Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya hanya nak mengingatkan anda tentang semangat Krismas. Jika anda benar-benar memuja Nabi Isa, anda perlu mengikut ajaran-Nya. Meskipun anda belum mendapat makrifat, anda mesti buat apa yang boleh secara fizikal untuk saling membantu dan hentikan segala pembunuhan, hentikan segala peperangan – segala peperangan dengan manusia, segala peperangan dengan haiwan. Maka Syurga akan lebih berlembut dengan kita dan kita takkan alami pendemik atau sebarang bencana lain lagi. Itu perkara yang perlu segera dibuat. Dan bagi makrifat, anda perlu cari seorang Pembimbing, Guru, memang, orang yang dapat meningkatkan anda dari dunia ini dan alam akhirat. Kerana Syurga rendah hanyalah permulaan saja. Ada alam-alam yang lebih baik untuk kita hidup. Kerana kita akan meninggalkan planet ini suatu hari nanti. Cuma kita ada anak dan kanak-kanak lain yang akan datang selepas kita, jadi kita perlu menjaganya untuk mereka. Kita tak mahu mereka hidup dalam suasana panas seperti neraka. Kita tak mahu mereka tinggal di planet yang tiada apa-apa lagi atau tak cukup makanan, tak cukup keselamatan, tak cukup air, malah perlu minum air terkitar semula, menggunakan air terkitar semula. Di banyak kononnya negara bertamadun, maju, orang tetap mesti minum atau menggunakan air terkitar semula, malah dari kumbahan. Ini sesuatu yang tak betul. Kita perlu membetulkannya. Tahun Baru dah menjelang tiba, kita harus mulakan gaya hidup baharu: menjadi vegan, baik hati, murah hati, baik terhadap makhluk lain di sekeliling kita. Baiklah. Terima kasih banyak-banyak. Semoga anda sihat sejahtera. Semoga Tuhan rahmati kita semua sehingga kita berubah menjadi lebih baik. Kita perlu berubah menjadi lebih baik. Krismas dan Tahun Baru, berjanjilah kepada diri sendiri dan Tuhan bahawa anda akan berubah menjadi lebih baik: lebih pemurah, lebih berbelas kasihan, lebih bertimbang rasa terhadap semua makhluk di planet ini. Amin.