Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perkembangan Konstruktif daripada Pemimpin dan Kerajaan di Seluruh Dunia Bahagian 1 daripada 5

2023-06-02
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Menteri Hal Ehwal Pengguna Sepanyol, Alberto Garzón, pemenang Anugerah Kepimpinan Berani Dunia Gemilang, dengan beraninya menyerukan pengurangan dalam pemakanan daging orang-haiwan untuk mengurangkan gas rumah hijau. “ Saya risau. Saya risau tentang kesihatan rakyat dan saya bimbang tentang kesihatan planet kita. Tanpa sebuah planet, kita tiada kehidupan. Tanpa sebuah planet, kita tiada gaji. Tanpa sebuah planet, kita tiada ekonomi. Kita boleh ubah diet kita dan memperbaik keadaan planet ini. ”

Sebagai sebahagian daripada rayuannya, menteri ini mengetengahkan keterdedahan Sepanyol kepada penggurunan yang didapati boleh mengubah negara itu selama-lamanya.

Beliau mengingatkan orang bahawa Sepanyol mengambil lebih banyak daging orang-haiwan daripada negara Kesatuan Eropah yang lain, menyembelih 70 juta orang-haiwan darat setiap tahun. “ Pemakanan daging yang berlebihan memudaratkan kesihatan kita dan juga planet ini. Kesihatan kita dan kesihatan keluarga kita menghadapi risiko. Ini masalah yang mesti kita tangani dengan secepat mungkin. ”

Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo menyerukan pengurangan pemakanan daging orang-haiwan sebagai langkah pertama dalam senarai cara untuk menangani pemanasan global, menulis: “Kesatuan Eropah berhasrat untuk kurangkan (pelepasan gas rumah hijau) sebanyak 55% menjelang 2030 dan mencapai sifar pelepasan menjelang 2050. Reaksi pertama kita terhadap matlamat tinggi ini adalah kita harus kurang makan daging, kurang kerap terbang, guna semula dan mempersoalkan tanggapan kita bahawa keluaran dalam negeri kasar mesti sentiasa bertambah.”

Kanada telah mengumumkan pelaburan yang besar oleh kerajaan dalam protein berasaskan tumbuhan yang mesra alam. “ Semenatara orang di seluruh dunia telah mula makan lebih banyak produk berasaskan tumbuhan, kita ada peluang untuk menggabungkan inovasi dan hasil tanaman Kanada serta peluang untuk mewujudkan pekerjaan baik yang tinggi gajinya. Hari ini, saya boleh umumkan bahawa kerajaan kita telah menyumbangkan hampir CA$100 juta untuk penapakan Merit Functional Foods di Winnipeg. Kemudahan ini akan jadi pemimpin dunia dalam protein berasaskan tumbuhan dan akan wujudkan pekerjaan yang baik dalam bidang yang berkembang pesat. ”

Bandar New York telah membuat menu sekolah menjadi vegan pada Jumaat di 1,700 buah sekolah awamnya sebagai sebahagian daripada inisiatif Jumaat Vegan. Berkenaan dengan perkembangan ini, Datuk Bandar New York, Eric Adams menyatakan: “Pilihan berasaskan tumbuhan di sekolah bermakna pemakanan yg sihat, kehidupan yang sihat dan meningkatkan kualiti hidup beribu-ribu orang pelajar Bandar New York.” “ Knak-kanak tidak harus terus diberi makanan yang menyebabkan krisis penjagaan kesihatan: obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak, asma. ”

Datuk Bandar Eric Adams juga menggesa penduduk supaya memilih diet berasaskan tumbuhan yang sihat. “ Saya galakkan orang New York supaya makan sebanyak hidangan berasaskan tumbuhan yang boleh. Lagi banyak anda makan hidangan berasaskan tumbuhan lagi sihatnya anda. ”

Bandar New York juga telah laksanakan Isnin Tanpa Daging di sekolah awam, tiada daging orang-haiwan dalam menu seminggu sehari. “ Kita mahu mereka (pelajar) menjadi sesihat yang boleh dan kita mahu mereka belajar dengan sebaik yang boleh… ” “ Ini bermakna kesemua 1.1 juta orang kanak-kanak akan makan hidangan vegetarian sihat yang enak pada setiap Isnin. Pilihan vegetarian mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser. Ia juga baik untuk alam sekitar kerana bantu kita mengurangkan jejak karbon dan memelihara sumber penting termasuk air. ” “ Kita bukan sahaja selamatkan keluarga malah selamatkan planet kita. ”

Daerah Sekolah Bersatu Los Angeles menyertai Isnin Tanpa Daging juga, membekalkan hidangan bebas daging orang-haiwan kepada 664,000 orang pelajar di 1,302 buah sekolah pada hari Isnin. Daerah sekolah ini juga mendidik pelajar tentang kebaikan kesihatan memilih hidangan yang lebih berasaskan tumbuhan.

Dan sebagainya…

Ini hanyalah beberapa perkembangan konstruktif daripada pemimpin dan kerajaan di dunia yang membantu dunia kita mara ke masa depan yang lebih selamat, lebih sihat, lebih damai dan lebih makmur. Semoga Syurga berkati semua orang yang terlibat dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengambil tindakan polisi lanjut yang sewajarnya.

“ Katakan anda menggalakkan makanan berasaskan tumbuhan organik, sekarang, sesiapa saja, kerajaan, sesiapa saja memutuskan untuk meluluskan penyelesaian diet berasaskan tumbuhan ini, hanya meluluskannya saja, dia akan mendapat, ya Tuhan, beribu-ribu zillions mata pahala spiritual. Kita perlukan banyak mata untuk balik ke Syurga. Sesiapa yang meluluskan ini hanya satu kali saja sudah cukup untuk dia terbang ke Syurga selepas meninggalkan dunia ini. Dia tidak perlukan apa-apa ziarah pun, tidak perlu melakukan apa-apa yang lain pun. Sesiapa yang meluluskan itu dan sesiapa yang memastikan bahawa ia dilaksanakan akan memperoleh mata pahala spiritual yang sama yang akan dikurniakan oleh Syurga kepada mereka. ”

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/scrolls
Saksikan Lebih Banyak
Dunia Terserlah  1 / 26
2
16:03
2020-10-24
5524 Tontonan
5
2019-06-26
13262 Tontonan
9
2021-06-28
3783 Tontonan
10
2020-02-03
5246 Tontonan
12
2021-01-29
6166 Tontonan
13
2018-09-09
7249 Tontonan
14
2021-01-24
4028 Tontonan
15
2021-12-15
3631 Tontonan
16
2021-10-16
4498 Tontonan
20
2021-05-09
4038 Tontonan
24
2017-12-24
4827 Tontonan
25
2020-10-29
8054 Tontonan
26
2019-08-05
6322 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2023-12-04
1782 Tontonan
2023-12-03
1815 Tontonan
2023-12-02
234 Tontonan
2023-12-02
1909 Tontonan
2023-12-01
344 Tontonan
2023-12-01
204 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android