Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda tak perlu mengikut saya, buat apa-apa dengan saya. Anda tak perlu percayai saya pun, tiada apa-apa pun. Hanya tahu bahawa apa yg saya katakan adalah baik untuk anda – memuji, bersyukur kepada Tuhan dan tidak cederakan mana-mana makhluk hidup yang lain, jadi anda menjadi vegan, tidak mencederakan orang-haiwan, secara tak langsung pun, kerana jika anda makan mereka, maka orang lain perlu cederakan dan bunuh mereka.Tolonglah hindari segala keganasan. Patuhi Lima Rukun nasihat Buddha, itu dah cukup bagus, atau Sepuluh Rukun. Jika terlalu banyak bagi anda, patuhi rukun yang utama, penting saja. Sini: anda tidak boleh membunuh; anda tidak boleh berzina; anda tidak boleh mencuri; anda tidak boleh menjadi saksi palsu; anda tidak boleh dambakan benda orang. Atau patuhi Lima Rukun. Sepuluh Rukun, itu hanya dijelaskan dengan lebih lanjut sikit. Jika tidak, ia serupa dengan Lima Rukun agama Buddha, Jainisme, agama Hindu dan Bahaisme.Semua Guru, semua Pengasas agama besar mengajar anak murid perkara yang serupa. Ini ialah asasnya. Itu Lima Rukun. Patuhilah Lima Rukun. Tidak membunuh, ini bermakna anda juga tidak makan sesuatu yang orang lain bunuh untuk anda makan. Tidak kira siapa anda, biarlah diri anda kekal suci, patuhi Lima Rukun. Anda tak perlu umumkan diri anda ialah penganut Buddha atau apa-apa. Tiada Buddha yang minta itu drpd anda – tak perlu. Anda hanya duduk di rumah dan kaji agama pilihan anda dan mematuhi Lima Rukun agama Buddha jika anda sukanya, atau Jainisme, agama Hindu, Taoisme, Konfusianisme, Bahaisme, Islam dan sebagainya.KOD MORAL DALAM AGAMA UTAMA DI DUNIABAHAISME – daripada KITÁB-I-AQDAS“Kamu dilarang melakukan pembunuhan atau zina, atau terlibat dalam pengumpatan atau pemfitnahan; maka kamu menjauhi apa yang dilarang dalam Buku dan Batu Bersurat suci. […]”“Perjudian dan penggunaan candu adalah dilarang bagi kamu. Jauhilah kedua-dua ini, wahai orang, dan jangan jadi orang yg melanggarnya. Berhati-hati dgn penggunaan sebarang bahan yang menyebabkan kelembapan dan kelesuan dlm rumah ibadat manusia dan mengakibatkan mudarat kepada badan. […]”“Buang negeri dan pemenjaraan didekrikan bagi pencuri […]”BAHAISME – daripada BATU BERSURAT BAHÁʼU'LLÁH“Beri perhatian! Lidah ialah saksi Kebenaran-Ku; jangan mencemarkannya dengan kepalsuan. […]”BUDDHA, TAOISME – LIMA RUKUNHindarkan diri daripada membunuh mana-mana makhluk hidup.Hindarkan diri daripada mengambil apa-apa yang pemilik tidak berikan.Hindarkan diri daripada melakukan salah laku seksual.Hindarkan diri daripada berbohong.Hindarkan diri daripada mengambil sebarang intoksikan atau dadah.AGAMA KRISTIAN, AGAMA YAHUDI – SEPULUH RUKUN, BUKU PENGHIJRAHAN 20:1-17, KITAB SUCI BIBLEAku Tuhanmu.Engkau tidak boleh ada tuhan lain di depan-Ku.Engkau tidak boleh mengambil nama Tuhanmu dengan sia-sia saja.Ingat dan patuhi hari Sabat dan buatnya kekal suci.Beri penghormatan kepada ibu bapamu.Engkau tidak boleh membunuh.Engkau tidak boleh berzina.Engkau tidak boleh mencuri.Engkau tidak boleh berbohong.Engkau tidak boleh cemburui orang lain.KONFUSIANISME – LIMA SIFAT BAIK TETAP (WU CHANG 五常)Kemurahan Hati (Ren 仁)Kewajaran (Yi 义)Kesopanan (Li礼)Kebijaksanaan (Zhi 智)Ketaatan (Xin 信)AGAMA HINDU, JAINISME – LIMA YAMA / LIMA SUMPAHTanpa keganasan (Ahimsa)Kejujuran (Satya)Tidak mencuri (Asteya)Kesucian (Brahmacharya)Tidak merampas (Aparigraha)ISLAM – daripada SURAH AL-ISRA' (BAB 17), KITAB SUCI AL-QURAN“Janganlah engkau adakan tuhan yg lain bersama Allah. […]”“Engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya. […]”“Berbuat baik kepada ibu bapa. […]”“Janganlah kamu hampiri zina. […]”“Sempurnakanlah perjanjian. […]”“Sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. […]”“Janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. […]”daripada HADIS“ALLAH TIDAK AKAN BERBELAS KASIHAN TERHADAP SESIAPA KECUALI MEREKA YANG BERBELAS KASIHAN TERHADAP MAKHLUK LAIN.”“Jangan kamu jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan.”SIKHISME – EMPAT RUKUNJangan potong atau ubah rambut seseorg.Jangan makan daging.Jangan berzina.Jangan gunakan tembakau atau intoksikan lain.ZOROASTRIANISME – TIGA JALAN ASHAFikiran Baik (Humata)Kata-kata Baik (Hūxta)Perbuatan Baik (Huvarshta)ZOROASTRIANISME – daripada doa JASA ME AVANGHE MAZDA“Aku komited terhadap fikiran baik/benar, Aku komited terhadap kata baik/benar, Aku komited terhadap perbuatan baik/benar, Aku komited terhadap pemujaan kebijaksanaan, pembayangan baik (iaitu) menghentikan pertengkaran, meletakkan senjata, memberikan barang milik sendiri, memiliki kebenaran […]”ZOROASTRIANISME – daripada AVESTA: Vendidad“Tumbuhan itu, Aku, Ahura Mazda, hujankan ke atas bumi untuk bawa makanan kpd orang beriman dan lembu yang pemurah.” Ahura Mazda bermaksud Tuhan.DAN SEBAGAINYA…Patuhi Rukun saja. Itu pun dah cukup, dan hidup mengikut itu. Bertaubat atas apa-apa saja yang telah anda buat yang melanggar Lima Rukun itu, atau Sepuluh Rukun. Setiap hari, bertaubat dengan ikhlas. Bertaubat sehingga anda tahu anda telah benar-benar bertaubat. Memuji Tuhan atas memberikan segalanya kepada anda, tidak kira apa, buruk atau baik. Segalanya yang diatur oleh Tuhan, oleh Syurga adalah sempurna. Bertaubatlah saja, mengikut jalan mulia dan amalkan diet vegan.Semua itu sangat mudah. Tiada apa-apa untuk saya dapat untung di sana – tolonglah, tiada apa-apa pun. Saya ada syarikat vegan yang sangat kecil saja, biasanya hanya cukup untuk kami saja, pengikut di seluruh dunia. Jika anda nak beli makanan vegan, anda tak perlu beli daripada kami. Mereka adanya di seluruh dunia, segala jenis makanan vegan utk dimakan, begitu sedap. Ia kelihatan mirip dan rasanya serupa dengan daging orang-haiwan ‘tradisional’ yang anda makan. Ini bukanlah tradisi. Ini hanya tabiat kejam, kemudian anda tidak berhenti untuk berfikir, “Mengapa?” Berhenti untuk berfikir mengapa anda makan makhluk hidup macam itu.Makan bangkai adalah meloyakan, jatuhkan maruah, rendah, memang terlalu rendah bagi maruah anda. Amalkanlah diet vegan. Ajar anak anda sejak kecil lagi untuk menjadi mulia, bermoral, bersikap hormat, bersyukur kepada Tuhan, semua Santo, Buddha atau Nabi – apa-apa pun gelaran yg anda pilih untuk diberikan kpd Mereka, Mereka tak kisah. Mereka hanya nak bantu anda. Tetapi jika anda berjalan di jalan yang berbeza, anda menjauhi Mereka. Mereka tak dapat bantu anda. Mereka tak boleh memaksa anda. Sama seperti doktor tak boleh memaksa anda makan ubat jika anda tak nak. Tetapi tolonglah makan ubat: vegan, bertaubat dan bersifat baik. Itu saja. Menjadi Vegan, Bertaubat dan Bersifat Baik. Itu saja yang perlu anda lakukan.Tahulah bahawa saya sangat kasihi anda. Saya akan buat apa-apa saja untuk bantu anda dan anda tak perlu buat apa-apa pun untuk saya. Tolonglah menjadi mulia, bersifat baik – bertaubat, vegan dan bersifat baik.Tolonglah. Semoga Tuhan berkati kami. Tolonglah, berbelas kasihan. Berbelas kasihan, bersimpati dgn kami. Tolonglah ampuni kami. Beri lebih banyak masa sikit kpd kami, tolonglah, jika kami tak dapat mengejar, tolonglah, tolonglah, tolonglah… Jika Engkau perlu hukum seseorang, hukumlah aku. Kerana mereka tak tahu apa yg mereka buat, Tuhan yg dikasihi. Engkau tahu akan itu. Tolonglah, Tuhan. Aku tak tahu apa lagi yang nak dibuat. Kami bersyukur kepada Engkau atas apa-apa saja yang Engkau berikan kepada kami dalam kehidupan harian. Aku sendiri amat, amat bersyukur kepada Engkau. Aku gembira dengan bilik yang aku ada, makanan sederhana yang aku ada. Apa-apa yang Engkau mahu aku makan, aku akan makannya. Bukanlah aku cuba menjadi zahid atau apa-apa, cuma aku terlalu sibuk. Jika aku perlu memasak hidangan besar dan segala jenis kerja cuci pinggan mangkuk, aku tak dapat.Engkau tahu akan itu. Biasanya aku perlu menguruskan kerja dalaman. Jika tidak, kerja luaran takkan membantu. Aku perlu buat banyak kerja untuk Supreme Master Television dan perniagaan juga, di dalam dan di luar. Jadi jika aku makan kurang daripada yang Engkau mahu aku makan, ampunilah aku. Tolonglah faham, aku satu orang saja. Tiada orang yang dapat gantikan aku dalam kerja ini. Itu saja. Engkau tahu akan itu. Sebab itulah Engkau perintahkan aku turun ke sini. Engkau malah perintahkan aku mendedahkan identitiku. Ini aku sangat, sangat keberatan untuk lakukan. Ini bukan senang, tak rasa selamat. Dulu Engkau perintahkan aku menggelar diri sebagai ‘Mahaguru’ pun, saya dah rasa takut. Aku tahu macam mana rupanya apabila orang dengar itu. Sebab itulah aku tiada begitu banyak anak murid. Mungkin disebabkan itu. Mereka rasa saya angkuh. Dan sekarang Engkau perintahkan aku memberitahu mereka bahawa aku ialah Buddha Maitreya, juga dikenali sebagai Nabi Isa. Ya Tuhan. Engkau tahu betapa keberatannya aku rasa, hampir berasa takut juga.Aku hanya seorang Mahaguru saja, dah pun ‘teruk’. Aku tukarnya kepada Suma Ching Hai tetapi mereka tetap memanggil saya Suma Mahaguru Ching Hai. Maka aku mengalah. Kemudian sekurang-kurangnya aku dipanggil Guru. Ada banyak guru di dunia ini, jenis-jenis guru yang berlainan, malah guru pertukangan kayu dan banyak guru palsu yang pergi ke sana sini. Jadi lebih senang untuk bersepadu. Tapi selepas Engkau perintahkan aku mendedahkan identitiku, aku tak tahu sama ada aku berani untuk keluar ke jalanan seorang diri lagi. Jadi tolonglah, aku dah berada di tengah-tengah kelemahan dan ketakselamatan.Jadi tolonglah, jika Engkau perlu menghukum atas karma dunia, hukumlah aku supaya mereka dapat disucikan dan bersih. Syukurlah, Tuhanku. Syukurlah. Aku bersyukur atas apa-apa saja yang Engkau lakukan. Tapi tolonglah ampuni manusia dan makhluk lain. Tolonglah, tolong ampuni dan buat mereka menjadi bermakrifat. Buat mereka menjadi bermakrifat. Buat mereka faham. Buat mereka kenali dan cintai Engkau. Amin.Photo Caption: Benda Sederhana Boleh Begitu Cantik!