Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

The Importance of the Masters’ Teachings Part 2 of 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kamu tahu bhw Guru sentiasa di Bumi sini, semua Guru datang ke sini untuk itu kerana Guru tahu bahawa semasa kamu turun ke sini, kamu akan dapat susah, (Betul.) kamu semua akan dapat susah, jadi tiada orang dapat bantu sesiapa pun, faham? (Ya.) Jadi Guru sentiasa datang bersama dan bantu kamu, ingatkan kamu bahawa, “Itu bukan kamu. Bukan. Ingatlah apa yg kamu nak lakukan, ingat keagunganmu sebelum datang ke sini...” dan sebagainya. Tapi sewaktu di sini, kamu terlupa. Kamu tidak mengenal diri pun, kamu tak mengenal Guru, kawan karibmu dari syurga.

Sebab itu hayat demi hayat, kita harus dengar ajaran Guru dan jadi insan yg baik agar kalau² jika kita perlu turun ke sini utk bantu sesiapa pun atau bantu Guru, maka kita tak bebani Guru atau timbulkan lebih banyak kesusahan kpd orang yg ingin kita bantu. Faham maksud saya? Kerana kadang² jika tidak, maka kita timbulkan lebih banyak kesusahan drpd membantu, imbangan tak begitu baik. Faham? Kadang² kamu wujudkan, katakan 80% kebaikan, okey? Tapi kamu ada 40% keburukan. Itu adalah banyak, sakit kepala bagi orang yg ingin kamu bantu atau Guru. Faham? (Ya.) Kadang² kamu dapat bantu, katakan 50%, tapi 30% drpd kamu juga wujudkan keburukan, maka ia hampir dibatalkan, faham maksud saya? Atau sangat meletihkan bagi Guru uruskan keburukan ini, ya,sangat susah. Jadi terpulanglah kpd kamu utk betulkan sifat sebegini dalam kitaran kelahiran semula, ini adalah susah tapi jika kamu tahu akannya, kamu tahu, “Mengapa?” Kamu tahu akan sifatmu, misalnya, kaki perempuan, maka kamu tahu bhw itu pasti karma (balasan) buruk dari hayat silam. Maka dlm hayat ini, kamu mesti tak lihat wanita pun. Ketawa, mengapa? Mengapa kamu ketawa? (Lucu.) Lacu? Tak melucukan bagi lelaki itu Bagi kamu, ya, kerana kamu seorang wanita, kamu tak perlu lihat, melainkan, “Kenapa dia pakai pakaian yg cantik tapi aku tiada?” Faham? Itu masalahnya.

Jadi sesetengah orang memang ingin bantu dunia ini tapi mereka diatasi oleh kelemahan diri. Itu masalah yg sangat besar bagi semua orang. Sebab itulah saya sering terpaksa kerja bersendirian. Semua orang datang dgn sedikit sampah faham? Itu peraturannya. Jika kamu nak turun ke sini, lakukan perkara baik, kamu perlu imbangi diri dengan karma (balasan) buruk. Kamu perlu bawa karma (balasan) buruk yg kamu ada dahulu. Okey, Guru berikan inisiasi kpd kamu dan hapuskan semua karma (balasan) buruk, bakarnya agar kamu tak perlu kembali dlm satu lagi hayat, maka kamu bebas, kamu naik ke atas syurga, Syurga Ketiga, mungkin, tapi apabila kamu lihat ke bawah, nampak orang dan ingin bantu atau ingin turun utk memperbaik diri atau capai kemajuan dlm amalan spiritual, maka kamu perlu atasi kecenderungan negatif dahulu. Jadi ingat, setiap kali jika kamu beralih ke sudut negatif, berfikir baik-baik, okey. “Adakah itu karma (balasan) burukku kembali dgn berkali² lebih kuat daripada sebelumnya?” Itu masalahnya kerana apabila kamu datang ke dlm atmosfera planet ini, ada lagi banyak kuasa negatif yg sama juga, jadi kuasa negatifmu akan menarik bentuk itu juga, ia berkumpul dan buat kamu rasa lebih cenderung ke arah negatif itu, lebih drpd hanya kecenderungan negatif sendiri. Faham? Yang sama saling menarik. Sangat susah kita ambil apa-apa yg positif di planet ini, kebanyakannya negatif. Jadi jika kamu bawanya datang ke sini... maka ia seperti magnet, kuasa negatif lain juga akan berhubung dgn kamu melalui hukum ‘yg sama saling menarik’, kemudian kamu akan diatasi. Jadi kamu satu²nya orang yang memutuskan ke arah mana kamu pergi, arah mana mengikut ajaran Buddha, mengikut ajaran Nabi Isa, mengikut ajaran Nabi Muhammad atau ajaran Guru Jainisme – Mahavira dll. Kamu perlu berfikir sebelum lakukan apa² yg buruk atau apa² yg kamu ragui, “Itu tak baik,” kamu perlu berfikir, “Adakah Buddha buatnya?” Okey? “Adakah Nabi Isa bertindak macam ini?” “Adakah Nabi Muhammad setuju dgn tindakanku?” Maka kamu akan tahu apa yg nak dibuat. Faham? (Ya.) Jika tidak, jika tiada bimbingan, kamu lakukan apa² saja yg kamu fikir dlm mindamu, maka kebanyakannya yg negatif saja kerana kamu belum bermeditasi dgn cukup utk atasi kuasa negatif dunia ini lagi, faham?

Selain sifat negatif kamu sendiri yg kamu ambil sebelum datang ke sini untuk atasinya bagi memenangi sifat negatif silam, selain itu, kamu ada pengaruh negatif yang berlainan pada dirimu juga. Jadi sentiasa fikir... Sebab itulah ajaran Buddha adalah penting, ajaran Nabi Isa adalah penting, ajaran Islam adalah penting. Ambilnya sebagai bimbingan faham? “Apa yg akan Nabi lakukan dlm kes ini?” “Apa yg akan Buddha buat dlm kes ini?” “Apa yg akan Nabi Isa memutuskan dlm kes ini?” Maka kamu takkan tersilap, okey? Itu bagaimana kamu ikut ajaran Islam, itu bagaimana kamu jadi orang Kristian yg baik dan itu bagaimana kamu penganut Buddha sebenar. Jangan hanya baca saja. Ia bimbingan yg baik untuk kamu agar kamu tak tersilap di alam negatif ini, agar kamu takkan diatasi oleh kuasa karma silam kamu sendiri dan kuasa negatif di dunia ini, kuasa kolektif. Okey?
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2017-11-28
6426 Tontonan
2
2017-11-29
6343 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android