Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 6 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Makan satu hidangan sehari pun tidak banyak. Saya makan satu hidangan kerana terlalu sibuk. Bukan sahaja kerana mengamalkan kesederhanaan tetapi juga kerana saya terlalu sibuk. Jika saya asyik makan tiga, empat kali sehari, snek dan sebagainya juga, kemudian letih dan masuk tidur, macam mana saya ada masa untuk membuat semua kerja dalaman dan luaran ini? Saya memang tiada masa untuk kadangkala bermeditasi dengan sesuatu postur pada masa itu utk memperkuat kerja saya dan membantu dunia. Saya buat sebaik boleh tetapi badan saya bukan dibuat daripada simen. Makan satu hidangan sehari pun bukan apa-apa yang hebat.

Jadi jika anda benar-benar nak makan sehari sekali saja, janganlah bermegah dengannya. Tiada apa-apa yang hebat dengannya. Saya tidak minum jus pun selepas satu hidangan. Saya makan satu hidangan saja. Itu saja. Jika dahaga, saya hanya minum air. Itu saja. Kemudian yang selebihnya hanya kerja yang banyak – di dalam, di luar; bermeditasi atau Supreme Master Television.

Jika kita sentiasa memasak sendirian untuk diri sendiri, maka kita perlu membasuh dan mencuci lantai pada bila-bila saja. Itu kerja yang banyak. Dan saya tidak banyak mandi atau mandi hujan – kadangkala sebulan sekali, atau sekali setiap satu bulan setengah, bergantung kpd sama ada saya ada air berdekatan atau tidak; bergantung kepada di mana saya diami. Kadangkala saya tinggal di kawasan pergunungan. Air tak sentiasa boleh didapati, perlu gunakan air hujan. Jadi saya perlu berjimat dengan air juga, bergantung kepada ke mana saya pergi – ke mana saya perlu pergi, mengejar saluran keluar spiritual untuk menjadi lebih kuat dari segi rohani supaya dapat buat kerja dgn lebih baik dan juga terus hidup, menjadi kuat supaya dapat terus hidup.

Makan sehari sekali, itu dapat dilakukan. Saya lakukannya, jadi saya tahu ia dapat dilakukan. Kita tak perlu jadi pendeta pun untuk berbuat demikian. Ada seorang wanita, dia berlari bagi mendapat hadiah ini untuk orang-haiwannya. Dia selamatkan banyak orang-haiwan. Dia di England. Semasa berlari, biasanya dia dah ada masalah dengan lututnya tetapi oleh sebab dia begitu sayangi orang-haiwannya, dia tetap terus berlari dan mengambil hadiahnya. Dia tidak berehat dan berlari di jenis landskap yang sangat menggerunkan. Itu bukanlah kita berlari di jenis jalan asfalt atau di jalan tanah pun. Tidak, tidak, tidak. Mereka mendaki bukit, gunung, gurun dan apa-apa saja – rupa bumi yang lekuk-lekak. Bagi orang biasa pun sangat, sangat mencabar, apalagi bagi wanita yang sudah alami kecederaan pada lututnya. Kita telah menyiarkannya dalam rancangan Anugerah Dunia Gemilang. Dia makan pada pukul 9 malam saja, sehari sekali – satu-satunya hidangan yang dimakannya setiap hari.

Jadi jika anda meniru sesiapa atau saya dan makan sehari sekali, tiada apa-apa yang hebat dengannya. Jangan bercakap besar tentangnya dan jangan buat orang mengikut anda buat begitu juga. Mungkin mereka alami kesusahan jika mereka tak cukup kuat atau jika tak perlu. Sebab itulah saya beritahu anda, “Bersikap wajarlah.” Meskipun anda makan sehari sekali, anda boleh minum jus buah-buahan atau jus sayuran. Saya tidak minum – saya tiada masa untuk semua itu pun. Kita perlu menyediakannya, cuci sayuran, kemudian perlu cuci pengisar selepas itu dan sebagainya. Ya Tuhan, terlalu banyak kerja bagi saya. Saya tiada begitu banyak masa. Kerja dalaman mengambil banyak masa.

Meskipun anda ada banyak pakaian di dalam almari pakaian – almari pakaian boleh jalan masuk yang besar, contohnya, kerana anda kaya, anda ada begitu banyak – meskipun anda nak cari sesuatu daripada pakaian, anda perlu pergi carinya untuk memakai sesuatu supaya sesuai dengan situasi atau tempat yang akan anda pergi. Anda perlu lihat dalam cermin dan sebagainya. Hanya bercakap tentang beberapa benda fizikal, dah begitu menyusahkan, apalagi kuasa spiritual yang tersembunyi di dalam badan anda. Itu tidak di depan mata fizikal anda pun. Anda perlu gunakan mata spiritual untuk mencarinya, kemudian perlu bertumpu. Anda tak dapat masuk saja, masuki samadhi dan terus nampak benda. Banyak hal pada siang hari di tempat kerja atau dalam kehidupan harian akan alihkan perhatian anda, selalunya atau sekali-sekala, semasa anda bertumpu. Dah tidak senang untuk hidup di dunia ini, apalagi mencari sesuatu di luar dunia fizikal, dan belum kata lagi sama ada anda cukup kuat untuk menggunakannya atau tidak.

Sama seperti meskipun anda nak menerbangkan pesawat… Adalah senang bagi juruterbang kerana dia dilatih untuknya. Tetapi anda masuk saja dan ingin menerbangkan pesawat, itu mustahil. Jadi tiada juruterbang, meskipun jatuh cinta pada anda, akan biarkan anda terbangkan pesawat kerana mungkin anda buatnya terhempas dan bunuh diri sendiri juga dengannya.

Jadi jangan menyalahkan saya jika saya tidak ajar anda perkara ini. Seperti yg saya dah beritahu anda juga, anda perlu sangat dekat, bersebelahan untuk mempelajari itu. Kerana setiap inci – setiap milimeter pun – perubahan posisi tapak kaki, kaki, jari atau badan berikan hasil yang berlainan. Anda tak sentiasa perlu duduk bersila. Kadangkala anda perlu berbaring dengan sebelah kaki ke atas, sebelah kaki ke bawah dan dgn mudra-mudra tangan yang berlainan, gestur-gestur tangan yang berlainan. Jadi ini bukan sesuatu yang dapat saya beritahu anda hanya dengan bercakap tentangnya. Anda perlu lihatnya.

Jadi seperti Kaedah Quan Yin pun, semasa melakukannya, saya perlu hantar biksu atau biksuni saya untuk datang ke tempat anda bagi mengajar anda, atau anda datang ke tempat kami apabila boleh dipelajari, apabila sesuai, jika anda dapat buat perjalanan dan sebagainya. Sesetengah orang tak dapat kerana miskin, jadi kita perlu datang kepada mereka dan mengajar mereka. Itu perlulah arahan peribadi dan memeriksa sementara mereka melakukannya. Bercakap melalui telefon tidaklah cukup, tidak baik walaupun kita boleh buat begitu. Tetapi mustahil. Itu tak dapat dilaksanakan. Mungkin anda lakukannya dengan salah dan kita tak dapat betulkannya di sana. Benda spiritual tidak tertulis. Kita perlu ajarkannya di luar kitab, di luar Bible. Dalam tradisi Buddha, mereka juga berkawa bahawa: Ia di luar ajaran bertulis. Ia dari hati ke hati, bermakna daripada roh kepada roh, sebenarnya. Jadi dalam situasi macam ini, sama juga macam itu. Saya dilarang menulisnya pun kerana itu bukan untuk digunakan oleh semua orang.

Jika anda makan sehari sekali saja dan memakai pakaian compang-camping atau mengutip pakaian tangan kedua, keempat di jalanan untuk dipakai, itu tiada apa-apa yang hebat juga. Ini tak bermakna anda akan menjadi Buddha, suci atau sebarang jenis guru. Anda blh hukum badan selama-lamanya tetapi itu takkan bawa apa-apa kpd anda kecuali anda berhati suci dan benar-benar mencari makrifat; kecuali anda benar-benar ada Buddha untuk mengajar anda kaedah meditasi yang betul. Jika anda sentiasa lakukan kaedah meditasi yang lain – seperti yang saya dah beritahu anda, pernafasan dan sebagainya – semasa tidur, anda tidak ingat akan nafas anda, jadi anda tak dapat bermeditasi pada masa itu. Anda harus mencari kaedah meditasi yang akan anda sentiasa amalkan meditasi 24 jam setiap hari. Saya juga beritahu anda bagaimana bermeditasi semasa tidur. Anda dah tahu. Saya takkan bercakap tentangnya di sini lagi. Saya telah beritahu anda terlalu banyak perkara. Saya tak perlu berulang lagi. Jika anda ingin dapat tahu ttg semua itu, lihatlah balik video lama.

Meskipun anda cuba melakukan itu, jangan berasa megah atau bercakap besar tentangnya – tiada apa-apa yang hebat. Jangan membuat diri anda menjadi orang yang hebat sangat kerana banyak biksu, biksuni dan pengamal buat begitu di negara-negara lain. Contohnya di India, mereka tak memakai apa-apa pun. Mereka hanya sapukan abu pada badan. Mereka lakukan lebih banyak penebusan dosa untuk diri sendiri seperti duduk dalam panas terik musim panas India, malah dengan api di sekeliling mereka, atau duduk di atas paku, atau tergantung pada sebelah kaki, atau mengangkat sebelah tangan ke atas, atau apa-apa saja yang mereka buat. Ini perbuatan melampau. Mungkin mereka ingin benar-benar cuba capai sesuatu. Mungkin mereka tak tahu apa lagi yang nak dibuat.

Tetapi ini tak bermakna anda sudah menjadi santo atau orang suci. Mungkin anda menjadi rishi atau peramal. Mungkin anda ada kuasa ajaib dengan menumpukan fikiran. Tetapi ini hanyalah kuasa minda, sihir minda. Jika anda memanfaatkan tenaga minda, anda akan ada sesuatu juga, mungkin kuasa kuat di dalam diri anda. Jadi jika seseorang perlakukan anda dengan buruk atau menyumpah anda, mereka akan alami kesusahan kerana kuasa ajaib anda daripada memanfaatkan fikiran tertumpu juga akan bawa kebinasaan kepada mereka. Tetapi itu bukan peringkat Buddha. Jika anda ingin menjadi Buddha, anda boleh berlatih macam itu selama-lamanya Mungkin selepas bereon-eon, anda akan capainya – mungkin.

Tetapi bagi Kaedah sebenar untuk mencapai makrifat dan pembebasan dalam satu hayat, anda perlu nampak Cahaya (Syurga dalaman), perlu dengar ajaran Buddha (Syurga dalaman). Mereka panggilnya ‘Arus’ dari Alam Tinggi yang berada di dalam badan anda juga tetapi anda perlu bersambung semula dengan Kuasa Alam Tinggi Alam Semesta. Jika tidak, anda boleh duduk selama-lamanya seperti pelajar Guru Zen yang sentiasa duduk saja itu dan Guru pergi menunjukkan kepada dia bahawa menggilap bata tak dapat membuatnya menjadi cermin. Jadi apa-apa pun yang anda nak amalkan, teruskan saja dengan meditasi Quan Yin yang merupakan hubungan langsung dengan Kuasa Alam Semesta, dengan Alam Buddha di semua arah, dengan Kediaman Syurga Tuhan.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/8)
1
2024-06-28
15832 Tontonan
2
2024-06-29
10105 Tontonan
3
2024-06-30
9355 Tontonan
4
2024-07-01
9144 Tontonan
5
2024-07-02
8066 Tontonan
6
2024-07-03
7572 Tontonan
7
2024-07-04
7195 Tontonan
8
2024-07-05
7010 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android