Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oh, saya tak suka bank lagi! Bank banyak menyusahkan saya. Kadangkala banyak birokrasi. […] Mereka tidak benarkan saya berikan wang kepada orang lain melalui cek atau kad kredit pun. […] Saya hanya nak hantar wang, AS$40,000 saja kpd paun orang-haiwan yang memerlukannya. Mereka melarang saya. Mereka kata saya tak dibenarkan. Jika saya suruh anak murid yang dulu menyimpan wang saya untuk saya supaya hantarnya ke bank saya, maka mereka (bank) tidak benarkan saya ambilnya. Contohnya, jika itu dari Singapura, mereka beritahu saya bahawa Singapura ialah negara Islam! Ya Tuhan! Apa jenis orang yang jahil ini? […]
Seperkara lagi, sesuatu saya nak beritahu anggota pasukan Supreme Master Television saya: Saya dapati bahawa setiap kali saya memuji seseorang atau kumpulan kerana membuat sesuatu dengan baik, sesuatu yang baik, maka pd keesokan harinya atau lepas bbrp hari, mereka wujudkan situasi kucar-kacir atau perkara buruk – maksud saya itu bukan kali pertama, malah sebelum Supreme Master Television lagi. Bukanlah ‘buruk’ kerana mudaratkan sesiapa tetapi itu bukan sifat baik lagi atau menyusahkan saya dengan wujudkan situasi kucar-kacir. Jadi mulai sekarang, saya takkan memuji anda secara terbuka lagi, atau secara peribadi. Mungkin secara peribadi jika itu baik. Jika tidak, ego ialah sesuatu… musuh semua orang yang begitu besar. Apabila saya memuji anda, bukanlah roh anda yang dengar atau perlukannya – itu ego, minda. Minda selalunya terbentuk daripada ego. Mereka membesar-besarkan apa-apa yang saya katakan dalam minda mereka. Kemudian mereka menjadi lebih lalai dengan isu penting atau kerja penting yang sepatutnya disiapkan oleh mereka.Saya juga ingatkan anda bahawa kita tak perlu memuji orang. Tak perlu. Kita tak perlukan semua itu. Apa-apa yang kita buat dengan baik, apa-apa yang kita siapkan dgn sempurna dlm tugasan yg diberikan atau usaha kita sendiri, itu perkara biasa untuk dibuat. Kita tak memerlukan pujian, sebarang pujian atau apa-apa seperti itu. Saya tak perlukannya juga. Anda boleh lihat, saya minimumkan apa-apa saja yg boleh, segalanya yang membesarkan diri ini. Hari jadi saya pun, kita tak meraikannya lagi. Anda meraikan Hari Ching Hai, saya tidak, tapi itu bagus. Hari Ching Hai, saya dah kata, ialah hari anda. Anda boleh mengingatkan diri supaya keluar dan buat perkara baik untuk orang lain tetapi jangan berasa megah, maka itu baik.Kerana ego sentiasa cuba merampas semua pujian, semua jasa – tidak! Kita harus hanya bersyukur kpd Tuhan dan memuji Tuhan atas kita berkeupayaan, berpeluang untuk melakukannya, atas Tuhan izinkan kita berbuat baik. Kita harus berasa gembira dengan orang lain gembira melalui perbuatan kita. Itu dah cukup. Cuma di dunia kadangkala, untuk orang lain, kita galakkan mereka supaya meneruskan kerja mereka. Jadi kita ada anugerah, pujian atau surat terima kasih. Tapi saya masih pertimbangkan sama ada kita harus terus buat begitu atau tidak. Saya akan pertimbangkan. Saya akan tanya Syurga sama ada kita harus atau tidak.Dah tentu, kerja amal, pada bila-bila boleh, macam mana pun kita dapat bantu orang lain dalam kesusahan, mesti diteruskan. Hari ini, dunia kita benar-benar dalam kekacauan besar. Begitu banyak pelarian ‘perang kelaparan’, apalagi perang sebenar dengan senjata. Tetapi perang kelaparan, perang kedahagaan memang membunuh sangat banyak orang, orang tua, kanak-kanak di seluruh dunia, di mana-mana saja, malah di sesetengah negara berkuasa, negara kaya. Saya lihat orang yang tak berumah, tertindas, hati saya tak dapat berasa tenang. Saya buat apa yang boleh, dah tentu, tanpa melapor kepada anda. Sebelumnya, pd bila-bila ada wang tunai, saya berikan kepada orang di jalanan. Adalah lebih baik jika saya ada wang tunai. Sekarang saya tak perlukannya kerana saya bersuluk. Saya tak boleh pergi ke mana-mana untuk memberi.Tetapi sebelumnya, sentiasanya, saya sentiasa bawa wang tunai supaya saya dapat berikan kepada orang di jalanan. Atau jika saya nampak keluarga miskin atau jika saya tahu akannya, saya pergi ke rumah mereka dan berikan sesuatu kepada mereka bagi memenuhi keperluan mendesak mrk dan lebih banyak lagi untuk masa depan. Taklah begitu selamat adanya wang tunai pada kita, dah tentu, tetapi saya sentiasa pergi bersama seseorang dan sembunyikan wang tunai dgn baik. Hanya jika perlu baru saya keluarkan. Tak begitu selamat berbuat demikian tetapi disebabkan oleh hati saya. Saya berasa tidak senang melihat orang lain dalam kesusahan: berjalan dengan kaki yang lecur di atas jalan asfalt yang panas atau berpakaian compang-camping – tak cukup untuk menutup daripada angin musim sejuk. Begitu banyak keadaan yang lain. Atau bank makanan menjadi kosong, jadi saya perlu beli makanan dan berikan kepada mereka. Semua ini, dah tentu, anda tak tahu.Tetapi ketika bersuluk, maka saya perlu suruh orang lain lakukannya dan itu akan melalui akauntan, dah tentu. Tetapi bukan semuanya dilaporkan kepada anda. Biasanya saya ingat utk beritahu mereka, “Janganlah beritahu secara terbuka. Pergi lakukannya saja untuk saya.” Jika saya tahu akan seseorang, saya akan menelefon mereka dan kata, “Pergilah beli ini dan itu. Biarkan ahli keluarga atau rakan anda turut serta. Pergi ke mana-mana saja boleh di kawasan kamu, atau lebih jauh lagi – sejauh yang boleh. Jika masa dan kerjamu benarkan kamu berikan kepada bank makanan atau orang, lakukannya secara senyap.” Jadi bukanlah saya suruh kamu lakukannya sendirian. Saya juga bersama anda, membuat kerja bersama anda. Apa-apa yang anda buat yang baik untuk orang lain, jika boleh, saya juga bersama anda. Kita satu pasukan. Meskipun anda tak tahu saya buat apa-apa, saya melakukannya. Saya anggota pasukan anda. Jadi jangan lupa untuk bantu orang lain jika anda mampu, tolonglah. Buat apa anda kumpulkan wang banyak-banyak di mana-mana jika tak perlu? Di bank, contohnya.Oh, saya tak suka bank lagi! Bank banyak menyusahkan saya. Kadangkala banyak birokrasi. Jika saya tukar alamat atau pasport, mereka akan menimbulkan banyak kesusahan. Mereka tidak benarkan saya berikan wang kepada orang lain melalui cek atau kad kredit pun. Mereka hentikan segalanya. Saya hanya nak hantar wang, AS$40,000 saja kpd paun orang-haiwan yang memerlukannya. Mereka melarang saya. Mereka kata saya tak dibenarkan. Jika saya suruh anak murid yang dulu menyimpan wang saya untuk saya supaya hantarnya ke bank saya, maka mereka (bank) tidak benarkan saya ambilnya. Contohnya, jika itu dari Singapura, mereka beritahu saya bahawa Singapura ialah negara Islam! Ya Tuhan! Apa jenis orang yang jahil ini? Mana boleh Singapura menjadi negara Islam? Adalah sukar dipercayai kakitangan bank boleh betapa jahil. Pengurus bank saya sendiri. Saya tak nak beritahu nama bank itu. Atau saya harus? Tidak. Saya tak nak membalas dendam.Saya hanya beritahu anda, itu kisah sebenar yang berlaku kepada saya. Mereka hampir seperti menyita semua wang saya di dlm bank. Jadi saya tak boleh gunakannya untuk apa-apa pun. Saya kata, “Boleh saya hantar wang ini ke semua tempat yang lain seperti gereja, tokong, biksu, pendeta agama-agama yang berlainan? Boleh atau tidak?” Juga, “Tidak, tak boleh!” Mereka hanya nak kekalkannya di sana bagi membuat duit untuk diri sendiri. Mereka tak peduli sama ada wang saya dapat bantu orang lain atau institusi agama. Memang macam itu. Kerana saya tak suka sentiasa ada wang di dalam bank. Saya suka ada wang tunai juga. Atau saya suka boleh hantarnya ke mana-mana saja kawasan yg perlukannya Sebab itulah kadangkala saya lebih suka ada wang tunai. Kerana saya juga berikan kepada pendeta – pendeta Katolik, Islam atau Hindu, biksu Buddha – sesiapa saja yang saya lihat perlukannya atau wajar. Saya berikan kepada pendeta kerana saya tahu pendeta akan berikannya kepada orang miskin. Paderi Katolik, paderi Kristian dan biksu Buddha juga akan ada rumah anak yatim atau memelihara orang-anjing di tokong. Saya tahu akan semua itu. Jadi saya berikan kepada mereka.Saya juga kata mereka boleh gunakannya untuk keperluan peribadi seperti kasut dan pakaian musim sejuk. Atau kadangkala saya beli dan hantarnya kepada mereka. Atau saya hantar wang kpd mrk dan kata, “Saya lihat kasutmu telah koyak atau haus sangat. Ambillah, ini untuk kasutmu dan wang tambahan untuk pakaianmu bagi musim sejuk kerana sangat sejuk di sini.” Contohnya, biksu seperti biksu Thai, biksu Âu Lạc (Vietnam) tinggal di negara yang lebih sejuk atau tinggal di kawasan kecil yang ada bilik kecil bagi membuat kerja untuk penganut, pengikut mereka. Mereka tak cukup pakaian atau tak berduit, jadi saya belinya untuk dihantar kpd mereka atau saya hantar wang melalui pengikut mereka untuk dibawa kepada mereka. Saya kata, “Pergilah beli ini dan itu untuk dia atau tanya dia apa yang mereka mahukan dan belinya untuk mereka.”Saya tak dapat hantar cek bersamanya. Saya tiada cek pada saya di dalam saku sepanjang masa. Wang tunai sangat memudahkan. Jadi jangan pandang rendah terhdp wang. Wang sangat penting, sangat baik. Jika anda tidak gunakannya, jika anda ada banyak lebihan, keluarkanlah dari bank dan berikan kepada orang lain yang sangat memerlukannya. Berikan lebih banyak masa kpd mereka untuk hidup supaya mereka secara kebetulan akan ingati Tuhan, berdoa kepada Tuhan. Mereka boleh dinaikkan dan diberkati kerana pahala itu jika bukan dalam hayat ini, maka hayat seterusnya. Kerana bukan mereka semua dapat berjumpa dengan Guru untuk membebaskan mereka. Tidak, bukan semua orang ada tuah itu. Lebih senang adanya tuah untuk menjadi kaya tetapi bukan senang untuk adanya tuah untuk bertemu dengan Guru bermakrifat bagi membebaskan kita. Saya suka wang tunai kerana ia sangat praktikal untuk digunakan. Kadangkala saya tinggal di negara-negara yang berlainan. Saya pergi ke sana sini dan lihat paun orang-haiwan, rumah anak yatim yang mana perlukan wang. Saya berikan saja kerana saya tak nak biar mereka tahu akan nama saya. Saya tidak mahu mereka tahu siapa saya dan sebagainya. Jadi wang tunai sangat mudah bagi saya, sewaktu saya tidak bersuluk, dah tentu.Tetapi kadangkala bank, oh… Meskipun saya pergi ke negara lain dan ingin tukar bank, mereka tidak benarkan. Mrk timbulkan begitu banyak kesusahan. Suatu kali, saya pergi ke Kanada. Saya nak beli rumah di sana. Ia kelihatan sangat elok dan saya nak tinggal di Kanada. Tetapi bank menghalang saya – bank saya. Pada masa itu, saya di Sepanyol. Mereka menghalang saya. Itu sebuah lagi bank. Saya ada banyak pengalaman buruk dengan bank: Sebuah bank di Amerika, sebuah bank di Sepanyol, bank besar – bank antarabangsa yang terkenal, bukan yang biasa. Saya ingat jenis bank yang terkenal di seluruh dunia ini akan ada perkhidmatan yang baik, senang untuk kehidupan saya. Itu tak benar. Dan yang terkenal di seluruh dunia juga dari Jerman, Amerika, Sepanyol, Perancis – oh, saya telah cuba semua jenis bank! Ia timbulkan begitu banyak kesusahan untuk saya, begitu banyak birokrasi.Photo Caption: Rupa yang Berbeza Tidak Menyebabkan Persahabatan yg Berbeza