Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

DIET VEGAN Diet Doktor Perubatan – Bahagian 2

2020-01-06
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada pandangan saya, pemakanan sangat penting bagi doktor perubatan masukkan dalam amalan mereka untuk merawat pesakit kerana dengan pemakanan kita dapat mempengaruhi penyakit kronik secara positif.

Pemakanan ialah perkara paling penting yang harus doktor tahu kerana ia menentukan begitu banyak aspek penyakit yang berlainan.

Dengan setiap pengurangan produk haiwan dalam corak pemakanan, kita lihat manfaatnya dari segi penyakit jantung, diabetes, risiko barah, obesiti.

Apa yang dapat kita lihat di sini, di sebelah kiri, diabetes jenis 2 tersebar luas, kemudian ada jenis-jenis diet. Orang vegan paling rendah pada 2.9, kemudian beransur-ansur menaik. Data ini jelas menunjukkan diet berkaitan dengan diabetes.

Artritis reumatoid, psoriasis atau penyakit Crohn, semuanya penyakit lemah-kurus kronik, sekarang malah ada penyakit Alzheimer, katarak, kebutaan usia tua, pengalaman yang sama, risiko yang lebih rendah apabila kita amalkan diet berasaskan tumbuhan, risiko yang lebih tinggi apabila kita amalkan diet Barat.

Menurut Persatuan Diet Amerika dalam laporan 2016, diet berasaskan tumbuhan adalah sihat dan selamat di semua tahap kitaran hidup termasuk kehamilan, tempoh penyusuan dan masa bayi.

Jika kita makan jenis diet itu, kita memang mendapat segala-galanya.

Tak perlukan daging untuk besi atau hasil tenusu untuk kalsium.

Semua makanan tumbuhan ada protein dan hampir semua makanan tumbuhan ada semua asid amino yang diperlukan.

Saya tak pernah lihat pesakit yang kekurangan protein dalam amalan perubatan selama 26 tahun dan latihan selama 10 tahun sebelum itu. Kita mendapat semua protein yang diperlukan dalam diet berasaskan tumbuhan yang seimbang. Kawan saya yang bina badan, amalkan diet berasaskan tumbuhan, mengangkat lebih banyak, lebih baik, pulih dengan lebih cepat dan bersaing dengan lebih baik.

Risiko orang yang makan hasil tenusu mendapat barah prostat adalah lebih tinggi daripada risiko perokok mendapat barah peparu.

Diet berasaskan haiwan yang menyebabkan 14 jenis barah lazim adalah lebih berbahaya daripada merokok. Negara atau orang yang makan jumlah bijirin lengkap yang lebih besar kurang mendapat 20 jenis barah yang paling lazim.

Ada seorang lelaki yang berumur sekitar 55 tahun. Dulu dia hidapi diabetes yang menyebabkan lesi retina dan perdarahan yang serius. Lepas mengubah dietnya, saya ikut kesnya selama tiga hingga empat tahun, simptomnya pada retina telah berkurangan. Perdarahan berulang telah berhenti. Kesihatan keseluruhannya juga di bawah kawalan yang sangat baik termasuk tekanan darah dan gula darah.

Segalanya yang berkaitan dengan keradangan telah bertambah baik secara dramatik dengan diet berasaskan tumbuhan dan ia seharusnya menjadi asas terapi bagi setiap orang yang hidapinya.

Itu diet yang sama yang dapat bantu orang susutkan badan. Itu dapat sembuhkan penyakit jantung, juga dapat pulihkan diabetes, juga boleh digunakan untuk merawat penyakit autoimun.

Biasanya akhirnya doktor boleh kurangkan ubat, dan dalam banyak kes, hentikan.

Kita bukan saja dapat menstabilkan penyakit, kita malah dapat sembuhkannya.

Tiada ubat yang dapat mendatangkan hasil sebegini.

Sekarang kita ada banyak data saintifik yang tak dapat disangkal dalam kepustakaan yang mengesahkan diet makanan lengkap yang berasaskan tumbuhan ideal untuk kesihatan optimum, makan tumbuhan dapat bantu sel, organ, badan kita, menghindarkan penyakit kronik, mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal, meningkatkan prestasi senaman dan sihat sejahtera sepanjang hayat. Saya telah nampak ini dalam masa lima tahun ini sejak saya implementasikan protokol ini ke dalam amalan kaunseling pemakanan saya.

Apabila anda pergi ke pasar raya, abaikan produk haiwan. Pergilah mengisi dengan buah-buahan, sayuran segar. Itu saja yang kami buat. Kami hantar pesakit kami ke bahagian sihat pasar raya dan hasilnya sudah jelas dengan sendirinya. Orang berhenti makan tablet tekanan darah. Mereka tidak lagi alami kesakitan sendi dan otot. Mereka susut badan, rasa selesa.

Orang rasai perbaikan dengan cepat sekali, dalam masa beberapa hari atau seminggu saja. Begitu memuaskan bagi doktor dapat melihat pesakit menjadi semakin pulih.

Soalan sebenar tentang diet makanan lengkap yang berasaskan tumbuhan adalah apa tak disembuhkannya.

Ia terlalu baik, tak boleh jadi benar, tapi ia memang benar.

Kebaikan mengikut jalan itu dari sudut pandangan kesihatan adalah tiada apa-apa kecuali seratus peratus betul.

Lebih daripada sebarang aspek lain dalam kehidupan anda, anda boleh memilih dunia yang lebih baik, dunia yang lebih bersih, dunia yang lebih pemurah dan meningkatkan kesihatan diri, dengan ubah diet anda. Memang begitu mudah saja.

Anda akan hidup lebih lama dan akan hidup dengan lebih baik.

Diet berasaskan makanan tumbuhan ialah caranya.

Itu kuncinya. Tiada apa-apa yang lebih baik.

Demi dunia ini, demi haiwan menawan yang tinggal bersama kita di planet ini.

Ubahlah dunia anda dan hubungan dalaman dengan makhluk lain dengan amalkan diet makanan tumbuhan lengkap.

Senarai berterusan... Sila kunjungi SupremeMasterTV.com / VE untuk senarai kelab dan maklumat lanjut.

Jadilah Vegan SEKARANG dan Sertai KELAB MULIA Ini!
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2020-01-03
7045 Tontonan
2
2020-01-06
10288 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android