Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Majlis bandaraya dan perbandaran di United Kingdom memimpin jalan menuju masa depan vegan dengan menyingkirkan daging orang-haiwan daripada menu atau menjadi vegan sepenuhnya. Pemimpin bandaraya dan perbandaran bersuara menentang kesan berbahaya pemakanan daging orang-haiwan dan industri penternakan orang-haiwan. Mereka juga mempromosikan kebaikan kesihatan memilih hidangan berasaskan tumbuhan. Majlis Bandaraya Cambridge telah mengimplementasikan larangan daging orang-haiwan dlm hidangan di semua mesyuarat majlis. Ahli Majlis Bandaraya Cambridge, Hannah Copley berkata, “Diet berasaskan tumbuhan berikan kesan yang jauh lebih kecil dari segi pelepasan gas, penggunaan tanah dan air.” Majlis Perbandaran Faversham, Majlis Lewisham London, Majlis Daerah Oxfordshire dan Majlis Perbandaran Hythe hanya menghidangkan makanan vegan dalam aktiviti majlis. Ahli Majlis Perbandaran Hythe, Martin Whybrow menyatakan, “Sains sudah cukup jelas – diet berasaskan tumbuhan secara signifikan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dengan pemakanan daging dan hasil tenusu mempercepat pemanasan global dan kemusnahan habitat termasuk hutan hujan untuk makanan dan peragutan ternakan. Ini langkah jelas, senang, masuk akal dan tanpa kos untuk diambil.” Bandar Haywards Heath, UK telah menjadi bandar pertama di Eropah yang menyokong ikrar Perjanjian Berasaskan Tumbuhan, dengan penandatangan menyetujui tiga prinsip utama: 1. Tiada lagi perubahan guna tanah, penyahhutanan atau kemerosotan ekosistem untuk ladang kilang orang-haiwan, 2. Peralihan daripada sistem makanan berasaskan haiwan kepada makanan vegan, dan 3. Berusaha untuk memulihkan hutan. Bandar Haywards Heath juga akan berikan anugerah kpd sekolah dan syarikat perniagaan yang galakkan pemakanan berasaskan tumbuhan. Dr. Richard Nicholson, ahli majlis untuk Haywards Heath berkata: “Krisis iklim bukan lagi ancaman masa depan yg jauh tetapi krisis sekarang yang menimpa kita pada 2022. … Kita tidak boleh menunggu kerajaan. Kita semua mesti segera bertindak. Beralih kepada diet berasaskan tumbuhan ialah cara paling berkesan yang boleh mana-mana individu lakukan untuk membantu menangani situasi serius yang kita hadapi.” Majlis Lewisham London berusaha untuk menyediakan lebih banyak pilihan vegan di sekolah dan satu hari bebas daging orang-haiwan tambahan setiap minggu. Majlis itu juga menawarkan kelas masakan vegan kos rendah kepada ibu bapa dan anak. Datuk Bandar Reading, Rachel Eden berjanji bahawa makanan yg dihidangkan di majlis sambutan yang diadakan dalam tempoh beliau memegang jawatan Datuk Bandar adalah vegan atau vegetarian sebagai sebahagian daripada fokusnya pada kemampanan. Ahli majlis Liz Leffman, Ketua Majlis Daerah Oxfordshire mengomen, “Suatu sepersetujuan telah berkembang di UK bahawa kita perlu makan daging yang kurang daripada sekarang.” Majlis Bandaraya Leeds akan tawarkan lebih banyak hidangan vegan dan dua hari bebas daging orang-haiwan seminggu di 182 buah sekolah rendah. Menteri untuk Peralihan Ekologi negara Itali, Dr. Roberto Cingolani mengkritik sektor pengeluaran daging orang-haiwan dan menekankan keperluan bagi orang Itali mengurangkan pemakanan daging orang-haiwan. “Kita tahu bahawa mereka yang makan terlalu banyak daging alami kesan kepada kesihatan, jadi kita harus mengurangkan jumlah protein haiwan dengan menggantikannya dengan protein sayur. Selain itu, protein haiwan memerlukan enam kali air protein tumbuhan, dengan kuantiti yang sama… Jadi dengan mengubah suai model diet dengan menambahkan protein sayur, kita akan ada manfaat bersama dengan meningkatkan kesihatan awam, mengurangkan penggunaan air dan menghasilkan CO2 yang kurang.” Di Belanda, semua majlis makan malam rasmi yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, dan Sains Belanda adalah vegetarian. Mengenai perkembangannya, ahli politik Belanda, Christinea Teunissen (vegan) menyatakan, “Sejak 2005, kabinet telah mengakui bahawa daging dan hasil tenusu ialah komponen diet kita yang paling memudaratkan alam sekitar.” Ibu kota Belanda, Amsterdam komited untuk menjadi 50% berasas tumbuhan menjelang 2030 dan 60% menjelang 2040, dengan meluaskan pengagihan makanan mampan dan berasaskan tumbuhan di sekolah, bangunan awam dan kawasan kejiranan yang perlukan bantuan. Pasar raya, restoran, hotel dan syarikat perniagaan katering juga akan menambahkan item makanan berasaskan tumbuhan. Majlis Bandaraya Amsterdam juga telah menyingkirkan daging orang-haiwan dan ikan daripada menu untuk pertemuan makan tengah hari dan majlis. Dan sebagainya… Ini hanyalah beberapa perkembangan konstruktif daripada pemimpin dan kerajaan di dunia yang membantu dunia kita mara ke masa depan yang lebih selamat, lebih sihat, lebih damai dan lebih makmur. Semoga Syurga berkati semua orang yang terlibat dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengambil tindakan polisi lanjut yang sewajarnya. “ Katakan anda menggalakkan makanan berasaskan tumbuhan organik, sekarang, sesiapa saja, kerajaan, sesiapa saja memutuskan untuk meluluskan penyelesaian diet berasaskan tumbuhan ini, hanya meluluskannya saja, dia akan mendapat, ya Tuhan, beribu-ribu zillions mata pahala spiritual. Kita perlukan banyak mata untuk balik ke Syurga. Sesiapa yang meluluskan ini hanya satu kali saja sudah cukup untuk dia terbang ke Syurga selepas meninggalkan dunia ini. Dia tidak perlukan apa-apa ziarah pun, tidak perlu melakukan apa-apa yang lain pun. Sesiapa yang meluluskan itu dan sesiapa yang memastikan bahawa ia dilaksanakan akan memperoleh mata pahala spiritual yang sama yang akan dikurniakan oleh Syurga kepada mereka. ” Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/scrolls