Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita telah paparkan banyak rancangan di Supreme Master TV kita tentang pendeta lelaki dan wanita yang tidak makan. Itu adalah biasa hari ini. Tetapi jangan cuba semua ini. Jika anda benar-benar nak cuba, anda perlu dapatkan bimbingan pakar, orang yang tahu cara berbuat demikian. Jika tidak, hanya makan makanan sederhana, bersenam setiap hari, berjalan dalam udara segar, misalnya macam itu. Jalani kehidupan biasa dengan pengambilan jenis makanan yang minimum – sekurang mungkin, tetapi anda perlu lihat sama ada badan anda sesuai dengan jenis sayuran dan buah-buahan yang terhad itu. […]
Bukanlah disebabkan karma kita tidak makan tumbuhan atau sayur lain tetapi kerana kita tak nak menyakitkannya. Itu saja. Jika anda nak mengelak daripada menyakitkan tumbuhan atau menyebabkannya risau, sedih atau cemas, maka anda memilih sayuran dalam senarai yg saya baca kpd anda itu. Ia tiada kesakitan, atau jika ada pun, seperti tiada. Tetapi tumbuhan yang saya baca kepada anda itu, tiada, tidak sakit sama sekali. Hanya kalau-kalau anda lebih suka macam itu. Anda perlu lihat sama ada badan anda dapat ditampung dengan sayuran dan buah-buahan yang terhad. Tetapi biasanya, seperti pisang, merupakan makanan lengkap juga. Seorang saudaramu yg merupakan biksu, tinggal di Costa Rica, makanan rujinya sentiasa ialah pisang. Dia hidup macam itu selama byk tahun tetapi sekarang tidak hidup macam itu lagi kerana saya bekalkan makanan yg mencukupi, segala jenis makanan. Baiklah. Saya harap anda seronok menemui diet baharu untuk diri sendiri. Jika anda lebih suka macam itu, buatlah secara perlahan-lahan, dan cuba.Jika tidak, saya kenali seorang biksu. Saya tinggal di tokongnya untuk suatu tempoh masa. Dia hanya makan nasi perang dan serbuk bijan saja, serta air. Dia hidup lama sangat dan kuat. Dia seorang guru Qigong juga. Jika kita guna pisau untuk kelar lehernya, kita tak dapat kelar, contohnya. Sangat kuat. Tetapi dia berlatih setiap hari, dah tentu. Selain menjadi biksu Buddha dan jalankan segala ritual biksu, dia juga berlatih Qigong setiap hari. Dia ada sekolah yang mengajar orang lain Qigong di Taiwan (Formosa). Dia dah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, tetapi ketika masih hidup, itu saja yang dimakannya. Saya sendiri juga kenali seorang biksuni. Maksud saya, saya sendiri jumpa dengan mereka. Seperti biksu ini, saya tinggal di tokongnya bersama biksu dan biksuni lain untuk suatu tempoh masa.Saya kenali seorang biksuni yang tidak makan apa-apa pun. Dia hanya minum sedikit air. Tetapi air itu, dah tentu, sudah diberkati dengan melafazkan nama Buddha sebelum diminum. Dia dah meninggal dunia juga, tetapi ketika masih hidup, dia tidak bercakap pun. Dia tak nak bercakap. Dia hanya gunakan bahasa isyarat dan anak muridnya menterjemah kepada kita. Saya pergi melawat dia, dan itu apa yang mereka lakukan. Mereka terjemahkan bahasa isyaratnya kepada kami. Saya tanya dia bagaimana orang dapat hidup dengan minum air seperti dia. Dia gunakan bahasa isyarat untuk beritahu saya, “Buat dgn perlahan-lahan, satu langkah pada satu-satu masa.” Khabarnya sebelum menjadi waterian, dia makan buah-buahan saja. Mereka hanya bawa sepinggan buah-buahan kepada dia setiap hari. Pada suatu hari, dia menolaknya, kemudian mereka tahu dia tak nak makan buah-buahan lagi. Jadi sejak itu, dia hanya minum sedikit air. Saya sendiri kenali dia dan juga bercakap dengan dia melalui bahasa isyarat, dah tentu.Kita telah paparkan banyak rancangan di Supreme Master TV kita tentang pendeta lelaki dan wanita yang tidak makan. Itu adalah biasa hari ini. Tetapi jangan cuba semua ini. Jika anda benar-benar nak cuba, anda perlu dapatkan bimbingan pakar, orang yang tahu cara berbuat demikian. Jika tidak, hanya makan makanan sederhana, bersenam setiap hari, berjalan dalam udara segar, misalnya macam itu. Jalani kehidupan biasa dengan pengambilan jenis makanan yang minimum – sekurang mungkin, tetapi anda perlu lihat sama ada badan anda sesuai dengan jenis sayuran dan buah-buahan yang terhad itu. Anda perlu cuba itu. Jika tidak, lihatlah, banyak orang dapat hidup dengan pengambilan makanan yg amat minimum.Anda tak perlu cuba apa-apa pun. Ini hanyalah untuk pengetahuan anda. Asalkan anda adalah vegan, saya dah berterima kasih. Semua Syurga akan menyokong anda. Planet kita akan terpelihara, akan kekal selamat untuk anda terus hidup dan generasi anak cucu yang seterusnya. Jika anda sayangi anak anda, jadilah vegan dan ajar mereka menjadi vegan juga untuk meminimumkan akibat karma dan mewujudkan tenaga pemurah untuk dunia kita. Maka planet ini akan terus wujud, dan kita juga.Seperti yang telah disebut tadi, jika sesuatu jenis herba atau tumbuhan anda buat menjadi kecambah dan makan ketika ia masih kecambah atau bertumbuh dgn sangat sedikit saja, belum bertumbuh menjadi badan tumbuhan atau pokok yang keras, maka boleh dimakan. Tetapi adalah lebih baik jika anda ada kebun sendiri, maka anda boleh buat keputusan. Contohnya, jika pokok pudina anda tanam di kebun sendiri, maka anda boleh gunakannya. Jika anda memotong daun sangat jauh dari tangkainya atau badan pokok pudina, maka itu tak menyebabkan begitu banyak kesakitan, sangat sedikit atau hampir sifar.Atau seperti selasih. Anda boleh potong seperti dua pertiga daripada daunnya, biarkan bahagian pangkal daun masih melekat pada tumbuhan dan sedikit daun masih tertinggal. Maka daun baharu akan bertumbuh di sudut itu. Di antara tangkai daun dan badan pokok, daun baharu akan bertunas dan bertumbuh.Bagi banyak herba, macam itu. Tetapi sesetengah herba, kita perlu memotong seluruh dahan, ranting kecil pun, itu akan menyebabkan kesakitan. Contohnya, rosemary. Jika kita nak gunakan rosemary, kita perlu memotong ranting atau sebahagian daripada rantingnya. Itu akan menyebabkan kesakitan kepada pokok rosemary, atau ‘bush’, kita panggilnya.Buah beri yang boleh kita petik dengan senang, hampir seperti gugur ke dalam tangan kita jika kita sentuhnya – buah beri yang sangat lembut itu, boleh dimakan. Pokoknya tak rasa begitu sakit. Jadi benda yang sangat kecil. Tetapi pokok strawberi memang rasa sakit. Tetapi seperti pokok kacang tanah, kebanyakannya sudah layu dan menguning sebelum orang tariknya keluar dari tanah. Pokok bijan, serupa. Padi dan gandum, ia sudah mati. Rohnya telah meninggalkan sana sebelum orang menuainya, jadi boleh dimakan.Saya pasti ada lebih banyak lagi sayur dan buah yang boleh anda makan, tetapi kebanyakan pokok buah seperti mangga dan epal, berasa sakit apabila kita memetiknya. Tetapi jika ia telah gugur ke tanah, maka tiada masalah. Anda boleh makan, langsung tiada karma Ia sudah gugur dari pokok, jadi kita tidak buat banyak, hanya mengutipnya. Dulu apabila saya lihat mana-mana buah yang gugur dari pokok, saya sentiasa kutipnya untuk lihat sama ada saya masih boleh gunakannya. Masih sangat elok juga. Dan seperti pokok tomato, kita boleh makan buahnya dan pokok itu tak rasa sakit kerana ia tiada karma sakit. Bukankah itu bagus? Tumbuhan pun ada karma.Jadi mungkin lain kali, jika ada sesuatu yang lain yang anda tanya dan saya tahu akannya, saya akan beritahu anda. Baiklah. Semoga Tuhan rahmati anda semua, semoga Tuhan rahmati semua tumbuhan dan herba yang cantik serta rahmati seluruh planet kita.Untuk butiran tentang diet rendah karma yang dapat bantu kita minimumkan kesakitan dan penderitaan yang ditimbulkan terhadap makhluk lain, sila kunjungi: SupremeMasterTV.com/LowKarmaDietMacam ni, planet kita terjelma dan menjadi berharga disebabkan oleh pahala semua makhluk di atas planet ini, pahala kolektif bersama, jadi planet ini akan terjelma dan menjadi sesuai didiami. Kemudian planet ini akan dihancurkan, dimusnahkan, dilenyapkan juga disebabkan oleh kekurangan pahala manusia, makhluk di planet ini. Dengan perbuatan mereka, dgn membuat sesuatu yang bertentangan dengan mengumpulkan pahala, dengan membuat perkara yang hancurkan pahala mereka atau tidak berpahala, kita tidak diberkati untuk memiliki kediaman ini sebagai sebuah planet lagi.Sama seperti kita ada wang untuk bayar deposit, atau ada wang untuk membina rumah. Tetapi sebaik saja kita tak berduit lagi atau berhutang wang dan tak dapat bayar, maka bank sama ada mengambil alih atau kita perlu tinggalkan hartanah itu kerana tak dapat bayar untuknya. Kita tak boleh terus tinggal di sana lagi. Sama juga dengan planet kita – ini kediaman kita. Jika kita tiada pahala yang mencukupi utk kekalkannya, maka kita tak dapat terus hidup. Kita perlu meninggalkan planet ini atau planet ini akan dimusnahkan. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda makan. Sekurang-kurangnya jadi vegan. Okey? Menjadi vegan.Alam tumbuhan begitu kaya dengan nutrien, vitamin dan khasiat yang mengekalkan kesihatan. Tuhan berikan segalanya yg kita perlukan Walaupun sesetengah orang tiada makanan yang mencukupi atau mereka tak dapat bekerja untuk peroleh wang bagi membeli makanan, seluruh planet – jika kita adalah vegan – dapat menampung semua orang di Bumi ini. Ada makanan yang mencukupi untuk pergi membantu semua orang supaya kekal sihat, kenyang, penuh dengan khasiat daripada semua tumbuhan yang kita ada atau dapat tanam di planet ini.Tak harus ada sesiapa yang berlapar pada waktu malam atau mana-mana hari, atau sesekali pun kerana Tuhan berikan begitu banyak kepada kita. Kita membazirkan semuanya. Seperti kita ada makanan yg mencukupi untuk menyara orang tetapi gunakannya utk menternak orang-haiwan sebaliknya dan menyebabkan manusia kebulur. Itu tak betul, bukan perbuatan yang betul utk dibuat. Kita perlu buat perbuatan yang betul, jalani kehidupan dengan betul, maka tiada apa-apa yang buruk akan timpa kita tetapi jika kita lakukan kesalahan yang bertentangan dengan akal, logik, maka kita belum bercakap lagi tentang azab Syurga, pahala atau apa-apa.Masih ingat cerita rakyat yang saya kisahkan lama dahulu? Seorang pergi melawat sebuah alam di alam semesta. Syurga membuat makanan untuk mereka dan orang di kedua-dua belah duduk di sana tetapi berasa muram, lapar dan tak dapat makan apa-apa pun. Satu lagi bahagian, sama juga, Syurga beri banyak makanan kpd mereka Mereka berasa gembira, ketawa dan bernyanyi, ada khasiat penuh di dalam perut mereka dan sebagainya. Tetamu mendapati bahawa ada sudu panjang. Apabila kita bengkokkan siku untuk masukkan sudu itu ke dlm mulut, kita tak dapat kerana sudu itu sangat panjang. Jadi kumpulan pertama tidak gunakannya kerana tak dapat menyuapi diri sendiri. Kumpulan kedua gunakan sudu panjang itu untuk saling menyuapi, jadi mereka semua sangat gembira dan makan sehingga menjadi kenyang. Jadi terpulang kpd kita utk memutuskan apa jenis sikap, apa jenis sifat yang harus kita ada dan kekalkan. Apa-apa ialah sifat buruk, kita harus buang saja seperti sampah. Jika kita tak mahukannya, kita buang saja.Photo Caption: Semuanya untuk KEAMANAN!