Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 3 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru menjelaskan bahawa sumbangan yang bererti beri penghormatan kpd negara dan dunia dan menekankan bahawa pendidikan formal tidak diperlukan untuk kesedaran diri.

Bagi siapa yang saya bantu – itu wang saya. Saya bantu sesiapa saja yang saya mahu. Itu terpulang kepada saya. (Ya, Guru… umumnya…) Tidak, itu bukan apa yg saya maksudkan. Ya, sila tunggu sekejap. (Ya.) Kadangkala apabila kita bantu seseorang, mereka dapat menerimanya hanya jika mereka ada pahala dan perlu ada afiniti juga, kan? (Ya, perlu ada afiniti.) (Ya.) Kita dah bercakap tentang itu tadi. (Ya.) Bukanlah kita boleh bantu sesiapa saja yang kita mahu, kan?

Saya hanya beri bantuan. Saya tidak ambil apa-apa pun. Buat apa saya perlukan wang? Saya tinggal di dalam khemah saja. Saya tiada kereta, dan sekarang tiada rumah juga. Apabila saya datang ke sini, saya hanya menginap di rumah orang lain selama beberapa hari. Buat apa saya ambil wang? Sekarang, buat apa saya perlukan wang pun? Jika saya ada pekerjaan atau perniagaan, maka mungkin saya perlukan wang untuk perniagaan dan sebagainya. Saya makan satu atau dua hidangan sehari Ke mana-mana pun saya pergi, saya naiki kereta anak murid dan menginap di rumah mereka. Apabila pulang, saya tinggal di dalam khemah. Jadi buat apa saya perlukan wang? Contohnya, buat apa kita perlukan wang? Untuk perniagaan atau sesuatu, kan?

Meskipun saya perlukan wang, akhirnya saya akan berikannya di sini, berikannya di sana, di tempat lain. Itu tak benar-benar wang saya, jadi mengapa begitu risau tentangnya? Tidak kira siapa yang saya bantu, saya bantu Âu Lạc (Vietnam) juga. Mengapa kita asyik berfikir dengan begitu sempit? Jika kita simpan segalanya untuk diri sendiri macam itu, tiada sesiapa yang akan ketahui kita. Kita perlu berintegrasi dengan orang ramai yang lebih luas.

Saya dari Âu Lạc (Vietnam). Jadi tidak kira siapa yang saya bantu, orang akan tahu bahawa itu orang Âu Lạc (Vietnam) yang bantu mereka. Orang sentiasa hanya risau tentang wang tanpa memikirkan kehormatan atau kasih sayang sejagat. Contohnya, jika saya bantu semua orang, orang akan berkata, “Ah! Orang Âu Lạc (Vietnam) sayangi semua orang. Mereka bantu semua orang, bukan hanya orang Âu Lạc (Vietnam).” Nampak tak? Bukankah itu bawa kehormatan kepada Âu Lạc (Vietnam)? Apa yang kamu rasa? (Ah!)

Kehormatan macam itu tak dapat dibeli dengan wang. Setelah wang dibelanjakan, ia hilang. Tetapi apa yang kita buat untuk bawa kehormatan kepada dunia dan negara kita akan berkekalan. Itu sumbangan sebenar. Kamu terpelajar. Hanya fikirkannya dan kamu akan segera faham, kan?

Contohnya, jika seorang Âu Lạc (Vietnam) membuat sesuatu yang baik yang bawa sokongan kepada Âu Lạc (Vietnam) di seluruh dunia, adakah kamu rasa itu akan baik untuk negara kita? Sebaliknya, kita hanya fikirkan tentang beri makan kepada diri sendiri. Maka segalanya hilang. Beritahulah orang bahawa mereka telah salah faham teruk. Tiada orang Âu Lạc (Vietnam) yang sumbangkan wang kepada saya. Semuanya wang saya atau dana yang dihantar dari Taiwan (Formosa). Itu perkara pertama. Kedua, tidak kira siapa yang saya bantu, saya juga bantu orang Âu Lạc (Vietnam). Kita hidup di dunia ini. Umumnya, dan khususnya bagi Âu Lạc (Vietnam), jika orang Âu Lạc (Vietnam) ada reputasi yang baik, maka dunia akan mengenali Âu Lạc (Vietnam), kan?

Jadi beritahulah mereka bahawa mereka perlu berfikir dengan lebih luas dan lebih jauh ke depan. Lihat dengan luas dan jauh ke depan. Jika kita lihat perkara dengan terlalu berpandangan pendek, adalah sukar untuk sempurnakan perkara. Begitu banyak orang, disebabkan pandangan pendek itu, menyebabkan mudarat kepada komuniti Âu Lạc (Vietnam). Satu akhbar mengecam akhbar lain. Atau satu kumpulan mengecam kumpulan lain. Semua orang mahu menjadi bos, mengarah. Tiada sesiapa yang berfikir tentang kehormatan bersama negara dan rakyatnya. Contohnya, jika saya berkelakuan macam itu juga, apa yang akan kamu fikir? Akankah saya masih layak menjadi Guru? Hari ini saya ‘terangsang’ sikit. Kerana sebaik saja dia masuk, dia terus mengecam, terus membidas. Terus mengemat, terus mengemat. (Oh,tidak!Saya hanya tanya sbg wartawan bagi bantu memperjelas perkara untuk orang ramai.) Okey, okey. Saya tahu. (Ya.) Saya tahu. Tetapi isu macam itu buat orang rasa tidak selesa sikit. (Ya.) Kerana mereka asyik tanya secara berulangan. Semua orang tanya soalan itu. (Ya.) Kerana itu isu yang paling mereka pentingkan. (Ya.) Oleh sebab orang biasa di dunia ini umumnya ada tahap pemahaman yang hampir sama, jadi ke mana-mana pun saya pergi, semua orang tanya soalan yang sama itu. Hanya dengarnya saya dah mula berpeluh. (Sebagai wartawan, kami hanya mempersoalkan taakulan itu untuk bantu memperjelas perkara.) Ya, saya tahu. Baiklah, saya tahu. Ya. Tetapi kamu bukan orang pertama.

(Ya. Boleh saya tanya, Guru, banyak orang berkata bahawa pengikut-Mu berpendidikan tinggi dan memegang ijazah lanjutan.) Sesetengahnya berpendidikan tinggi dan sesetengahnya kurang berpendidikan. (Macam tu. Jadi pengikut-Mu datang drpd semua lapisan masyarakat.) Semua jenis orang. (Macam tu.) Ya, ya.

(Maka boleh Guru jelaskan mengapa orang yg kurang berpendidikan mengikut Guru dan mengapa mereka yang berpendidikan tinggi mengikut Guru juga?) Atas sebab yang sama: untuk mencari Diri sebenar mereka. Diri sebenar itu tidak berpendidikan rendah atau berpendidikan tinggi. (Ya.) Mereka adalah bijak, hayat demi hayat. (Ya.)

Saya bantu mereka menemui semula Sifat inheren itu dan mereka jumpainya. Mereka jumpainya secara beransur-ansur, lebih banyak sikit setiap hari. Jadi mereka gembira, suka akannya dan ikut. Ini sesuatu yang kamu tidak perlukan pendidikan formal untuk faham. Sama seperti Patriark Keenam Huineng tidak berpendidikan formal (Ya.) tetapi tetap bijak dan bermakrifat, manakala Shenxiu sangat terpelajar dan tahu akan banyak perkara, malah telah mengikut Gurunya selama 30 tahun tetapi tetap tidak berada di peringkat yang sama dengan Huineng. Ini hanya suatu contoh.

Kamu menulis rencana ini dan yang satu lagi ditulis oleh En. Lưu, kan? Okey. Jadi yang penuh humor itu ialah rencana yang ditulis oleh En. Lưu. Yang ini ialah rencana yang kamu tulis. (Rencana saya lucu juga.) Ah! Ya, memang sangat lucu. (Agak menggelikan hati juga.) Sangat kreatif. (Adakah terdapat apa-apa yang Guru tidak bersetuju?) Tidak, tidak. Saya setuju sepenuhnya. Saya setuju dengan semuanya. Adakah semua orang seronok menikmati hidangan tadi? Adakah ia ikut cita rasamu? (Ya, ia sangat sedap, Guru.) (Ia sangat sedap, Guru.) Benar ke? Adakah itu sedap? (Ya, memang sangat sedap.) Ah, baguslah!

(Guru, semasa lawatan ini, adakah Guru merancang untuk bertemu dan bercakap dengan anak murid dan bersama kumpulan orang yg lebih besar?) Ya, ya. Saya baru tiba dari lapangan terbang pada pukul 10 lebih, hampir pukul 11, Ahad lalu. Saya kembali pada hari Ahad dan segera bercakap dengan anak murid. Mereka menunggu di Pusat Meditasi. (Ya.) Saya pergi terus dari lapangan terbang untuk melawat mereka. Berjumpa dengan mereka setiap hari akan ganggu mereka. Lebih baik biar mereka teruskan kerja mrk Pada hari Ahad, mereka berkumpul, jadi saya ambil kesempatan ini untuk pergi ke sana dan melawat mereka. (Ya.)

Hanya jika saya datang sekali-sekala dan kebetulan berada di sana pada hari Rabu atau Khamis baru mereka perlu mengatur perhimpunan supaya kami boleh bertemu. Jika tidak, jika saya inap di sini dengan lebih lama, saya biar mereka teruskan seperti biasa. (Akankah Guru kembali ke Hawaii kali ini atau pergi terus ke Taiwan (Formosa)?) Ada undangan dari begitu banyak tempat, jadi barangkali saya belum dapat pulang ke Taiwan (Formosa). Taiwan (Formosa) ada mengundang saya juga. Sekarang Taiwan (Formosa) lihat Amerika berikan anugerah kepada saya, mereka juga mengundang saya pulang ke sana untuk menerima satu lagi anugerah, sesuatu yg berkaitan dgn profesion saya. Apa yang mereka panggil… sesuatu yang spiritual, anugerah untuk kerja spiritual. Ini anugerah duniawi tetapi mereka kata mereka ingin beri hormat kepada saya atas kerja spiritual saya. Saya kata, “Oh, tak perlukan anugerah! Kenapa bersusah-susah?”

Mengapa saya datang ke Amerika? Saya jelaskan bahawa ini kerana ada begitu banyak bencana di sini belakangan ini. Saya datang ke sini untuk menerima anugerah dan juga untuk menjalin lebih banyak afiniti dengan mereka. (Ya.) Jika tidak, pada masa lalu, pada bila-bila saya datang ke Amerika, saya ingin segera tinggalkan sini. Pada bila-bila saya datang ke sini, saya tak dapat berada di sini dengan lama. (Beberapa hari yang lalu, ada gempa bumi di sini.) Oh! Begitu ke? (Ya.) Saya rasa ada sesuatu jenis kuasa di sini yang tidak begitu baik. Tanah ini sangat baik tetapi kadangkala banyak karma buruk telah diwujudkan. (Ya.) Jadi saya berfikir saya akan menerima anugerah ini untuk manfaat mereka, bukan untuk saya sendiri Menyemaikan afiniti baik untuk mereka. Jika mereka beri hormat kepada saya, maka negara mereka juga akan menerima penghormatan.

Kamu tahu peribahasa ‘kita mendapat apa yang kita semaikan’, kan? Itu apa yg kita katakan dlm agama Buddha Ah! Nabi Isa berkata begitu juga, “Apa-apa yang kamu semaikan, kamu akan mendapatnya.” Jika mereka beri hormat kepada saya macam ini, mereka pasti akan menerima penghormatan pada masa depan kerana mereka menyemaikan sebab yang cerah, positif untuk diri sendiri. Saya datang ke sini untuk menerima anugerah demi kebaikan rakyat Amerika. Bagi Taiwan (Formosa), saya sudah tinggal di sana untuk masa yang panjang – enam, tujuh, lapan tahun. Segalanya sudah ada masa untuk masuki minda orang dan banyak orang sudah mengenali saya. Sekarang begitu banyak daripada mereka sudah jalankan amalan spiritual dengan ikhlas. Tak perlu pulang ke sana hanya untuk menerima anugerah. Itu tidak perlu. Kamu faham, kan? (Ya.) Sebab itulah saya tidak pulang ke Taiwan (Formosa) untuk menerima anugerah. Tak usah tergesa-gesa untuk itu. Saya takkan membuat perjalanan khas ke sana hanya untuk menerima anugerah. Contohnya, kemudiannya selepas saya dah selesaikan semua kerja di Amerika Syarikat, selepas saya telah pergi ke sana sini, melawat anak murid dan melawat semua tempat yang mengundang saya dengan ikhlas, kemudian kebetulan melalui Taiwan (Formosa) dalam perjalanan pulang, contohnya, kemudian semasa saya di sana, jika mereka masih nak berikan anugerah kepada saya, itu boleh. (Ya.) Tetapi saya takkan secara khas tinggalkan Amerika Syarikat dan bergegas sejauh ini untuk balik ke Âu Lạc (Vietnam) hanya untuk menerima anugerah, kemudian bergegas kembali ke sini semula Lebih kurang macam itulah. Jadi saya belum pulang ke Âu Lạc (Vietnam) lagi. Faham?

Buat masa ini, barangkali saya akan terus pergi ke seluruh Amerika Syarikat untuk lebih lama sikit lagi. Kali ini, saya berasa senang menginap di sini. Terasa macam itu. Ada kalanya kita tak dapat buat perkara sebelum masanya. Sebelumnya pada bila-bila saya datang ke sini, selepas beberapa hari saja, saya nak tinggalkan sini. Kadangkala saya sangat sabar dan dapat menginap di sini selama dua atau tiga minggu. Sekarang saya rasa dapat inap di sini dengan lebih lama sikit. (Mungkin disebabkan oleh afiniti itu.) Ini disebabkan oleh afiniti mereka beri hormat kepada saya. (Penghormatan.) Mereka beri hormat kepada pengamal spiritual yang ikhlas. (Ya.) Maka mereka menerima berkat daripada itu. (Ya.) Mana boleh mereka tidak, kan? (Ya.) Orang utama menerima lebih banyak pahala, dan rakyat – seluruh negara, seluruh negara – yang menyokongnya akan menerima berkat. (Ya.)

(Guru, di Amerika Syarikat sini, ada banyak orang Amerika Putih yang mengikut Guru.) Ya, ya. (Adakah terdapat banyak drpd mereka?) Ya, agak banyak. (Ya.) Tetapi pada masa ini, tidak banyak daripada mereka bermeditasi kerana bilangan mereka kurang daripada di Âu Lạc (Vietnam). Biasanya, mereka lebih banyak bermeditasi di rumah. Mereka terlalu malas nak keluar. Ini disebabkan saya. Ini salah saya juga. Mengapa? Kerana dulu apabila saya datang ke sini, saya hanya berbahasa Âu Lạc (Vietnam). (Ya.) Mereka duduk di sana, mendengar terjemahan dan itu meletihkan bagi mereka. (Ya.) Banyak daripada mereka tidak menterjemah pun. Mereka duduk mendengar di sana, begitu gembira dan seronok nikmatinya sehingga terlupa sepenuhnya bahawa mereka sepatutnya menterjemah. Itu satu perkara. Kedua, saya tidak inap di sini dengan begitu lama. (Ya.) Biasanya pada bila-bila orang datang berjumpa dengan saya, orang Âu Lạc (Vietnam) mengerumuni saya sepenuhnya dan orang Amerika berdiri di luar. Mereka tidak menolak-nolak untuk masuk. Mereka tidak biasa berbuat demikian. Tetapi anak murid Âu Lạc (Vietnam) langsung tidak malu-malu. Sebaik saja nampak saya, mereka bergegas masuk dan mengerumuni saya, jadi orang Amerika yang berdiri di belakang akhirnya menjadi tawar hati. Jadi jika saya inap di sini lebih lama sikit, mereka akan menjadi lebih rajin dan meningkat maju dalam amalan spiritual. (Ya.)

Kali ini, orang Amerika telah banyak membantu saya semasa lawatan saya ke sini. Contohnya, itu bukan soal wang. Sebaliknya, mereka sebarkan kata-kata atau menjemput rakan mereka datang dan sebagainya. Kadangkala mereka juga hubungi akhbar. (Ya.) Mereka sendiri lakukannya. Saya tidak tahu akannya pun. Kadangkala mereka mengatur aktiviti atau program, kemudian beritahu saya bahawa ada ini atau itu yg berlaku di sini, kemudian saya pergi. Macam itulah. (Ya.)

Jika sesuatu adalah berfaedah, maka saya pergi. Contohnya, melawat veteran dan seumpamanya. Mereka berjuang untuk rakyat dan melindungi kita. Tidak kira sama ada apa yang mereka buat adalah betul atau salah, apabila orang muda itu pergi berperang, mereka buat begitu kerana ada impian yang tinggi. Jika tidak, siapa nak pergi, kan? Jadi saya pergi ucapkan terima kasih kepada mereka (Adakah Guru dermakan AS$200,000 untuk itu?) Ya, saya dermakan AS$200,000 juga. (Kepada veteran?) Kepada veteran di seluruh negara. Ya. Adakah itu dilaporkan? (Yang itu tidak dilaporkan.) Saya tak tahu apa-apa pun tentangnya. (Derma di Malibu itu dilaporkan tetapi derma kepada veteran tidak.) Oh! Benar ke? (Ya, derma di Malibu dilaporkan tetapi derma kepada veteran tidak.) Mengapa tiada sesiapa yang beli atau baca surat khabar atau apa-apa?

(Jadi derma kepada veteran hanya kali ini saja atau…?) Ya, baru-baru ini saja. (Ya. Baru-baru ini saja?) Ya, kerana ketika saya di Hawaii, saya sudah janji bahawa jika saya bertemu dengan mereka kali ini, saya akan biar mereka tahu.

(Saya masih ingat bahawa di Hawaii, Guru janjikan AS$200,000 untuk veteran.) Saya tidak janjikan AS$200,000 tetapi saya janji bahawa saya akan berikan sesuatu. (Ya.) Oleh sebab saya bertemu dengan mereka, saya segera berikannya kepada mereka. (Jadi Guru dermakan AS$200,000 sekarang?) Ya. Ya, ia sudah dilakukan. (Guru singgah di sana selama kira-kira lima atau enam minit saja, bercakap sikit, kemudian segera tinggalkan sana.) Betul, betul tu. Kerana saya perlu menaiki pesawat. (Guru perlu segera tinggalkan sana.) Ya, saya perlu menaiki pesawat. (Kamu tahu tak pada tarikh apa akhbar itu diterbitkan?) (Itu kira-kira seminggu yang lalu.) Tiada sesiapa yang belinya. Nampak tak? Saya tak tahu apa-apa pun tentangnya. (Mungkin mereka ada belinya tetapi tidak perasan.) Begitu ke? (Kadangkala berita macam itu… mengambil ruang beberapa lajur.) Kamu ada surat khabar itu tak? (Dekat metro.) (Kadangkala selepas ia disiarkan, orang tidak perasannya.) Sudah buangnya. Betul tu. (Di metro.) Benar ke? (Di bahagian ‘Metro’.) Suruhlah seseorang meneliti surat khabar baru-baru ini dan lihat. (Ya.) Kamu semua kata ia disiarkan di merata tempat tetapi saya tak tahu apa-apa pun tentangnya. Biar saya lihat dan rasa bangga sikit sebagai suatu perubahan. Biar ego meningkat sikit. Sentiasa dikritik adalah meletihkan juga. Berikan vitamin kepadanya supaya ia dapat kembali bekerja. (Tetapi ego ialah salah satu benda yang dilarang oleh Mahaguru.) Tak mengapa. Kita gunakannya. Jangan biarnya gunakan kita. Itu saja. (Ya, betul tu.) (Itu apa yang penting.)

Tiada apa-apa yang secara inheren baik atau buruk. Ini bergantung kpd bagaimana kita gunakannya. (Ya.) Racun pun boleh digunakan untuk merawat penyakit. Nampak tak? (Ya.) (Jadi ini bermakna Guru dermakan AS$200,000 kepada mangsa kebakaran Malibu dan juga dermakan kepada veteran?) Tidak. (Tidak. Derma itu adalah untuk usaha bantuan kebakaran umum?) Bantuan kebakaran umum. (Derma baru-baru ini kepada California Selatan adalah AS$200,000. AS$200,000 lagi diberikan kepada persatuan veteran untuk seluruh Amerika Syarikat, jumlahnya AS$400,000.) Ya, betul tu. Jumlahnya AS$400,000. (Jumlahnya AS$400,000.) Saya beritahu mereka supaya hubungi Taiwan (Formosa) dan berikan butiran akaun bank agar kami dapat hantar wang ke sana. (Ya.) Saya tidak bawa banyak wang atau wang tunai ke sana sini bersama saya. Hanya berikan janji bertulis kepada mereka dah cukup. Mereka akan hubungi kami dan biar kami tahu saluran mana hendak digunakan.

Photo Caption: “Rumput-Bunga Hutan Liar, Halus, Anggun Dilindungi oleh Kawan Gergasi Penyayang”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
1196 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
953 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
787 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
594 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
382 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-23
575 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
382 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-23
575 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-22
125 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
594 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-10-22
123 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-22
865 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun