Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menjadi Vegan Organik untuk Menyelamatkan Planet Kita, Bahagian 10 Siri Multibahagian

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Soalan seterusnya adalah daripada Dr. Johnson Charlemagne. Beliau seorang doktor perubatan am di Hospital Besar Swasta Antarabangsa Saint Joseph.) Selamat datang, encik.

Dr Johnson Charlemagne: Terima kasih banyak-banyak, Guru yang dikasihi. Pertama sekali, terimalah salam mesra ikhlas dan ucapan tahniah saya atas kerja mulia sekarang. Guru boleh bayangkan bahawa soalan saya akan berkaitan dengan profesion saya. Guru pasti tahu bahawa malaria, AIDS dan tuberkulosis membawa kadar kematian yang tinggi dalam populasi Afrika. Bolehkah Guru beritahu kami tentang kebaikan diet vegan kepada kesihatan pesakit ini dan penduduk pada umumnya? Terima kasih banyak-banyak.

Master: Terima kasih, doktor. Dr. Johnson, saya berbesar hati bercakap dengan doktor. Bagi orang yang sudah hidapi penyakit, diet vegan akan membantu kerana ia meningkatkan keimunan dan tidak mengandungi toksin seperti daging (orang-haiwan). Penyelidikan saintifik telah dedahkan bahawa daging merah (orang-haiwan) sebenarnya mengandungi bahan yang menarik penyakit seperti bakteria E. coli yang menyerang badan dan melemahkan sistem imun manakala diet vegan membantu badan menjadi lebih kuat dalam mencegah penyakit. Jadi berubah kepada diet vegan dapat bantu menguatkan dan menstabilkan sebarang keadaan fizikal, doktor.

Dalam kes malaria, ada sebuah kampung, malah di Ghana di mana suatu program kesihatan jana semula telah dijalankan oleh orang Ibrani Afrika dari Baitulmaqdis, bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Ghana. Dalam program kesihatan ini, beratus-ratus orang kampung beralih kepada diet vegan, pertanian vegan dan kehidupan mesra alam. Sebelumnya, kampung ini ada kadar kematian bayi yang sangat tinggi, hampir 30%. Orang kampung hidapi malaria 2-3 kali setahun. Tetapi selepas kampung ini menjadi lebih vegan, setiap bayi hidup dan selama lebih 20 tahun sekarang, tiada kes malaria, sifar.

Orang yang hidapi AIDS pulih dengan lebih baik disebabkan oleh sistem imun yang diperkuat yang dibawa oleh diet vegan kepada mereka. Jadi orang yang merupakan vegan jarang takut mendapat penyakit. Ini perisai perlindungan berganda, bukan sahaja dalam erti kata fizikal tetapi juga dalam erti kata spiritual tak nampak. Beritahulah pesakitmu tentang ini. Terima kasih, Dr. Johnson. Tuhan berkati doktor dan pesakitmu. (Terima kasih, Guru.)

(Soalan kedua adalah daripada Puan Tapsoba Christine yang merupakan guru sekolah menengah, pemilik dua buah restoran vegetarian di Ouagadougou, ahli banyak persatuan dan seorang vegan.) Selamat datang, puan.

(Terima kasih. Jadi soalan saya ialah: Dalam buku, cerita dan bahan akademik, masih ada banyak penulisan yang bertentangan dengan veganisme. Jadi Guru, dalam keadaan sebegini, apa yang boleh kita buat untuk mendidik budak sekolah tentang diet vegan? Terima kasih.)

Master: Terima kasih. Mulia, Puan Tapsoba. Ini tugas yang besar dan mulia. Puan seorang guru, (Ya.) Puan Tapsoba, dan pengusaha restoran vegetarian. Puan pasti wanita yang sangat sibuk! Jadi saya dah sangat kagum dengan dedikasimu. Saya juga rasa sangat yakin bahawa puan akan jumpai jalan untuk bantu orang muda jalani gaya hidup mesra orang-haiwan sepenuhnya. Tetapi berkongsi beberapa idea yang mungkin belum puan fikirkan: Dah tentu, ini idea yang sangat baik, memperkenalkan kebaikan makan secara sihat dan lestari kepada kanak-kanak sejak kecil lagi. Salah satu cara untuk berbuat demikian adalah kita boleh memperkenalkan bahan bacaan mesra orang-haiwan yang adalah vegan juga.

Ada banyak maklumat vegan yang juga boleh didapati dalam talian dan dalam cetakan, jadi puan boleh pilih buku cerita positif untuk kanak-kanak dengan orang-haiwan sebagai watak utama. Filem juga boleh sangat berguna dalam menghidupkan orang-haiwan. Terdapat banyak filem yang juga berikan gambaran orang-haiwan penyayang. Bagi makanan, puan boleh buat pemakanan vegan menyeronokkan dan hebat. Suatu kajian mendapati bahawa memberi buah-buahan dan sayuran nama-nama yang berlainan, nama-nama yang menarik seperti ‘Kacang Pea Kuasa’ atau ‘Letusan Tomato’ meningkatkan kepopularan dalam kalangan kanak-kanak. Puan juga boleh bantu memupuk sifat penyayang tabii kanak-kanak melalui lawatan lapangan ke pusat perlindungan orang-haiwan ladang di mana mereka boleh berinteraksi dengan orang-haiwan dan lihat betapa manisnya mereka.

Kanak-kanak sendiri berkata bahawa apabila mereka mengenali orang-haiwan, mereka tak dapat makan mereka lagi kerana mereka menyedari bahawa orang-haiwan ialah kawan mereka dan begitu menawan. Jika puan tidak mampu beli banyak bahan, puan boleh menjadi kreatif dan buatnya, atau malah melibatkan kanak-kanak dalam projek untuk menjalankan aktiviti mesra orang-haiwan. Puan juga boleh cari penulisan orang yang mendukung nilai belas kasihan dan perkenalkan mereka kepada pelajarmu sebagai tokoh teladan yang nilai mereka boleh dikagumi. Jika puan inginkan sebarang bahan yang boleh didapati secara percuma daripada SupremeMasterTV.com, puan sangat dialu-alukan. Ada senarai orang dari atlet terbaik ke selebriti yang juga adalah vegetarian atau vegan.

Sesetengah orang yang terkenal dengan kecerdasan dan kreativiti tahap genius juga mendukung impian menjadi vegan yang penuh belas kasihan. Barangkali pelajar sudah tidak asing dengan nama seperti Socrates, Albert Einstein, Leonardo da Vinci dan lain-lain. Puan boleh beritahu mereka bahawa orang ini adalah vegetarian juga.

Yang boleh didapati secara percuma juga ialah rancangan yang ada orang, ahli falsafah yang boleh dicontohi, malah pelbagai rancangan masakan antarabangsa yang menunjukkan betapa senangnya menjadi vegan.

Kanak-kanak secara tabii sayangi orang-haiwan dan segera faham apa adalah baik kerana mereka begitu suci dan terbuka. Setelah puan mula mencari bahan untuk diilhami, pencarianmu akan sentiasa mengujakan dan takkan berakhir. Saya boleh jamin itu. Setelah puan berasa teruja, kelasmu akan menjadi begitu juga.

Terima kasih kerana memikirkan kanak-kanak. Syurga berkatimu, Puan Christine, atas apa yang puan lakukan untuk bantu kanak-kanak dan planet ini. (Terima kasih.) Terima kasih, puan. (Terima kasih, Guru.)

Interviews1:

Encik telah baca buku ‘Burung-burung dalam Hidupku’ (Ya.) dan soalan pertama yang akan saya tanya encik ialah: Bagaimana encik memandang orang-haiwan dan -burung pada umumnya?

m: Saya perlu akui bahawa ketika masih kecil, saya ada afiniti dengan orang-haiwan dan senang untuk bersama mereka tetapi tak dapat berkomunikasi dengan mereka. Tetapi setelah saya baca buku yang bertajuk ‘Burung-burung dalam Hidupku’ ini, saya berasa kagum mendapati bahawa walaupun mereka ada warna-warna, bentuk-bentuk dan personaliti-personaliti dalaman yang berlainan, orang-burung sentiasa ada bahasa yang sama dengan Mahaguru Ching Hai. Itu bahasa kasih sayang, bahasa belas kasihan, bahasa pemaafan – sifat-sifat yang kita manusia sukar nak tunjukkan sesama kita. Sifat yang saya temui dalam diri orang-haiwan ini banyak memukau hati saya.

Soalan kedua yang akan saya tanya encik (Ya.) adalah tentang pengajaran yang buku ini ajar encik. Apakah yang buku ini benar-benar ajar encik?

m: Ya. Kesudahannya, buku ini mengajar saya bahawa orang-haiwan seperti yang kita lihat ini sebenarnya hanyalah jelmaan makhluk tinggi. Mereka wujud hanya untuk mewarnai dunia ini. Mrk hanyalah badan yang berbeza di sini dan kita perlu sayangi mereka. Kita perlu kembali kepada cara hidup asal bersama mereka, mencari bahasa komunikasi dalaman yang benar-benar wujud antara kita.

Selepas membaca buku ini, apakah mesej yang ingin encik kongsi dengan penonton kita?

m: Mesej yang ingin saya kongsi dengan mereka ialah buku ini sangat istimewa. Saya nasihati mereka supaya dapatkan buku ini untuk diri sendiri kerana semua orang akan dapati dalam buku ini sebuah mesej tertentu yang akan mengejutkan mereka, buat mereka menganggap semua makhluk sebagai saudara, dan bahawa akhirnya kita mesti kembali, kita semua, kepada satu bahasa yang sama, iaitu bahasa kasih sayang, bahasa belas kasihan, bahasa telepati.

Interviews2:

Puan, sekarang ini antara buku laris di Amazon – ‘Burung-burung dalam Hidupku’ dan ‘Anjing-anjing dalam Hidupku’. ‘Haiwan Liar yang Mulia’ baru ada edisi pertama di Afrika. Bolehkah puan beritahu kami, apa sebenarnya yang mengilhami puan semasa membaca buku ini?

f: Semasa saya membaca buku ini, saya berasa sangat gembira kerana ini bahasa yang tak pernah saya dengar sebelumnya dan saya hampir mempelajarinya. Ia mengharukan hati saya dan beri kegembiraan besar kepada saya kerana burung dan haiwan sebenarnya ialah saudara kita. Tetapi daripada melindungi mereka, kita suka menganiayai mereka. Itu tak betul. Seperkara lagi, buku ini ialah khazanah bagi saya. Saya amat berterima kasih kepada Mahaguru Ching Hai atas kerja ini kerana bukan semua orang dapat lakukannya dan bukan sesiapa pun dapat lakukannya.

Photo Caption: Semua Orang Sangat Suka akan Bulan yang Unik, Cantik

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/21)
1
Kata-kata Hikmah
2025-05-12
861 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-05-13
673 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-05-14
600 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-05-15
513 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-05-16
389 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-05-17
483 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-05-19
438 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-05-20
337 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-05-21
344 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-05-22
265 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2025-05-23
163 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-24
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-24
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-23
195 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-23
602 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-23
553 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
2163 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
85 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android