Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kasih sayang saya kepada anda, dengan nama Nabi Isa dan nama Tuhan Yang Maha Berkuasa. Krismas sekali lagi, satu tahun lagi, begitu cepat. Dan tahun sebegini bagi kita. Sekarang waktu Krismas. Kita harus ingat apa erti Krismas. Itu Nabi Isa yang mengorbankan segalanya untuk anak murid-Nya dan dunia. Yang paling penting ialah belas kasihan, kasih sayang yang disampaikan kepada semua anak murid-Nya serta orang yang mempercayai-Nya pada masa itu. Itu apa yang buat Nabi Isa diingati selama beribu-ribu tahun dan kita meraikannya setiap tahun dengan nama-Nya. Apa yang Nabi Isa buat bukanlah secara fizikal saja. Dia menyembuhkan kebutaan, kejahilan anak murid-Nya. Ini ialah kebutaan yang banyak daripada kita ada kerana kita tak kenali Tuhan di dalam. Nabi Isa bukan sahaja beri makan orang ramai, bukan sahaja menyembuhkan orang buta secara fizikal tetapi juga meningkatkan roh anak murid-Nya dan orang pada masa itu supaya mereka dapat lihat Tuhan di dalam. Kerana Dia telah beritahu kita bahawa Alam Tuhan ada dalam tangan kita, Alam Tuhan ada dalam diri kita. Itu satu lagi perkara yang memerlukan bimbingan dan tafakur berterusan untuk menyedari Tuhan. Saya hanya di sini hari ini untuk ingatkan anda tentang semangat Krismas. Kita tak harus fikirkan diri sendiri saja, mengadakan majlis besar, menebang berjuta-juta batang pokok muda, membunuh berjuta-juta ekor haiwan, ayam belanda yang tak berdosa. Mereka nak hidup. Mereka nak menikmati hidup. Mereka juga nak meraikan Krismas dalam hati mereka. Tapi kita memendekkan hayat mereka, meragut nyawa mereka tanpa berfikir dua kali. Saya tak nak menangis sekarang. Saya memikirkan itu. Fikirkanlah itu. Kita tak perlu membunuh ayam belanda untuk meraikan hari keputeraan Nabi Isa. Dia tak pernah makan sebarang produk haiwan. Dia adalah vegetarian. Dia daripada keturunan Essenisme dan mereka sentiasa adalah vegetarian. Jadi jika kita meraikan hari keputeraan Nabi Isa, Krismas, kita harus ingat akan semua ini. Ajaran-Nya adalah penting. Jika kita kata kita ialah pengikut Nabi Isa, maka kita harus ingat akan teras ajaran Nabi, iaitu belas kasihan, kasih sayang terhadap semua makhluk. Jadi pada hari perayaan Krismas, saya dengan ikhlas mengucapkan semoga anda sihat sejahtera. Tapi lebih-lebih lagi, semoga anda menjadi lebih bermakrifat. Semoga anda lebih ingat akan ajaran Nabi Isa dan semua Guru. Kerana itu teras agama: ajaran Guru. Kita pengikut harus betul-betul mengikutnya, bukan hanya dengan huruf-huruf, membaca atau melafazkannya saja tetapi mengaplikasikannya supaya dunia kita akan menjadi lebih berbaloi dengan pengorbanan Nabi Isa dan semua Guru.