Tuhan yang dikasihi, tolonglah, mereka ialah anak-Mu. Jika aku boleh tanggung semua itu dan menderita untuk mereka semua, maka tolong lakukannya. Mereka semua jahil. Mereka tak berdosa. Mereka tak tahu banyak tentang Hukum-Mu dan tak berapa rasai Kasih Sayang-Mu. Tolonglah, biar mereka rasai Kasih Sayang-Mu. Sedarkan mereka dan bukan menghukum mereka. Menghukum adalah menggerunkan. Jika mereka tidak sedar dan rasai Kasih Sayang-Mu dalam hayat ini, maka tak lama lagi mereka takkan dapat rasainya lagi selama bertrillion-trilion atau bergazillion-gazilion tahun – Engkau tahu akannya – sehingga mereka boleh menjadi mana-mana makhluk hidup semula, belum kata lagi menjadi manusia. […]
Ya Tuhan. Buat apa anda pergi ke gereja? Kerana anda tak memahami apa-apa pun tentang ajaran Tuhan. Dan paderi di gereja itu, saya meragui sama ada dia memahami apa-apa pun. Saya tak tahu anda datang dari neraka apa tapi anda akan balik ke sana tak lama lagi. Kita tidak hidup di planet ini selama-lamanya tetapi mungkin kita berada di neraka itu selama-lamanya. Kali ini, benar-benar macam itu. Wahai Tuhan, tolonglah lindungi mangsa pemimpin jahat yang tak berdosa ini. Mereka tak pedulikan orang lain kecuali niat jahat sendiri. Tuhanku, aku serahkan kepada Engkau untuk uruskan mereka. Aku tiada kata-kata lagi untuk meminta, berdoa kepada Engkau, berhujah dengan Engkau untuk mereka atau mana-mana orang yang serupa.Aku hanya berdoa agar Engkau kasihani kanak-kanak yang tak berdosa, wanita yang tak berdaya dan orang tua yg kehilangan segalanya dlm peperangan. Mereka tak berdaya. Tolong pertimbangkan mereka dalam Rahmat-Mu. Tolong biar mereka hidup tenang. Jika mereka perlu pergi, bawalah mereka ke atas, ke Syurga yang tenang. Engkau ada banyak. Peruntukkanlah sebahagiannya untuk mereka. Amin. Aku kasihi Engkau, Tuhan. Aku, orangku dan banyak orang baik di dunia kasihi Engkau. Terimalah kasih sayang kecil kami kerana kami tiada apa-apa yang lain untuk ditawarkan kepada Engkau. Segala-galanya adalah milik-Mu, nyawa kami pun. Jika kami dapat lebih banyak lagi membantu dunia ini, anak-anak-Mu, maka tolong biar kami terus hidup dengan tenang. Jika tidak, maka Engkau memutuskanlah apa-apa saja yang Engkau nak buat dengan hidup kami. Kami kasihi Engkau, Tuhanku. Syukur kepada Engkau. Semoga Engkau menjadi segalanya. Amin.Ya Tuhan. Kadangkala saya rasa dunia ini dah melampau bagi saya secara peribadi untuk terus hidup tetapi saya masih menaruh harapan untuk membantu planet ini, menyelamatkan roh orang. Saya memang berharap agar anda semua akan berubah, bertaubat kepada Tuhan. Memohon pengampunan-Nya, MEMOHON PENGAMPUNAN drpd seluruh dunia dan baiki kerosakan yg telah anda buat terhadap rakyat mereka negara mereka. Dengan Rahmat Tuhan, mungkin anda bebas dari neraka tetapi mungkin tidak terlepas dari jenis dunia lain yang menggerunkan – sebagaimana anda lancarkan peperangan dan membuat orang menderita.Mereka terpaksa lari dari rumah, negara mereka, kelaparan, tercedera, cacat dan hilang upaya, kehilangan keluarga, kawan – semua itu, anda akan alami di dunia lain, jika bukan di dunia ini. Anda akan ketakutan selama-lamanya, berlari tetapi tiada tempat untuk pergi. Anda akan alami segalanya yang anda timbulkan dalam peperangan untuk makhluk lain, orang lain. Anda akan alami semua itu seorang diri, tiada orang yang membantu anda, tiada orang yang menenangkan anda. Satu-satunya makhluk yang bersama anda ialah mereka yang mengejar anda, menakutkan anda, mencederakan anda, memudaratkan anda, membuat anda rasa sangat takut, gerun, gentar. Tetapi anda takkan mati. Anda tak dapat bersembunyi pun dan itu akan tidak henti-henti.Hanya memikirkan itu… Ya Tuhan, saya harap anda tahu sedikit. Saya harap ketika anda tidur, Tuhan berikan visi dalaman, mimpi kepada anda untuk menyedarkan anda, biar anda tahu akan akibat apa yang telah anda buat terhadap orang, rumah mereka, orang-haiwan, pokok dan Bumi. ‘Tuaian’ adalah sangat besar.Sama juga dengan penyembelih serta pemilik dan pekerja kilang industri orang-haiwan. Anda akan diperlakukan sebagaimana anda memperlakukan orang-haiwan di rumah sembelih, kilang anda tetapi ia akan berterusan selama-lamanya. Itu satu-satunya perbezaan. Nasib yang serupa pada tahap yang kurang menanti penganiaya orang-haiwan, seperti dalam ujian makmal, pemakan produk orang-haiwan dan sebagainya… Di neraka – itu akan menjadi tak henti-henti siang dan malam. Cara anda memperlakukan orang-haiwan, anda akan diperlakukan macam itu juga, cuma selama-lamanya – di neraka. Jangan kata saya tak beri amaran kepada anda.Saya bukan beri amaran kepada anda. Saya hanya beritahu anda kebenaran kalau-kalau anda dengar. Berlututlah sekarang juga, bertaubat atas segala kesalahan anda – berpatah balik, menebusnya. Buat sesuatu yang lain untuk hidup anda. Ada banyak pekerjaan lain untuk dibuat, tak perlu membunuh untuk hidup. Apa yang anda semaikan, itulah yg akan anda dapat. Hukum fizikal alam semesta adalah tepat. Berpatah baliklah, lari darinya, maka anda dapat diselamatkan. Sama seperti anda tersilap menuju ke utara dan menyedari bahawa anda perlu menuju ke selatan – hanya berpatah balik. Maka apa-apa yang berlaku di utara takkan mempengaruhi anda. Berpatah balik, lari dari dosa. Bertaubat, berbuat baik, memohon pengampunan Tuhan. Dan tidak berbuat jahat lagi. Itu saja yang perlu anda buat. Menjadi Vegan, Berdamai, anda semua. Tolonglah. Dan minta Tuhan mengampuni anda.Anda tak dapat melepaskan diri dalam hidup selepas mati. Jika mereka tidak tangkap anda semasa hidup ini lagi, mendakwa anda di mahkamah dan mengurung anda di dalam sel penjara, maka anda akan alami semua itu – lebih teruk daripada itu – dalam hidup selepas mati. Saya tiada sebab untuk bohongi anda. Saya sendiri berada di tempat yg selamat. Walaupun anda ada perisik di merata tempat, namun Tuhan melindungi saya. Saya hanya mengatakan ini demi mangsa yang begitu banyak menderita dalam kejahatan dan peperangan anda – peperangan dengan manusia atau/dan peperangan dgn haiwan yang tak berdaya.Wahai Tuhan yang dikasihi, aku tahu Engkau ingin memusnahkan planet ini tapi tolonglah, ada banyak orang baik. Bukan mereka semua ialah penghasut perang atau jahat. Pejuang, askar dalam peperangan pun, tidak satu pun drpd mereka mahukannya. Mereka hanya dipaksa untuk lakukannya. Mereka terpaksa. Mereka sertai tentera pada masa aman. Mereka tak pernah terfikir mereka perlu pergi berperang. Meskipun mereka berfikir itu mungkin berlaku, namun itu fikiran sekilas lalu saja sehingga mereka sendiri alami realiti peperangan yang menggerunkan, menumpahkan darah, membunuh orang.Media Report from CBC News - Sept. 12, 2022, Correspondent: Ini saat Pavel Filatyev putuskan hubungan dengan Rusia: Koyakkan kad pengenalan tentera dan pasport Rusianya, mengepamnya ke dalam mangkuk tandas di dalam bilik air lapangan terbang Paris. Lepas beberapa minggu, bekas askar payung terjun ini bertemu dgn kami untuk ceritakan kisahnya dan berkongsi rasa meluatnya dengan tentera. Dia merisikokan segalanya utk dedahkan.Pavel Filatyev: Saya asyik berfikir bahawa jika saya benar-benar terselamat, saya akan buat segalanya utk hentikannya, mengubah sesuatu.Correspondent: Filatyev ialah sebahagian daripada rejimen tentera yang menyerang Kherson, Ukraine pada awal pagi 24 Februari. Tetapi hanya sehari sebelum kelengkapan datang dengan banyak pun, dia berkata bahawa para askar tertipu tentang sebabnya mereka berada di sana.Pavel Filatyev: Komander rejimen kami suruh kami berbaris dan berkata, “Berhenti menyebarkan gosip. Berhenti menelefon balik ke rumah, bercakap karut. Maklumlah, ada latihan tiga hari lagi, kemudian kamu semua akan pulang.”Correspondent: Dia kata dia sedar bahawa Rusia menyerang Ukraine hanya selepas arahan datang utk unitnya musnahkan sebuah jambatan. Dalam sebuah manifesto yg kemudiannya dikirim ke media sosial, dia gambarkan keadaan kucar-kacir di medan perang, sebuah tentera Rusia yang dilengkapi dengan “patriotisme… dan bukan latihan yang baik, sokongan dan teknologi moden.” Dia menulis, “Sesetengah askar mula menembak diri sendiri… untuk mendapat (wang kerajaan) dan keluar dari neraka ini.”Pavel Filatyev: Tetapi saya katakan ini: Sekarang Rusia telah dikuasai oleh sesuatu jenis mafia.Media Report from UATV English – Mar. 2, 2022, Captive Russian Soldiers: Kami tidak diberitahu apa-apa kecuali “Mara ke depan.” Komander hanya beritahu kami, “Kamu akan pergi ke sana.” Kami pergi dalam jajaran. Apabila kami mula melintasi sempadan, saya tanya komander, “Mengapa kita melakukan ini?” Dia suruh saya berdiam. Saya tak tahu bahawa saya akan pergi ke Ukraine. Mereka menipu saya. Kami diberitahu bahawa kami akan pergi ke sana dan balik. Mereka beritahu kami bahawa kami akan pergi ke padang, mendirikan khemah dan inap di sana. Kami belum masuk jauh ke dlm Ukraine sewaktu kami dibedil. Kereta saya meletup dan saya ditolak keluar darinya oleh gelombang letupan. Kami menjadi tawanan di pekan. Kami tak menembak balik. Kami menjadi tawanan di pekan. Kami tak menembak balik. Kami letak senjata dengan serta-merta.Kami telah ditipu dan dihantar ke medan perang seperti umpan peluru. Saya tak berfikir bahawa saya perlu bunuh seseorang. Saya tak tahu apa-apa pun. Saya takut. Kami dihantar ke medan perang seperti umpan peluru. Semua orang dibedil dengan serta-merta. Kami pergi dalam jajaran tetapi hampir semua orang di dalamnya mati. Saya tak nak bertempur. Saya nak hidup. Saya akan berkata bahawa tentera Ukraine ialah orang baik. Mereka tak memukul saya dan berikan makanan kepada saya. Buat apa berperang? Di mana-mana pun di sini, tinggal orang yg damai dan tiada orang nak berperang. Tiada orang yang menyerang Rusia dan saya tak faham apa yg mereka mahukan drpd perang ini.
Tuhan yang dikasihi, tolonglah, mereka ialah anak-Mu. Jika aku boleh tanggung semua itu dan menderita untuk mereka semua, maka tolong lakukannya. Mereka semua jahil. Mereka tak berdosa. Mereka tak tahu banyak tentang Hukum-Mu dan tak berapa rasai Kasih Sayang-Mu. Tolonglah, biar mereka rasai Kasih Sayang-Mu. Sedarkan mereka dan bukan menghukum mereka. Menghukum adalah menggerunkan. Jika mereka tidak sedar dan rasai Kasih Sayang-Mu dalam hayat ini, maka tak lama lagi mereka takkan dapat rasainya lagi selama bertrillion-trilion atau bergazillion-gazilion tahun – Engkau tahu akannya – sehingga mereka boleh menjadi mana-mana makhluk hidup semula, belum kata lagi menjadi manusia. Itu akan ambil masa yang lebih lama. Mereka tak tahu bahawa hidup manusia begitu berharga. Mereka tak benar-benar tahu neraka adalah berapa mengerikan. Mereka tiada masa untuk berfikir dan rasai Kasih Sayang-Mu. Berbelas kasihanlah. Mereka telah terlalu banyak terperdaya, terlalu sibuk dalam permainan hidup dan mati di dunia ilusi ini.Mereka bukan lupa akan Engkau secara sengaja, Tuhanku. Tolong percayalah. Mereka hanya dibuat menjadi terlalu buta, pekak dan bisu, terlalu sibuk dengan sebarang perkara remeh utk terus hidup, kadangkala malah tak dapat terus hidup. Tolong berbelas kasihanlah, Tuhan. Di sini bukanlah di Syurga. Tiada apa-apa di sini adalah senang untuk semua makhluk terus hidup, selamat dan sejahtera. Orang yang kaya dan sihat pun tak tahu bagaimana jalani kehidupan mereka. Mereka keluar dan mati dengan senangnya akibat kemalangan kereta, bot karam, pesawat meletup, dengan begitu saja. Engkau ada nampaknya di TV. Adakah Engkau menonton TV, Tuhanku? Kami telah memaparkan banyak contoh kejadian di dunia yang bermasalah ini untuk ditunjukkan kepada orang, berharap dapat menyedarkan mereka. Minta maaf, aku terlupa. Engkau tak perlukan TV. Engkau tahu akan segala-galanya. Engkau maha mengetahui, maha wujud.Mana dapat aku tidur dan makan dgn baik dengan semua ini berlaku kepada manusia dan orang-haiwan yang kesian? Mungkin mereka berniat baik, Tuhanku, tetapi tak dapat lakukannya kerana hidup mengurung mereka dalam roda penderitaan, kesakitan, balasan dan kelangsungan hidup yang tidak berhujung, oleh kelangsungan hidup, maksud saya keperluan. Sangat sukar bagi mereka sedar dan ingat akan Engkau. Aku telah cuba bersungguh-sungguh dalam dekad-dekad ini, cuba mengingatkan mereka, buat apa-apa saja yang boleh tetapi rasa begitu kecewa. Begitu banyak kali, aku rasa tak berdaya. Aku rasa dunia ini semakin seperti neraka. Sesetengah bahagian dah pun spt neraka. Aku tak tahu bagaimana Engkau begitu banyak berkati aku, buat aku tidak rebah dengan segala penderitaan yang aku saksikan ini, tidak rebah dengan segala kesakitan yang aku rasai daripada manusia, orang-haiwan, pokok dan sebagainya, seolah-olah kesakitan mrk itu kesakitanku