Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 8 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi barangkali Baginda (Buddha) ada anak murid Brahmin dan/atau anak murid Islam atau mana-mana agama tradisional lama yang lain tetapi mereka menjadi anak murid Buddha. Tetapi oleh sebab Buddha bukan seorang diktator, Baginda biarkan anak murid-Nya terus mengikut agama mereka, sama seperti dalam keadaan inisiasi kita. Saya berkata bahawa anda terus mengikut agama anda dan buat apa-apa saja yang anda buat dengan ritual agama anda. Anda tak perlu mengubah apa-apa.

Seperti dalam kumpulan kita: kita ada saudara seamalan Islam; kita ada saudara seamalan Buddha; kita ada saudara seamalan Jain; semua saudara seguru anda atau kononnya anak murid saya. Mungkin kita ada saudara seamalan Bahá’í. Kita juga ada anak murid Cao Đài yang masuki kumpulan kita. Mungkin kita juga ada pengikut agama Buddha Hòa Hảo yang datang kepada kita untuk inisiasi, untuk dapatkan transmisi keturunan spiritual tetapi mereka masih terus pergi ke gereja, tokong mereka, mungkin bertemu dengan orang tua-tua, biksu, biksuni mereka – sesiapa saja yg ingin ditemui oleh mereka Mereka masih pergi ke tokong, membantu ketua biksu, biksu atau pendeta. Atau sesetengah orang Kristian terus menjadi orang Kristian. Mereka masih terus pergi ke gereja dan buat apa-apa saja yang ingin dibuat oleh mereka di gereja, tetapi mereka harus bermeditasi selama yang ditetapkan, dua jam setengah. Kita harus berikan satu persepuluh daripada masa kita setiap hari untuk tujuan makrifat. Kita nak terus berjalan ke atas. Kita hanya mengambil langkah kecil dan mendapat makrifat, mungkin makrifat semerta di mana anda dapat lihat Cahaya Syurga dalaman atau aura di sekeliling Buddha dalam visi dalaman, anda dapat dengar Firman merdu daripada Tuhan, Ajaran Syurga secara langsung, jadi itu makrifat anda tetapi bukan makrifat sepenuh. Itu mengambil lebih banyak masa lagi. Itu bergantung kepada berapa banyak anda sudah beramal dalam hayat lampau. Kemudian anda terus meningkat maju, lebih cepat atau lebih lambat. Itu juga bergantung kepada kerajinan, keikhlasan, keinginan anda untuk pulang ke Rumah semula, berada di Rumah bersama Tuhan semula, atau berada di Alam Buddha semula. Tetapi untuk itu, anda perlukan seorang Guru. Kerana Guru sebenar itu bukan hanya mengajar anda dengan mulut saja. Seperti yang saya dah kata, sesetengah orang pergi beri penghormatan kepada Buddha dan dengar khutbah Buddha sekali saja, kemudian telah capai sesuatu kedudukan suci yang tinggi – sesetengahnya lebih rendah sikit, sesetengahnya lebih tinggi sikit. Ini bukan sahaja kerana Buddha bercakap tetapi juga kerana Buddha mentransmisikan keturunan spiritual-Nya kepada mereka daripada keturunan yang telah dipelajari dan dikuasai-Nya.

Jika Buddha Shakyamuni ada anak murid yang ada banyak latar belakang agama yang berlainan dan jika salah satu daripada anak murid yang berlainan latar belakang agama menjadi bermakrifat sepenuhnya atau pengganti Buddha Shakyamuni – mungkin orang ini tidak tinggal bersama Buddha dan bukan biksu Buddha tetapi berada di sesuatu tempat yang lain di sebelah negara yang lain, atau malah di negara lain, maka mengikut arahan Guru-Nya, Buddha, sama ada Dia beri inisiasi di kampung halaman-Nya atau mana-mana tempat yang lain dan teruskan rupa latar belakang agama-Nya sendiri. Jadi orang pergi ke sana untuk mendapatkan makrifat tapi tak perlu menganggap itu seseorang daripada mazhab agama yang berbeza dengan Buddha. Jadi kononnya anak murid baharu pengganti ini takkan nampak biksu Buddha tetapi mungkin nampak seorang mubaligh Brahmin atau paderi Kristian, contohnya. Ini tak bermakna paderi atau mubaligh itu tiada keturunan makrifat daripada Buddha, cuma Dia kelihatan berbeza kerana keturunan makrifat adalah dari dalam, sama seperti darah di dalam salur darah. Ini salur darah spiritual tak nampak, jadi anda takkan nampaknya.

Jadi tak mengapa sama ada seorang Guru ada agama yang sama dengan pengasas atau tidak. Seperti anak murid Buddha daripada latar belakang agama yang berlainan itu – Dia takkan kelihatan seperti biksu Buddha. Dia tak kelihatan seperti seorang biksu Buddha. Mungkin Dia memakai pakaian paderi Kristian, atau mungkin Dia hanya memakai pakaian tradisional Brahmin, atau mungkin Dia memakai pakaian biasa saja tetapi bermakrifat dan merupakan pengganti. Jadi ini masalahnya dengan banyak orang yang begitu inginkan makrifat, ingin ada seorang Guru tetapi sentiasa mencari dalam sistem agama sendiri, seperti penganut Buddha akan pergi mencari biksu, orang Kristian akan pergi mencari paderi, begitu juga dgn banyak agama yang lain. Itu seperti sungai – ia tak perlu sentiasa mengalir ke arah yang sama. Kadangkala ia mengalir ke bawah tanah, kemudian muncul semula di lokasi lain. Mungkin anda ingat itu sungai yang berlainan tetapi ia merupakan sambungan sungai asal di kawasan tinggi di atas dari sesebuah gunung di sesuatu tempat.

Jadi jika orang ada fikiran terbuka dan benar-benar ikhlas dalam hati mereka, mereka akan menemui Guru mereka. Jangan lihat rupa luaran Guru. Lihat ke dalam jiwa-Nya. Lihat pengalaman-Nya dalam jalan spiritual. Lihat sama ada Dia dapat berkati anda. Lihat sama ada Dia dapat bimbing anda pulang ke Rumah, beri makrifat kepada anda.

‘Enlightenment’ bermakna Cahaya. ‘En-LIGHT’ – Cahaya. Jadi jika Dia dapat berikan makrifat semerta kepada anda sebagaimana yang kita lakukan dengan Kaedah Quan Yin, maka anda akan nampak Cahaya Buddha, Cahaya Tuhan atau apa-apa saja nama yg anda panggil. Kemudian anda akan tahu bahawa Guru itu berkeupayaan, atau Dia dapat bantu anda dengar Melodi (Syurga) dalaman, Bunyi dalaman, Bunyi tiada bunyi. Itu bagaimana anda tahu bahawa Guru itu benar-benar bermakrifat sepenuhnya, atau sekurang-kurangnya pengganti rasmi Guru bermakrifat.

Dalam Bible Suci, anak murid terdengar Bunyi guruh, di mana tiada guruh; bunyi trompet di mana tiada trompet; bunyi banyak air di mana tiada air sungai atau laut. Mereka nampak Cahaya seterang api di mana hanya ada belukar hidup yang segar! Dalam Kitab Berlian Buddha, Buddha bersabda, “Jangan cari rupa atau bunyi dari dunia luar kerana seseorang tak dapat lihat Buddha di sana.” Kaedah Quan Yin memberi anda pengalaman dalaman semerta alam dalaman, Cahaya dalaman tanpa cahaya, Bunyi dalaman tanpa bunyi. Semuanya daripada Ajaran dalaman langsung Tuhan, daripada Ajaran dalaman langsung Buddha. Itu apa yang mesti anda tahu untuk mendapat pembebasan dalam satu hayat, dalam hayat ini!!! Pada zaman penghujung Dharma pun – pada zaman yang begitu mendesak, menyusahkan dan berbahaya seperti zaman kita!

Apabila Milarepa pergi mencari makrifat dengan Marpa, Beliau tak dapat tunggu lebih lama lagi kerana Marpa, Guru-Nya, asyik menguji Beliau, suruh Beliau buat segala jenis kerja – kerja kasar, kerja susah, membina satu demi satu bangsal, satu demi satu rumah, itu saja, tidak ajar Beliau apa-apa pun, kemudian memukul Beliau juga. Beliau ada parut, tercedera dan berdarah.

Isteri Marpa, Guru-Nya, rasa sangat bersimpati dengan Milarepa, jadi memalsukan surat, seolah-olah Guru Marpa, suaminya, yang menulisnya, dan berikan kepada Milarepa untuk pergi mencari anak murid yang dilantik, ditetapkan-Nya di sesuatu tempat yang lain berdekatan, kampung lain atau kota lain, dan berikan kepada dia (anak murid yang dilantik) surat itu, berkata bahawa Guru mahukan dia beri inisiasi kepada orang ini, Milarepa.

Jadi anak murid itu buat begitu tetapi Milarepa langsung tiada pengalaman Cahaya Syurga dalaman dan Bunyi Buddha atau Tuhan di dalam diri-Nya. Jadi anak murid yang ditetapkan boleh beri inisiasi itu berasa sangsi. Dia mengesyaki mungkin Marpa, Guru asal, tidak berikan kebenaran. Jadi kemudiannya itu bagaimana mereka dapat tahu bahawa memang macam itu. Itu cuma isteri-Nya (Marpa) yang rasa bersimpati dengan Milarepa, tersentuh oleh keikhlasan dan keinginan rendah diri-Nya terhadap inisiasi, jadi memalsukan surat itu.

Akhirnya, Milarepa menerima inisiasi. Pada masa itu, Beliau alami pengalaman dalaman seperti anda, orang yang diinisiasi.

Kadangkala ada guru palsu yang dirasuk syaitan, syaitan tinggi. Syaitan itu dapat membuat anda rasa macam guru ini guru sebenar. Mereka hanya gunakan kuasa ajaib untuk buat sementara waktu memikat anda untuk berfikir, “Oh! Saya rasai sesuatu, jadi ini pasti guru sebenar.” Bukan macam itu. Jadi Guru sebenar memang sukar nak cari juga. Saya harap Dia takkan memukul anda seperti yg Marpa lakukan terhadap Milarepa. Mereka berikan makrifat kepada anda dengan serta-merta, sebagaimana saya berikan kepada anak murid saya. Jadi bergantung kepada tuah anda tetapi kriterianya ialah anda perlu nampak Cahaya Syurga dan dengar Suara Syurga, Firman Tuhan, ajaran Buddha secara langsung. Itu kriterianya.

Photo Caption: Bukan Hanya Manusia Dapat Menulis!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/10)
1
2024-07-23
6181 Tontonan
2
2024-07-24
4686 Tontonan
3
2024-07-25
4579 Tontonan
4
2024-07-26
3946 Tontonan
5
2024-07-27
3854 Tontonan
6
2024-07-28
3518 Tontonan
7
2024-07-29
3474 Tontonan
8
2024-07-30
3426 Tontonan
9
2024-07-31
3545 Tontonan
10
2024-08-01
3515 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android