Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Di Mana Hendak Cari Tempat Berlindung dlm Tradisi Agama yg Baik, Bahagian 11 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apabila anda mula berpatah balik sekarang dan lafazkan Nama-Nama Suci Santo atau Buddha serta segala mantera daripada Buddha, maka tolonglah menjadi vegan, tolonglah. Kerana jika anda adalah vegan, maka anda lebih berhubungan dengan hidup, bukan dengan kematian, bukan dengan pembunuhan. Karma bunuh adalah sangat berat. Meskipun anda berlafaz dengan ikhlas, namun anda tak cukup masa untuk membina tenaga suci yang menaikkan anda ini, maka sangat sukar untuk gunakan tenaga yang tak seberapa untuk sampai ke Alam yang tinggi, Alam Buddha dan Santo yang lebih tinggi. Oleh itu, anda perlu menjadi vegan untuk diri sendiri, bukan hanya disebabkan oleh belas kasihan, penderitaan orang-haiwan tetapi juga untuk diri sendiri supaya anda tak berhubung dengan karma bunuh yang berat, mengheret, membebankan ini. Ia akan melemaskan, menurunkan dan mengheret anda ke hidup yang lebih rendah atau neraka!

Saya harap ini cukup logik bagi anda. Kerana jika anda hanya potong daun drpd tumbuhan atau pokok utk dimakan, maka daunnya akan bertumbuh semula. Ia ada benih dan boleh bertumbuh semula. Sangat mudah: hanya semaikannya dalam tanah dan sayur akan bertumbuh. Ia hidup. Ia merupakan lambang hidup. Anda semaikan benih dan ia bertumbuh. Meskipun anda potong dahan pokok sayur, anda boleh gunakan dahan itu untuk menanam. Kebanyakan daripadanya macam itu. Jadi itu hidup. Itu bukan pembunuhan, bukan kematian. Lihatlah, jika anda bunuh orang-haiwan di depan anda atau buat orang membunuhnya untuk anda, anda tahu bahawa mereka menderita. Mereka menjerit. Mereka menendang. Mereka tak nak dibunuh. Mereka menderita. Mereka menangis.

Excerpt from “Why farmed animals face legal animal cruelty” by Animals Australia – Nov. 20, 2020, Narrator: Haiwan berasa sakit. Ini fakta saintifik tetapi dalam industri haiwan di seluruh Australia, bahagian badan haiwan dipotong, dikelar dan dibakar sementara masih sedar sepenuhnya tanpa penghilang kesakitan. Ini ialah rutin dan ia dilakukan terhadap berjuta-juta ekor haiwan yg dipelihara utk dimakan setiap tahun.

Excerpt from “Bred to Suffer: The Life of Chickens on Factory Farms” by Animal Equality – May. 23, 2023, Narrator: Boleh anda bayangkan mati hanya selepas 42 hari dilahirkan? Hayat kita dipendekkan hanya supaya industri dapat memperoleh wang. Bukti baharu yang dikeluarkan oleh Kesamaan Haiwan di Mexico menunjukkan realiti yang kejam bagi ayam di ladang kilang. Nasib yang serupa dialami oleh hampir 8 bilion ekor ayam di Amerika Syarikat. Haiwan ini terpaksa hidup tidak selesa dan derita di dalam bangsal tak bertingkap yang penuh sesak. Mereka yang terselamat dihantar untuk disembelih pada usia 42 hari saja. Mereka belum dewasa lagi.

“Her Cries Should Haunt Anyone Still Eating Pigs” by PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) – Feb. 5, 2021: Ini saat akhir hidup babi ini. Pekerja di ladang babi Iowa ini cuba berulang kali untuk tarik dia keluar dari sangkar tetapi dia melawan untuk terus hidup. Akhirnya mereka memaksa dia keluar. Babi lain cuba menenangkan dia. Kemudian di depan babi lain, mereka bunuh dia. Lain kali anda beli daging, fikirkanlah dia.

Tetapi jika anda potong tumbuhan, pokok sayur untuk dimakan, sekurang-kurangnya secara sedar, anda tidak dengar mereka menjerit. Mungkin mereka lakukannya, mungkin mereka berasa sakit tetapi kurang daripada orang-haiwan secara fizikal, dan sekurang-kurangnya anda tak nampak mereka menjerit atau menangis. Jadi sekurang-kurangnya fikiran anda tenang, hati anda tenang. Anda tak rasa begitu bersalah. Anda faham tak logiknya sekarang? Sekurang-kurangnya anda boleh ada alasan dan berkata, “Saya tak nampak sayur menderita, jadi saya makan makanan tak menderita,” makanan vegan – berbanding dengan penderitaan dan pembunuhan orang-haiwan untuk anda makan.

Sekarang anda lihat dengan jelas sekali dalam minda anda. Sekurang-kurangnya hati anda tak rasa bersalah. Fikiran anda berasa tenang apabila anda makan sayuran kerana anda tidak nampak mereka menjerit, berlari atau menangis. Sekurang-kurangnya itu – anda ada alasan itu dalam fikiran anda dan ketenangan itu dalam hati anda. Tetapi jika anda bunuh orang-haiwan atau buat mereka dibunuh untuk anda, maka anda tahu dengan pasti bahawa orang-haiwan menderita, menjerit dan sepanjang hidup mereka diasak di dalam sangkar kecil. Mereka tak dapat berpusing pun. Anda tak dapat menafikan itu. Anda tak dapat menafikan penderitaan, kesakitan yang dirasai oleh orang-haiwan sepanjang hidup mereka dan pada waktu pembunuhan mereka. Jadi sekarang anda tahu.

Itu logik bagi anda. Saya percaya bahawa anda cerdik dan cukup bijak untuk memahami logiknya, dan mengapa veganisme tidak berikan rasa bersalah kepada anda, dan bukan barbarisme, seperti pemakanan daging orang-haiwan yang akan beri rasa bersalah kepada anda kerana anda mengetahuinya. Anda nampaknya. Anda nampaknya. Anda tahu akannya. Anda tahu akannya pada skrin sekurang-kurangnya. Anda tahu akan filem yang dibuat oleh orang tentangnya, dokumentari yang menunjukkan penderitaan orang-haiwan. Anda tahu. Anda tak dapat lari dari itu. Anda tak dapat lari dari rasa bersalah. Anda tak dapat cari alasan untuk itu.

Kerana rasa bersalah sedar atas pembunuhan,pembunuhan beramai-ramai makhluk hidup itu akan mengheret anda ke hidup yang lebih rendah dan neraka. Bukanlah syaitan boleh buat apa-apa terhadap anda kerana anda ialah anak Tuhan, bukanlah Tuhan nak menghukum anda. Anda sendiri, diri sedar anda akan menghukum diri sendiri dgn sewajarnya. Jadi tolonglah jauhi rasa bersalah membunuh orang-haiwan untuk dimakan ini kerana itu akan mengheret anda semakin ke bawah dan ke neraka. Tolonglah. Jadilah Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Lafazkan kitab Suci, Nama Suci Santo atau mantera pilihan anda. Selamatkanlah diri anda. Tuhan berkati anda.

Menjadi Vegan, Wujudkan Keamanan, Berbuat Baik. Tiga perkara ini hanyalah untuk menyokong matlamat anda mencari Diri sendiri dengan Tuhan. Ia bukanlah cara untuk pembebasan sepenuh, bukan, tetapi ia memelihara dunia ini supaya kita tiada peperangan, tiada kebuluran dan tiada kesusahan, bencana atau malah kehilangan kediaman planet kita. Maka kita boleh ada lebih byk keamanan, lebih banyak masa, keselamatan, lebih banyak keterjaminan utk teruskan dengan amalan spiritual kita, sama ada lafazkan mantera, lafazkan Nama Buddha Amitābha, lafazkan Nama Santo Kristian, lafazkan frasa kegemaran dalam Granth Sahib atau mana-mana kitab lain yang anda tahu, berdoa kepada Tuhan atau baca doa yang telah saya ajarkan kepada anda, Doa Paling Berkuasa. Ia tiada kena-mengena dengan saya.

Doa itu adalah untuk anda, antara anda dgn Tuhan dan semua Santo, Orang Suci, Guru, Buddha dan Bodhisattva. Anda tak perlu percaya kepada saya baru melafazkan Doa itu setiap hari. Tolong lakukannya supaya ia tertera dalam fikiran anda, hati anda, sel anda, mana-mana saja agar apabila anda meninggal, saya jamin anda akan pergi ke Syurga. Syurga peringkat mana juga bergantung pada anda dan Rahmat Tuhan tetapi anda takkan pergi ke neraka. Anda akan pergi ke Syurga. Tolonglah, jika anda tiada apa-apa yang lain, tak tahu apa-apa yang lain, hanya lafazkan Doa yang saya berikan kpd anda dgn Perintah Tuhan itu. Ia ada pada skrin Supreme Master Television setiap hari, selalunya, kerana itu apa yang paling penting kepada manusia, kepada orang beragama dan orang ateis.

Anda lafazkannya saja dan Tuhan akan tahu bahawa anda benar-benar ingin menjadi bebas. Cubalah. Kemudian lagi banyak anda lafazkan lagi banyak anda akan percaya dan lagi banyak anda akan rasai Kasih Sayang Tuhan, Berkat Tuhan dan sokongan semua Guru. Percayalah, anda tak perlu percaya kepada saya, tak perlu ikut saya baru buat begitu. Anda sendiri lakukannya saja untuk diri sendiri. Anda tak perlu beritahu sesiapa pun meskipun anda buat begitu. Tolonglah buat begitu.

Semoga Tuhan berkati kita semua. Semoga Tuhan Berbelas Kasihan terhdp manusia dan selamatkan planet ini untuk semua makhluk terus hidup dan cintai Tuhan, memuji Tuhan, mencari Tuhan semula. Amin. Syurkur kepada Engkau, Tuhan. Syurkur kpd Engkau Yg Maha Berkuasa. Terima kasih, semua Guru, semua Buddha, Bodhisattva. Terima kasih juga kepada semua Makhluk Mulia kerana laksanakan Kehendak Tuhan untuk bantu semua makhluk meningkat dari segi rohani dan jauh dari neraka. Amin. Kami cintai Engkau, Tuhan. Kami kasihi Engkau, semua Guru, Buddha, Bodhisattva. Kami berterima kasih kpd Engkau semua Amin.

Photo Caption: Mengikut Jalan (Terhalang Pun) untuk Pulang ke Rumah!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android