bercakap dengan anda kerana inti pati hidup anda – roh anda – adalah agung, megah, suci, murni, baik, suci. Ia langsung tidak tercemar oleh apa-apa pun dari dunia ini atau alam tak nampak. Tetapi masalahnya, anda terperangkap di dalam badan dan dikawal oleh minda, iaitu daripada hidup yang lebih rendah. Oleh itu, sangat sukar bagi anda ingat akan diri anda yang megah. Jadi saya cuba secara berulang kali untuk memberitahu anda itu. Tetapi jika saya tak dapat beritahu anda untuk membuat anda faham, carilah mana-mana Guru yang lain dalam kumpulan agama yang lain yang dapat bantu anda. Saya boleh beritahu anda sekarang: mungkin anda pergi kpd Cao Đài-isme tetapi anda perlu gunakan intuisi anda, doa anda, keikhlasan hati anda untuk minta bantuan supaya menjumpai Yang Baik, Penyampai Suci, di gereja itu, di tokong itu. Begitu juga dengan agama Kristian: anda perlu cari Santo dalam kekeliruan sekumpulan orang berjubah tetapi berhati kosong, sifar kasih sayang. Anda perlu cari permata yang jarang, berlian itu di dalam tanih untuk mengamanahkan roh anda, pencarian Tuhan anda, untuk diri sendiri di tengah-tengah dunia yang kucar-kacir, memusnahkan ini. Saya dah kata, anda boleh pergi cari dalam Cao Đài-isme penyampai sebaik mungkin di kuil sebaik mungkin dalam Cao Đài-ism yang dapat anda cari. Cao Đài bermaksud ‘Alam Tinggi’. Saya baru mendapat tahu selepas bercakap dgn anda tentangnya. Saya asyik berfikir, “Apa yang boleh kita panggilnya dalam bahasa Inggeris?” ‘Cao’ bermaksud ‘Tinggi’. ‘Đài’ bermaksud hampir seperti platform. Tetapi itu bermakna ‘Alam Tinggi’ dalam bahasa Inggeris. Itu yg terbaik yg dapat saya terjemahkan. Maafkan aku, semua Santo di sana, jika aku tak dapat ungkapkan maksud ajaran-Mu yang mendalam dengan satu perkataan macam itu. Anda boleh pergi kepada Beas, India – atau cawangan Guru Beas. Pengganti Mereka masih membawa Kuasa Mereka, masih ada Berkat Mereka. Anda boleh percayai Mereka. Beas – B-E-A-S, sekumpulan pengganti daripada Pengasas Beas, Yang Suci Soamiji Maharaj Ji, berterusan hingga ke Guru Baba Sawan Singh Ji, Sant Kirpal Singh Ji dan sebagainya. Ini Guru yang jujur. Mereka takkan memudaratkan anda dengan sebarang cara kerana Mereka berakar umbi dalam tradisi kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh percayai Mereka. Anda boleh pergi ke mana-mana tradisi sedekat mungkin, dan mungkin Hòa Hảo-isme. Hòa Hảo-isme di Âu Lạc (Vietnam) adalah baharu juga, Berkat Guru masih wujud. Agama Buddha Đạo Dừa Âu Lạc (Vietnam), anda juga boleh pergi sertai mereka kerana Guru Nguyễn Thành Nam, seperti Guru Huỳnh Phú Sổ, Ngô Minh Chiêu dan Minh Đăng Quang, ialah satu kumpulan juga. Minh Đăng Quang juga ada tradisinya. Mereka telah beramal di Âu Lạc (Vietnam) untuk masa yang panjang. Selagi Mereka dapat. Tenaga Mereka, Tenaga berkat masih ada pada pemuja Mereka. Jadi anda boleh sertai mereka juga. Jadi anda ada banyak pilihan sekarang. Saya gembira untuk anda. Saya begitu gembira dengan ia wujud – kumpulan agama tradisional ini. Saya begitu gembira, begitu senang hati. Jika anda dapati anda ada afiniti dengan mereka, pergilah pilih mereka dan baktikan seluruh hati, minda, jiwa anda kepadanya. Pilih satu kumpulan. Lebih baik satu saja kerana semuanya dapat bantu anda, cuma anda perlu baktikan diri dan setiap hari minta pengampunan dan pembebasan roh anda dengan sungguh-sungguh. Hanya untuk beritahu anda ada harapan di sana. Saya tak dapat jamin bahawa anda semua akan mendapat pembebasan dengan mengikut asas agama yang saya sebut kepada anda tadi itu. Ini juga bergantung pada anda, bergantung kepada keikhlasan anda sama ada anda benar-benar mahu mendapat pembebasan dan roh anda diselamatkan pada waktu yg benar-benar teruk, berbahaya ini di dunia kita. Jika anda orang Kristian, cubalah menjadi vegan juga, seperti Nabi Isa. Jika anda penganut Buddha, cubalah menjadi vegan seperti Buddha Shakyamuni. Dan percayai kata-kata Nabi Isa, percayai kata-kata Buddha, percayai kata-kata Santo yang anda faham, yang anda percayai. Anda juga boleh cuba I-Kuan Tao, sekurang-sekurangnya semasa di sana, anda bersama orang berfikiran berbelas kasihan yang sama. Mereka adalah vegan atau/dan vegetarian Ini saja yang dapat saya ingat sekarang. Itu saja yang saya tahu. Mungkin ada beberapa agama lagi di sesuatu tempat secara rahsia di sesuatu sudut kecil dunia ini yang saya tak berpeluang untuk mendapat tahu. Anda percayailah intuisi anda, percayai hati anda, dan percayai Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk bawa anda ke sana.
Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman sentiasa wujud sejak permulaan atau penghujung masa – sentiasa wujud, sejak selama-lamanya, cuma memerlukan Guru untuk bantu anda buka rahsia ini dan anda akan tahu, dapat lihat, akan dengar dengan serta-merta. Anda akan berada di Syurga dgn serta-merta dan sejak itu anda akan semakin meningkat maju. Kerana sangat sukar untuk mengingati Asal anda tanpa kaedah yang betul, Kaedah tanpa kaedah, yang... oh wau, yang berada di luar dunia ini, di luar bahasa manusia ini, di luar imaginasi mana-mana makhluk, bukan dengan imaginasi, desakan atau doa pun anda mendapatnya. Apabila anda berdoa, anda mendapat bantuan daripada Syurga sampai tahap tertentu tetapi makrifat ada di dalam diri anda. Tiada Syurga yang dapat keluarkan dan berikannya kepada anda. Anda perlu ada pakar bagi bukanya untuk anda secara tak nampak. Benda ini bukanlah sesuatu seperti anda boleh ada kuasa, kuasa duniawi untuk mempengaruhinya. Baiklah. Kita akan cakap tentang sesuatu yg lain. Juga, jangan menyalahkan diri sebagai Raja atas Anda tak dapat bantu rakyat sebagaimana yang Anda mahukan. Dunia inilah, suatu perangkap, situasi, keadaan dunia inilah yang membuat anda tak berdaya dan tak berupaya. Anda dapat bantu mereka mungkin dgn mansuhkan sesetengah cukai atau kurangkan cukai atau bina lebih banyak hospital atau malah beri pendidikan percuma kepada anak mereka dll tetapi Anda tak dapat bantu dengan sesuatu yang diatur oleh alam semula jadi seperti banjir, banjir yang dahsyat atau ribut yang bunuh banyak orang, rosakkan tuaian mereka atau bunuh orang tersayang mereka, contohnya. Ini Anda tak dapat. Anda hanya dapat bantu dengan cara material seperti mungkin berikan wang kepada mereka, berikan makanan kepada mereka, berikan jagaan kecemasan kpd mereka, buka sekolah kosong atau tempat untuk biar mereka masuk dan dapatkan perlindungan untuk seketika selepas mereka kehilangan segalanya. Tapi Anda tak dapat hentikan banjir itu. Anda tak dapat hentikan ribut, contohnya, atau gempa bumi, kerana itu bukan dalam daya upaya-Mu. Kerana itu, seperti yang saya dah kata, keamanan, kebahagiaan, kemakmuran negara anda juga berkait rapat dengan banyak negara yang lain di dunia. Anda tak dapat buat apa-apa dengan itu. Anda tak dapat mengubah itu jika orang di dunia pada umumnya tidak berubah. Tiada apa-apa yang perlu diubah sebenarnya, cuma kita harus ikut jalan yang wajar sejak permulaan lagi. Cuma orang tersalah jalan kerana dunia ini adalah milik kuasa negatif. Mereka beri pengaruh yang besar kepada semua roh yang tinggal di sini di bawah kawalan mereka. Mereka buat kita sibuk siang dan malam atas sebarang sebab atau tanpa sebab. Mrk buat kita kerja keras sepanjang masa bagi membayar untuk apa-apa saja benda kecil yang kita perlukan. Kita tak dapat bekerja dgn cukup keras untuk membayar hingga hari kita mati! Atau anak kita pun perlu bayar hutangnya! Mereka tidak biar kita ambil apa-apa pun bersama ke sebelah lain! Mereka tak nak biar mana-mana roh bebas dari sini. Sementara itu, ada begitu banyak jenis fakta dan benda yang menggoda serta segala jenis subjek dan kegiatan yang memukau dan apa-apa saja yang kelihatan macam jenis drama, pertunjukan yang beri kegembiraan di sekeliling anda dan orang, membuat mereka rasa keliru dan tergoda ke dlm perangkap sebegini. Kemudian mereka tak dapat keluar kerana telah menjadi biasa dengannya, ketagihnya. Itu bagaimana mereka menjadi dikawal selama-lamanya oleh kuasa negatif di sini, di domain fizikal ini. Kerana walaupun sesetengah helah ini memberi orang keriangan, kegembiraan atau keselesaan sementara, ia menimbulkan lebih banyak tragedi di sebaliknya atau secara tersembunyi yang disebabkan oleh pemukauan ini, oleh jenis rupa yang menggoda di dunia ini. Sebab itulah banyak orang tak boleh mendapat makrifat, tak boleh mendapat pembebasan dan lahir semula secara berulangan di lautan dunia yang menyeksakan ini. Ada seorang biksu – kami telah menyiarkan kisah ini di Supreme Master Television kami – namanya Kuan Jing. Pada asalnya beliau dari Alam Buddha Amitābha, bebas daripada segala penderitaan, sudah bermakrifat. Hanya ada kebahagiaan dan kegembiraan di alam itu. Kita boleh panggilnya salah satu Syurga Tinggi dalam istilah Kristian. Tetapi beliau turun ke dunia ini. Beliau malah ada seorang Guru agung yang bernama Hsu Yun atau Hư Vân sebelum Guru itu meninggalkan dunia ini dan selepas beliau sudah meninggalkan dunia ini pun. Tetapi beliau lihat peringkatnya masih terlalu rendah. Ada banyak peringkat yang berlainan di Syurga Buddha Amitābha ini dan beliau lihat dirinya masih terlalu rendah. Jadi beliau rasa perlu turun ke dunia ini untuk memperbaik diri, mengikir diri menjadi licin dan menempa diri menjadi jenis peringkat spiritual yang bulat. Jadi beliau turun ke sini. Beliau sudah begitu bermakrifat dan ada Guru spiritual pun, apabila turun ke dunia ini, beliau lupa akan segala-galanya. Macam itulah. Apabila kita turun ke sini, mereka berikan sesuatu kepada kita utk diminum bagi mengaburkan kita dan hilangkan semua ingatan masa lalu. Kita perlu mulakan semula seperti dari sifar. Jadi beliau turun ke sini. Beliau malah menjadi jeneral, membunuh dalam peperangan dan buat segala jenis perkara buruk yang takkan dilakukan oleh pengamal sebenar. Jadi beliau perlu lahir semula secara berulangan selama lebih 600 tahun sehingga akhirnya menjadi biksu, biksu agama Buddha dan benar-benar sangat rajin mengamalkan cara hidup Buddha: belas kasihan, berbelas kasihan, merendah diri dan sentiasa cuba berhubung di dalam dengan Kuasa Buddha. Nasib baik beliau adalah bermakrifat sebelumnya dan malah ada seorang Guru yg masih berhubungan dengan beliau dari Alam Buddha Amitābha. Tetapi Mereka biarkan beliau belajar. Mereka tidak cuba membawa beliau pulang ke Alam Buddha kerana itu kemahuannya. Beliau ingin berubah. Beliau ingin membuat diri menjadi lebih bermakrifat supaya dapat berada di kedudukan yang lebih baik di Syurga, tahap pencapaian spiritual yang lebih tinggi. Oleh itu, apabila beliau turun ke sini, beliau berfikir beliau akan menjadi orang yang lebih baik, berbuat baik dan amalkan ajaran Buddha, kemudian akan pulang ke Alam Buddha Amitābha dengan cepat dan menjadi Santo semula, Santo yang lebih tinggi. Tetapi tidak, beliau dah silap. Apabila turun ke sini, beliau menjadi sama seperti semua orang jahil yang lain di planet ini. Itu bagaimana beliau begitu banyak menderita juga selama 600 tahun. Akhirnya, agaknya beliau dah cukup menderita dan menjadi jelas. Di dunia ini pun, benih makrifatnya tidak dimalapkan, tidak dimusnahkan, jadi beliau dapat kembali ke jalan yang sama semula dengan tahap pemahaman yang lebih tinggi disebabkan Berkat Buddha. Buddha Quan Yin membantu dan Berkat Gurunya juga, malah sejauh dari Syurga Tinggi Alam Buddha Amitābha. Lihatlah, adalah bertuah jika sesiapa ada Guru bermakrifat agung, maka mereka dapat, meskipun mereka lahir semula di dunia yang menyeksakan, dari neraka pun, Guru itu tetap memberi dia jenis hubungan yang menyelamatkan nyawa, menyelamatkan roh ini, kemudian akhirnya dia juga akan mendapat pembebasan atau menjadi bermakrifat, makrifat yang lebih tinggi dalam sesetengah hayat. Cuma di Syurga Buddha Amitābha, seperti banyak Syurga yang lain, masa sangat singkat. Tetapi kita di dunia ini, ia menjadi banyak ratus tahun atau malah banyak ribu tahun, kemudian kita lupa akan banyak perkara. Masa dan ruang di sini, di domain ilusi ini memang berdelusi. Ini sukar. Ini perkara abstrak, jadi kita tak terlalu banyak memperkatakannya, bukan sekarang. Anda, Tuan, Tuanku, ialah Santo pada masa dahulu tetapi Anda cuma dah lupa. Biar saya cuba ingatnya untuk Anda. Okey, 672 tahun dahulu, Anda masih di Syurga, Syurga Keempat. Anda ingin capai Syurga Kelima. Oleh itu, Anda turun ke sini, buat segala jenis perkara, lahir semula dengan banyak cara yang berlainan dan dalam hayat-hayat yang berlainan. Sekarang Anda seorang Raja negara-Mu. Saya tak nak sebutnya, tidak secara terbuka. Dulu Anda seorang Santo yang bernama R-Y-I-N-S-A-I-N. Ryinsain. Agama Anda, Anda dalam salah satu mazhab agama Kristian pada zaman dahulu selepas Nabi Isa pulang ke kononnya Syurga. Roh Nabi Isa sentiasa bersama seluruh Alam Semesta, jadi Anda boleh berdoa kepada Baginda. Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa supaya Nabi Isa dapat bantu Anda juga. Anda boleh berdoa sama ada kepada Nabi Isa atau Tuhan Yg Maha Berkuasa. Itu lebih efisien kerana Mereka adalah Yang Paling Berkuasa, dah tentu. Santo dan Orang Suci yang lain amat berkuasa juga, cuma kurang berkuasa daripada Tuhan Yg Maha Berkuasa dan Nabi Isa. Itu saja. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah Bapa. Nabi Isa ialah satu-satunya Anak, tidak kira dalam bentuk apa Baginda lahir semula atau di negara apa Baginda muncul. Tuanku, salah seorang Raja di Eropah, saya tiada hubungan sekular untuk bercakap dengan Anda secara peribadi atau menulis kepada Anda. Kita sudah berkomunikasi dalam bahasa roh tetapi kata-kata di Bumi ini juga diperlukan untuk minda dan hati semasa kita di dunia ini, domain fizikal! Saya tidak menyalahkan sesiapa pun. Saya hanya beritahu Anda kesukaran saya berhubung dengan Anda seperti mana-mana pemimpin tertinggi yang lain di dunia. Okey, Tuan? Hanya secara sampingan, saya berfikir nak biar Anda tahu beberapa rahsia dalaman-Mu dan beberapa permintaan-Mu yang sukar bagi saya penuhi walaupun saya mahu. Jadi jika Anda dan Raja Bintang Utara bekerjasama dalam proses Keamanan ini, dan jika Presiden Putin, Presiden Zelenskyy, Presiden Trump dan pemimpin yang lain di dunia – bersama dengan orang di dunia bersatu dalam semangat dan benar-benar mahukan Keamanan dan berdoa untuk Keamanan – ia akan berlaku tak lama lagi. Jika kita mahukan sesuatu, kita perlu minta dan berdoa untuknya. Tetapi ini tak bermakna kita sentiasa mendapatnya sebagaimana yang kita mahukan. Tetapi perkara ini seperti keamanan, Keamanan Dunia ialah sesuatu yang besar. Jadi ia perlukan banyak raja, banyak pemimpin, banyak guru, banyak orang dari Syurga dan Bumi, seluruh dunia, membantu. Kita buat apa yang boleh. Tetapi jika Keamanan Dunia tercapai, semua pemimpin di dunia juga akan ada keamanan. Negara mereka juga akan ada keamanan yang lebih besar daripada sekarang dan akan berkekalan, oh, sekurang-kurangnya 1,000 tahun selepas perjanjian damai ini dibuat. Ia akan berkekalan selamanya jika kita berhenti menumpahkan darah semua makhluk, manusia dan orang-haiwan! Saya tak dibenarkan utk beritahu Anda lebih panjang daripada 1,000 tahun. Saya buat segalanya mengikut Kehendak Tuhan. Saya tak dibenarkan untuk buat apa yg saya mahu. Saya boleh berhasrat, boleh berdoa, boleh meminta. Kemudian jika Tuhan izinkan, maka saya akan gunakan semua kuasa saya yang mungkin untuk membantu, buat itu menjadi kenyataan. Jadi cubalah, Tuan, berdoa setiap hari, setiap masa yg boleh, setiap minit kecil Anda lapang, apa-apa yg Anda mahukan, Anda berdoa Mungkin ia datang tak lama lagi, mungkin ia datang kemudiannya, atau lebih lama selepas itu, atau mungkin ia tidak membuahkan hasil hingga hayat seterusnya atau hayat lain. Nasihat terbaik yang boleh saya beritahu anda semua pemimpin adalah jika anda benar-benar mahukan keamanan dan kebahagiaan, anda mesti mencari makrifat. Untuk mencari makrifat, anda mesti cari seorang Guru yang sudah menyedari makrifat dan dapat memakrifatkan anda. Sebab itulah anak murid Tuhan saya begitu berkuasa. Mereka berkati mana-mana saja yg mereka pergi. Mereka buat setiap perkara baik tanpa meminta ganjaran kerana mereka buat perkara, perkara hebat tetapi tak dapat dilihat dengan mata kerana mereka berhubungan dengan Kuasa Alam Semesta. dan boleh gunakan itu. Mereka boleh ambil itu untuk digunakan dalam misi mereka. Cuma mereka tak sentiasa tahu akannya. Dah tentu, jika mereka keluar dan berikan wang kepada orang miskin atau bantu mangsa dalam peperangan atau bantu orang-haiwan, maka mereka tahu akannya kerana itu perbuatan fizikal yang akan padan dengan hasil fizikal. Tetapi ada perkara yang lebih besar daripada perbuatan baik fizikal. Perbuatan baik adalah untuk orang, bermakrifat atau tidak bermakrifat, mendapat lebih banyak pahala meskipun mereka tidak mahu. Tetapi orang bermakrifat yang berhubungan dengan Guru agung dengan Kuasa Alam Semesta, dengan Rahmat Tuhan tidak melakukan itu saja. Mereka buat perkara di alam spiritual tanpa mereka tahu akannya. Ini ialah perbuatan baik sebenar dan makrifat sebenar, Peringkat Santo sebenar. Photo Caption: Jenis-jenis yang Baik Membentuk Masyarakat yang SihatKemas kini: Nasihat Guru kepada Raja Kedua tentang Permintaan-Nya terhadap Keamanan dan Kebahagiaan di Negara-Nya, dan kepada Raja Pulau atas Rayuan-Nya untuk Pengampunan/Keamanan dan Kesihatan-Nya, Bahagian 1 drpd 2
2025-04-14
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Raja di Eropah, sekali lagi meminta keamanan dan kebahagiaan untuk negara-Nya. Saya memahami itu. Anda sangat baik, menjaga rakyat. Atas itu, Anda juga akan mendapat pahala, ganjaran di akhirat, atau malah dalam hayat ini. Tetapi Anda perlu tahu, pertama sekali, jika Anda memikirkan negara Anda dan inginkan keamanan dan kebahagiaan untuk negara-Mu, itu dapat dilakukan, kerana negara-Mu alami banyak bencana baru-baru ini. Saya tahu bagaimana perasaan-Mu dalam hati-Mu. Anda sayangi rakyat dan cuba sebaik yang boleh sebagai pemerintah. Itu bagus. Itu bagus. Kebanyakan pemimpin mahukan keamanan dan kebahagiaan untuk negara mereka. Itu bagus. Cuma Anda perlu tahu, Tuan, bahawa keamanan dan kebahagiaan negara-Mu berkait rapat dengan keamanan dan kebahagiaan seluruh dunia. Saya percaya Anda tahu akan itu, cuma terlupa. Hanya buat saja kerja-Mu dengan terperinci, apa-apa saja yang boleh Anda buat untuk diri sendiri, keluarga-Mu, negara-Mu, buat saja. Setiap minit dalam hidup-Mu, laksanakan kerja-Mu dengan rajin, ikhlas, jujur, sepenuh hati. Dan Anda perlu sentiasa ingat akan Tuhan. Berdoalah kpd Tuhan agar bantu Anda membuat kerja-Mu dengan baik. Dan bersyukur kepada Tuhan atas apa-apa saja yang Anda dikurniai dan dibantu. Bagi raja atau presiden, jika anda ikhlas, Syurga akan bantu anda dalam tugas harian anda dan dalam urusan dengan negara jiran. Tetapi berasa ceria dan ada ketenangan sebagai raja ialah sesuatu yang berharga, hampir jarang ada. Maaf kerana mengatakan itu. Sebab itulah sesetengah raja di domain Asia meninggalkan kerajaan mereka setelah mereka menyedari bahawa ada satu lagi Kerajaan yang jauh lebih baik daripada kerajaan duniawi. Setelah mereka menjadi agak bermakrifat melalui keinginan mereka sendiri, atau jika mereka menemui Orang bermakrifat yang mempengaruhi mereka dengan tahap makrifat Mereka yang tinggi, maka raja, putera atau perdana menteri itu mungkin ingin meninggalkan segalanya untuk mengikut jalan itu – jalan Kebebasan, jalan Kedamaian, jalan Kegembiraan yang Anda cari. Dulu saya ingin meneruskan ijazah dalam psikologi kerana pada masa itu saya lihat orang Âu Lạc (Vietnam) sangat banyak menderita sebagai pelarian. Jadi saya sudah pergi ke universiti untuk memohon itu. Pada masa itu, saya belum mengamalkan Kaedah Quan Yin yang Memakrifatkan. Saya hanya lafazkan Kitab Suci setiap hari, juga berdoa dengan Bible dan berdoa kepada semua Buddha dan Guru agar bantu saya cari jalan yang betul untuk memakrifatkan diri sendiri supaya saya dapat bantu orang lain kerana dunia ini penuh dengan penderitaan, bukan hanya pelarian Âu Lạc (Vietnam) pada masa itu tetapi setiap kali saya menonton TV, ada penderitaan yang berlaku. Meskipun kita tak menonton TV, kita tahu akannya. Jadi saya berfikir saya perlu buat sesuatu, jadi saya pergi ke universiti, mulakan permohonan untuk psikologi kerana saya rasa orang Âu Lạc (Vietnam) perlukan penenangan psikologi, nasihat psikologi. Dengan cara duniawi, saya rasa itu caranya kerana mereka alami terlalu banyak trauma dan penderitaan. Kemudian saya beritahu itu kepada seorang biksuni Buddha. Dia beritahu saya, “Ah, doktor psikologi, kita ada banyak! Tetapi menjadi bermakrifat, mengikut Buddha adalah jarang. Jarang kita dapat jumpainya. Jadi ahli psikologi taklah begitu penting. Mungkin kamu bantu segelintir orang dengan psikologi dan cara kamu menenangkan mereka dengan jenis teori ini atau jenis kata-kata ini. Tetapi jika kamu bermakrifat, kamu dapat bantu oh, banyak orang, banyak roh dan makhluk yang lain juga: Syurga, Bumi dan neraka.” Wau! Sebaik saja saya dengar itu, saya berfikir, “Itu saja. Saya takkan menyambung pelajaran duniawi lagi.” Kemudian saya ingin menjadi orang zahid, biksuni agama Buddha. Tetapi pada masa itu, saya dah berkahwin dan itu agak sukar bagi saya. Ya, untuk memutuskan, itu sangat sukar kerana bekas suami saya memang seorang lelaki idaman mana-mana wanita. Dia sangat, sangat pengasih, sangat bertimbang rasa, murah hati, baik hati, lemah lembut, oh, apa-apa saja yg boleh kita hasratkan daripada seorang lelaki, dan dia kacak. Apa-apa saja yang boleh saya hasratkan dalam seorang suami, dia ada semuanya. Itu sangat sukar bagi saya. Tetapi memikirkan semua orang yang menderita termasuk nenek moyang, ibu bapa, adik-beradik dan kawan saya sendiri serta semua orang-haiwan yang menderita di rumah sembelih setiap hari, maka saya memutuskan saya perlu putuskan ikatan cinta kasih dengan bekas suami saya dan meninggalkannya. Sebelum itu, saya ingin menjadi biksuni tetapi tak jadi. Ia tidak menjadi kenyataan. Kemudian saya temui seseorang yang tidak dikenali. Saya ajarkan masakan vegetarian di Volkshochschule (pusat pendidikan orang dewasa) – sesebuah sekolah di Jerman, secara percuma, dah tentu. Kemudian orang ini datang kepada saya. Dia juga nak belajar tetapi dia sudah pun seorang vegetarian dan mengikut seorang Guru di India. Dia berikan sebuah buku kepada saya. Itu bagaimana saya menemui perkara lain yang boleh saya pelajari di India dan itu kelihatan lebih logik. Kerana menjadi biksuni atau ada seorang Guru tak bermakna kita boleh mendapat makrifat dengan serta-merta. Jadi saya tahu ada cara lain untuk mendapat makrifat, cepat dan senang. Ia menggerakkan hati saya. Jadi saya bertolak ke India dan mencari banyak tempat juga untuk mendapat tahu yang mana ialah cara yang paling baik dan pantas untuk mendapat makrifat. Jadi itu bagaimana saya datang kepada Quan Yin, Cahaya Syurga dalaman dan Bunyi Syurga dari dalam. Itu bagaimana saya ada afiniti dengan itu di India. Saya tak tahu mengapa saya bercakap begitu banyak tentang ini. Biar kita kembali. Jadi agaknya begitu juga, banyak raja silam meninggalkan kedudukan yang paling berkuasa di dunia untuk mengikut alam Syurga, mencari dunia sebenar, Negara sebenar, Rumah sebenar dari mana kita berasal, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pulang cepat atau lambat. Bagi banyak orang, lambat. Kerana apabila kita datang ke dunia ini, terutama jika kita ada kuasa, pengetahuan tentang dunia ini dan menjadi orang penting, manusia yang luar biasa dalam kedudukan yang tinggi, sebarang kedudukan, apalagi raja… Dlm kumpulan anak murid Tuhan saya, ada banyak orang yang ada pencapaian tinggi di dunia. Biasanya kami tidak sebut nama mereka kecuali mereka mahu. Paderi, biksuni, doktor, jurutera, ahli sains, malah ahli politik tetapi anda takkan tahu kerana dalam kedudukan sebegini, kami cuba melindungi nama dan privasi mereka. Kami juga hantar Pengutus Quan Yin ke tempat yg ditetapkan, rumah mereka untuk inisiasi individu khas. Berikan nama istimewa kepada mereka supaya tiada sesiapa yang akan tahu. Jadi sesetengah daripada mereka muncul di Supreme Master Television kami sebagai juruacara atau sama seperti mana-mana peserta dalam mana-mana rancangan atau sebagai juruacara rancangan. Kami tidak berkata bahawa mereka daripada persatuan kami atau apa-apa. Mereka hanya buat apa yg mereka buat dan jelaskan kepada penonton tentang kepakaran mereka atau sebarang profesion mereka. Tetapi anda takkan tahu bahawa mereka ialah ahli persatuan kami disebabkan kerja mereka, isu sensitif. Di dunia ini, orang menimbulkan kesusahan untuk orang yang terkenal dan baik, jadi kita cuba elakkannya sebanyak yang boleh. Saya bukan menasihati anda – mana-mana raja, perdana menteri atau presiden supaya meninggalkan kedudukan duniawi anda untuk menjadi orang zahid atau sesuatu macam itu. Tidak. Sebaik-baiknya anda berada dalam kedudukan anda tetapi mendapat makrifat di mana-mana saja anda boleh, apa-apa saja cara anda boleh. Makrifat takkan hilangkan semua masalah atau tekanan berkaitan tetapi akan memperkuat stamina anda, meningkatkan IQ anda dan meningkatkan semangat azam anda untuk sebarang cabaran yang mungkin anda hadapi dalam kehidupan harian terutama semasa anda ialah pemimpin Negara anda. Meskipun situasi luaran di sekeliling anda kacau-bilau, di dalam anda takkan kehilangan ketenangan anda yang terjelma di luar juga. Lebih-lebih lagi, jika mentor spiritual anda ialah Guru bermakrifat sebenar setinggi mungkin, Dia dapat menaikkan anda melangkaui kesusahan, membantu memikul sebahagian daripadanya – besar menjadi kecil, kecil menjadi sifar! Adalah paling baik jika anda dapat cari Guru bermakrifat tinggi yang sangat agung untuk menyampaikan kepada anda Ajaran tanpa kata-kata, Kaedah tanpa sebarang ayat bertulis, sebarang falsafah bertulis. Ini hanyalah sedikit penjelasan bagi perkara yang tak dapat kita jelaskan pun. Contohnya, kita panggilnya Kaedah Quan Yin yang bermaksud Cahaya dan Bunyi Abadi Syurga tetapi itu di dalam. Kita tak dapat gunakan sebarang alat atau kata-kata untuk membuat atau menciptanya. (Ada kumpulan-kumpulan Ajaran berlainan yang boleh anda cari seperti yang telah saya perkenalkan dalam khutbah terdahulu.)











