Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersikap Serius dan Lindungi Diri dgn Apa Cara Sekalipun

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi perlu pakai penutup mulut dan peralatan perlindungan di luar bilikmu. Cuci tangan, badanmu sentiasanya, selepas kamu keluar. (Terima kasih atas peringatan ini, Guru.) Kamu perlu serius.

 

Halo, Guru. Hei, halo, (Hei!) bagus. Apa khabar? (Khabar baik. Apa khabar, Guru?) Biasa saja. (Oh!) Lebih banyak di dalam. Di luar juga. Saya buat kerja (Ya.) sebanyak yang boleh dan banyak bermeditasi juga. (Sangat sibuk.) Hati sangat sedih, sakit hati. (Oh!) Saya perlu melawan itu, melawan kesedihan saya kerana Syurga juga beritahu saya, “Kesedihan takkan membantu. Engkau perlu bergembira.” Saya kata, “Macam mana? Lihat sekeliling-Mu dan beritahu aku bahawa aku perlu bergembira?” “Lihat sekeliling duniaku, kehidupanku dan kehidupan semua orang yang lain, dan beritahu aku supaya bergembira?” Itu apa yang saya beritahu Syurga. Saya cuba berpura-pura senyum berseorangan. Tiada orang yang nampak. Apa gunanya? (Ya.)

 

Apabila orang menderita, saya menderita juga. (Ya, Guru.) Saya memikirkan orang yang tercungap-cungap menarik nafas dan kanak-kanak, usia yang sangat muda, belum sampai remaja pun dan begitu banyak menderita dengan penyakit yang sangat ganjil ini kerana ini bukan penyakit biasa yang biasanya kanak-kanak hidapi. (Ya.) Ini luar biasa kerana daripada COVID-19. Mereka begitu banyak menderita dan sesetengahnya mati, remaja muda pun ada masalah juga.

 

Ini waktu yang teruk. Semua orang yg terlibat dlm pembunuhan, penyeksaan atau penyertaan dalam jenis perniagaan ini seperti perniagaan daging, terpengaruh. Sesetengah orang terlindung disebabkan oleh pahala yang lebih besar dari hayat silam, masih tertinggal. (Ya.) Sesetengah orang tak terlindung dan diserang. (Begitu menyedihkan.) Serangan kuat. Sesetengah orang terlindung, jadi sembuh sampai tahap tertentu daripada pahala mereka sendiri. (Ya.) Terlindung daripada hayat silam atau hayat ini jika mereka buat sesuatu yang baik, membantu makhluk lain atau menyelamatkan nyawa dgn sesuatu cara. Mereka sembuh atau tak diserang sama sekali meskipun mereka membawa penyakit ini. Jadi itu masalahnya. Sebab itulah saya nak beritahu kamu, menelefon kamu utk ingatkan semua orang supaya pakai penutup mulut, (Ya, Guru.) malah pelitup muka, lagi baik, jika pergi ke sesuatu tempat, di luar bilik kamu, kawasan kamu. (Okey.) Kerana orang lain yang ada penyakit ini, jangkitan ini mungkin berada di sana sebelum kamu meskipun tiada orang di sekeliling kamu. Seperti jika kamu turun ke tingkat bawah tanah bangunanmu, (Ya.) bangunan kondominium kamu, di tingkat bawah tanah komuniti hanya untuk mengambil peralatan atau sesuatu dari tempat simpanan di bawah sana, cuci pakaian atau sesuatu, kamu harus pakai penutup mulut dan pelitup muka, itu paling baik. (Okey, Guru.)

Balik, masih perlu mencuci diri, lebih baik. Cuci tangan, cuci muka, cuci seluruh badan jika boleh. Kerana ada kes yang berlaku. Seseorang turun ke tingkat bawah tanah bangunan mereka seperti untuk mencuci pakaian, kemudian jatuh sakit. Mereka dijangkiti walaupun tiada orang di sana dan mereka tak berada di luar bilik mereka kecuali kali itu saja. (Oh!) Contohnya. (Okey, Guru.) Jadi berhati-hatilah. Kerana sesiapa yang sakit, jika dia berada di sana sebelum kamu, (Ya.) dia batuk, bernafas atau sentuh benda di bawah sana, mungkin kamu dijangkiti juga, sama saja. Meskipun orang itu tak sakit atau dia belum tahu bahawa dia sakit, dia tetap adanya. (Ya, Guru.) Kemudian ia masih di dalam udara. Kerana banyak orang tak tahu bahawa mereka sakit, atau sakit tetapi berjalan ke sana sini di sesuatu tempat, pasar raya atau sesuatu macam itu, menjadi macho, tak pakai penutup mulut atau melanggar perintah berkurung cemas COVID dan sebagainya. Mereka bernafas, batuk, bercakap atau apa-apa saja dan ia masih di dalam udara, kemudian kamu akan mendapatnya jika berdekatan atau di sebelahnya. Selepas itu, jika tiada orang di sana lagi pun, kamu akan mendapatnya. Jadi perlu pakai penutup mulut dan peralatan perlindungan di luar bilikmu. Cuci tangan, badanmu sentiasanya, selepas kamu keluar. (Terima kasih atas peringatan ini, Guru.) Kamu perlu serius. Jangan menjadi macho kerana kamu tak tahu macam mana rupanya apabila kamu sakit dengan ini. Ia menyeksa kamu. Sesetengah orang rasa macam api bakar di dalam badan, darah mereka. Sesetengah orang tiada udara, tak dapat bernafas. Sesetengah kanak-kanak sakit dengan penyakit ganjil dan sesetengah orang terpengaruh dengan cara-cara yang berlainan. Jangkitan COVID-19 ini tak sama dengan yang lain. Ia ada pelbagai simptom yang semuanya berkaitan dengannya, malah tiada simptom sama sekali. Sangat menakutkan bagi kanak-kanak dan orang dewasa juga. Orang muda yang sihat pun. Jadi, seriuslah. (Ya, Guru. Oh...) Masih dapat dengar suara saya? Bunyi telefon saya kasar sikit. (Saya masih dapat dengar suara Guru, ya.) Sangat bagus. (Guru...) Ya, saat. (Okey.)

Seriuslah dengan itu. Pakai penutup mulut, sepanjang masa. Maksud saya, di luar bilikmu. (Ya, Guru.) Meskipun kamu pergi ke dapur bersama untuk makan, pakailah penutup mulut. Ambil makanan yang kamu perlukan lalu pergi makan berseorangan. (Okey.) Jangan duduk bersama dan berborak, melalui penutup mulut pun atau tanpa penutup mulut. Duduk berjauhan pun tak boleh. Jarak sejauh dua meter hanyalah suatu piawaian, minimum yang boleh kita buat. Tapi kita takkan tahu sama ada seseorang baru melalui kawasan kamu, ruang kamu, dan dia ada penyakit, virus COVID-19 di dalam dirinya. (Ya, Guru.) Kamu tanggalkan penutup mulut untuk makan, kamu akan mendapatnya juga. (Ya, Guru.) Dah tentu, orang di dapur bersama, jika kita adanya, orang tahu bagaimana memakai penutup mulut dan sarung tangan untuk memasak. Saya dah ajarkan ini berdekad-dekad yang lalu. Dapur kita sentiasa ada amalan standard ini. (Ya.) Pakai penutup mulut dan sarung tangan semasa memasak atau mengendalikan sayuran dan makanan. Tapi orang luar mungkin tidak. Begitu pun, kamu harus pakai penutup mulut, ambil makanan lalu pergi makan berseorangan. (Okey, Guru.) Maksud saya kamu semua. (Ya, Guru.) Orang luar mungkin tak dengar kata-kata saya kerana mereka tak kenali saya dan mereka tak peduli. Tapi kamu harus melakukannya. (Okey, terima kasih, Guru.) Saya bukan membazirkan masa memberitahu kamu ini tanpa sebab. Tiada sebabnya saya buat begitu. Hanya untuk menjaga kamu saja. (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) Seriuslah. (Ya, Guru. Terima kasih.)

Kamu bermeditasi berseorangan di pejabatmu. Lebih baik tak perlukan meditasi berkumpulan. Kerana kamu tiada ruang yang cukup luas, (Ya, Guru.) dua meter persegi setiap orang. (Okey.) Lelaki adanya. Jika kamu ada, maka lakukannya. Tapi jika tiada, hanya bermeditasi di pejabatmu. Melaraskan jam penggera, bermeditasi bersama semua orang yang lain (Ya.) tiga kali sehari sebagai kakitangan pasukan Supreme Master TV kita. (Ya.) Ya. Bermeditasi berseorangan, lebih baik. (Okey, Guru.) Ruang kamu sendiri atau di pejabatmu. Tapi mesti bermeditasi. (Ya, kami akan buat begitu.) Tiga kali sehari, mesti, untuk melindungi diri di peringkat yang lebih tinggi, bukan hanya penutup mulut dan ubat. Ini hanyalah piawaian. (Okey, Guru.) Perlindungan yang lebih tinggi, kamu mesti wujudkan dengan amalan meditasi yang saya ajarkan semasa inisiasi. (Terima kasih, Guru.) Melafazkan Nama Suci sepanjang masa dan berdoa setiap hari. (Ya, Guru.) Ini ialah perlindungan tertinggi. (Terima kasih, Guru.) Saya dah beritahu kamu supaya lafazkan Nama Suci sepanjang masa, bila-bila, mana-mana saja. (Ya.) Bukan sahaja untuk melindungi kamu tetapi juga melindungi orang lain berdekatan, di sekeliling kamu. Jadi ini sangat penting. (Ya, Guru.) Saya beritahu kamu supaya serius, sesiapa yang boleh dengar. Saya rasa walaupun di tempat kamu diami sekarang sudah diumumkan selamat secara rasmi dan orang tak dikuarantin lagi, namun masih ada sesetengah orang yang ada jangkitan tanpa menunjukkan simptomnya. Jadi sesiapa yang keluar dari rumah harus memakai penutup mulut. (Okey, Guru.) Semasa keluar, kamu memakai penutup mulut kecuali apabila kamu perlu menunjukkan muka untuk tujuan pengenalan diri. Jika tidak, pakai penutup mulut lebih selamat, di dalam pesawat, bas atau sesuatu macam itu, atau di pasar raya, supaya tak dijangkiti atau menjangkiti makanan yang kamu lihat, hembuskan nafas atau batuk, kita takkan tahu. Lindungilah makanan. (Ya, Guru.) Masuk ke dalam pasar raya dan sebagainya, melindungi semua item di dalam kedai. Kerana masih ada penyakit yang masih tersebar seperti SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk), MERS (Sindrom Pernafasan Timur Tengah) dan sebagainya. Walaupun jumlah kematian tak tinggi sangat, jangkitan masih berlaku. (Ya, Guru.) Selesema bermusim yang lain dan apa-apa saja. (Ya, Guru.) Saya rasa kamu semua harus pakai penutup mulut sewaktu pergi ke kawasan awam. Ya? (Okey, Guru.) (Akan buat begitu. Terima kasih banyak-banyak.) Sama-sama.

 

 (Ada apa-apa yg baru utk dikongsi, Guru?) Saya terlupa ceritakan sesuatu kisah. Seekor ular cuba gigit saya sewaktu saya berjalan keluar sejauh beberapa meter saja di kawasan luar, taman dan pokok. (Ya Tuhan! Apa yang berlaku?) Ular itu cuba gigit saya. Tapi sebelum dapat, burung sudah bunuhnya. (Oh, wau!) Itu ular berbisa. Walaupun itu bukan yang besar sangat, namun berbisa. Selepas itu saya tinjau. Saya rasa itu... Saya berterima kasih kepada Dewata dan Mereka kata, “Berterima kasihlah kepada alat baik, burung itu.” Itu burung De. Masih ingat suatu kali saya beritahu kamu bahawa saya nampak seekor burung dan ia sentiasa berjalan mengelilingi saya? (Ya.) Kita ada fotonya sekarang. (Okey.) Ia dah menjadi besar sekarang. Wau! Kira-kira empat kali lebih besar daripada dulu. Lebih besar daripada itu di dalam foto. (Oh, wau!) Dulu ia sebesar satu kaki saya saja. Kaki saya adalah kecil tapi ia lebih kurang saiz itu saja. Kecil seperti merpati remaja. Tapi sekarang ia besar. Saya ingat ia seekor helang. Warnanya berubah. Lebih gelap dan tak begitu berbintik tapi bintiknya menjadi lebih besar juga dan ia begitu megah. Ia terbang entah dari mana dan bunuh ular itu. (Wau! Syukurlah.)

Sebelumnya saya diberitahu bahawa ia di sana untuk melindungi saya tetapi saya tak tahu, tak nampak sebarang bukti. (Bila?) Beberapa hari yang lalu. (Beberapa hari yang lalu! Syukurlah. Terima kasih kpd Syurga atas burung itu.) Empat hari yang lalu. Ya. (Empat hari yang lalu, Guru?) Ya, empat hari yang lalu. (Wau!) (Oh!) Tidak lagi di tempat lama itu tetapi ia terbang keluar entah dari mana. Ia di mana-mana saja sekarang. Ia boleh terbang tinggi sekali dan pergi ke mana-mana saja. Ia tak tinggal di satu tempat atau tempat saya nampaknya dulu. Ia datang entah dari mana, dengan begitu saja. Untuk memastikan tiada apa-apa, tiada kuasa ajaib yg dapat hidupkannya semula, ia berulang-alik untuk terus makan ular mati itu. (Ya.) Terima kasih kepada burung itu kerana melindungi Guru. Ia membahagikannya menjadi banyak bahagian supaya mereka tak dapat hidupkannya semula meskipun dengan kuasa ajaib syaitan. Ia telah bertumbuh menjadi begitu besar hingga pada mulanya saya tak dapat camnya. (Ya.) Terkejut, dan ia lihat saya, tak lama berada di sana juga. Ia terbang pergi dari situ. Selepas itu, ia tiada di sana tapi saya tanyanya mengapa ia makan ular yang dahsyat itu. (Ya.) Ia tak perlu makannya. Begitu geli. (Ya.) Ia kata ia perlu memotong sesetengah bahagian dan bahagikannya. Jika tidak, syaitan mungkin mencantumkannya, kemudian buatnya menjadi zombi dan masih boleh berfungsi semula. (Okey. Wau!) (Syukur atas burung itu.) Ular itu tak nak, saya tahu. (Oh!) Cuma ia didesak. Faham? (Ya, Guru.) Dimanipulasikan untuk buat begitu. Mereka gunakan segala jenis alat untuk menyusahkan saya. Mereka memang benci saya. (Oh!)

(Adakah masih terdapat banyak syaitan di sekeliling?) Ya. (Oh!) Dah tentu, mereka bersembunyi dalam bentuk manusia juga. (Oh, tidak!) Ya. Kerana sesetengah manusia dibuat menjadi zombi. (Oh, wau!) Banyak daripada mereka ialah mangsa COVID-19 juga. (Ya Tuhan.) Begitu banyak perkara. Mereka ada kuasa ajaib sebegini, malah menukar orang menjadi zombi. Roh telah ditolak keluar, dipaksa keluar. (Apa yang berlaku kepada roh itu?) Jangan risau tentang roh-roh ini, saya dah tangkap mereka (Okey, terima kasih, Guru.) dan hantar mereka ke Syurga. (Wau! Mereka telah dibuat menjadi zombi. Ini seperti filem Hollywood.) Ya, ya. Maklumlah: penyakit Alzheimer (Ya.) tak benar-benar ialah penyakit. Itu perbuatan syaitan ghairah yang separuh berjaya. (Ya Tuhan!) Jika mereka berjaya sepenuhnya, maka mereka mengambil alih seluruh orang. (Ya.) Tapi jika hanya separuh berjaya atau kurang berjaya, mereka buat mereka menjadi pesakit Alzheimer macam itu. Jadi mereka tak ingat apa-apa pun. Mereka tak dapat cam isteri dan anak sendiri pun. (Macam tak percaya.) Saya tahu. (Ada begitu banyak yang kita tak tahu tentang dunia ini.) Dahsyatnya dunia ini, maklumlah. Kerana kita buat sesuatu terhadap diri sendiri juga untuk buat tenaga menjadi begitu buruk sehingga segalanya boleh makannya. (Ya, Guru.) Dunia ini adalah menakutkan. (Ya.) Syukurlah, saya ada sedikit perlindungan sekali-sekala. (Kami mendoakan perlindungan untuk Guru.) Mereka cuba menghapuskan saya. (Oh!) Saya tak senang mati. (Ya.) Saya tak senang mati, rebus keras. (Terima kasih. Terima kasih kerana berada di sini, Guru.) Masih ada kerja yang nak dibuat. Apa yang nak dibuat? (Ya, Guru.)

 

(Guru, ada beberapa soalan yang saya nak tanya.) Pasti boleh. Tanyalah. (Adakah Guru menderma lagi Adakah Guru menderma lagi kepada mangsa COVID-19 di negara-negara yang semakin teruk akibat virus ini?) Dah tentu, sesetengahnya, ya. Saya telah mengatur untuk Syria, Brazil, Mexico, Yemen. (Oh!) Rasanya saya akan mengatur untuk Afghanistan dan Ghana di Afrika. Saya hanya buat apa yang datang. Saya tak sentiasa ada maklumat yang mencukupi tentang keseriusan atau kadar jangkitan di negara-negara yang berlainan. (Ya, Guru.) Seperti yang saya dah beritahu kamu, seperti yang kamu dah lihat sebelumnya, telefon tak berfungsi dengan baik pun. (Ya.) Tapi sekarang lebih baik. Kamu dapat dengar suara saya, kan? (Jauh lebih baik sekarang. Terima kasih, Guru.) Sebelumnya begitu statik. Saya tak dapat dengar suara saya sendiri pun. (Oh!) Saya tak sentiasa dapat lihat berita. (Ya, Guru.) Saya orang yang sangat rendah teknologi dan tinggal di kawasan yang tak begitu berteknologi tinggi. Tapi tetap dah lebih baik daripada tiada apa-apa pun. (Ya.) Saya masih boleh bekerja, cuma kadangkala saya tak sentiasa lihat berita. Saya perlu banyak bermeditasi. (Ya, Guru. Terima kasih.) Dan menguruskan banyak kerja sendirian. Kerja besar seperti cuci pinggan mangkuk, cuci pakaian. Bersihkan rumah, menyapu semut (Oh!) atau apa-apa saja. (Ya.) Sebenarnya semasa bersuluk, saya tak harus lihat berita atau apa-apa pun. Ia datang disebabkan oleh telefon. Tapi juga kerana ini ialah situasi istimewa dunia kita, saya tak boleh abaikannya. (Ya, Guru.) Ada soalan lain? (Guru, ya.) Sebelumnya telefon bermasalah.

 

 (Saya ada satu lagi soalan, Guru.) Okey. Bagus. Tanyalah. (Guru telah berada di Bumi ini untuk masa yang sangat panjang, macam selama-lamanya. )Ya. (Jadi mengapakah Guru mencipta Alam Spiritual Baru baru-baru ini saja? Seribu tahun yang lalu saja?) Oh! Itu angka Syurga Tinggi. (Oh!) Saya terlupa menukarkannya ke tahun Bumi. Jika itu pengiraan tahun Bumi, maka sangat lama dahulu. Okey? (Oh!) Biar saya lihat. Kadangkala saya terlupa menukar ke sistem matematik kita. Kerana ia berbeza. Ia jenis pengiraan yang berbeza. (Ya, Guru.) Jenis masa dan ruang yang berbeza. Di kawasan yang lebih tinggi, tiada masa dan ruang. (Ya.) Seperti di Alam Spiritual Baru Tim Qo Tu, tiada masa dan ruang. Kita tak peduli, tak perlukan itu. (Bagus.) Ini bergantung kepada di mana saya berlalu atau berada, seperti yang kita kata dalam bahasa Amerika. Ini bergantung kepada saya berada di Syurga mana semasa saya berkata pada masa itu, maka saya berkata mengikut keadaan. (Ya, Guru.) Tapi itu bukan seribu tahun dahulu saja. (Berapa lama dahulu?) Ini mengambil sedikit masa untuk kira. (Okey.) Sebab itulah kadangkala saya tak berfikir tentang itu pun. Kerana ini tak menjadi hal bagi kamu dalam tempoh masa ini. Kamu mendapatnya. Kamu mendapat Syurga setinggi yang boleh, menunggu kamu. Jadi saya tak berfikir pun. Tapi biar saya lihat. (Terima kasih, Guru.) Bagi saya, ia terjamin dan sudah ada di sana untuk kamu, jadi saya tak terlalu banyak berfikir. (Okey.) Ini mengambil sedikit masa. Bersabarlah. Saat. (Ya, Guru.) Jika otak saya dapat mengetahuinya. Saya perlu menulisnya pada kertas ini dan beritahu kamu. Kamu perlu tahu bahawa di Syurga-syurga yang berlainan, ada sistem matematik yang berlainan. (Ya? Oh, wau!) Tak kira apa pun, masanya berbeza dengan masa kita. Okey? (Okey.) Contohnya di Bumi kita juga, ada dolar Amerika atau malah ruble Rusia. Hanya AS$10,000 pun menjadi berjuta-juta ruble di Rusia, atau di India, atau mungkin dalam renminbi di China, contohnya, atau dong Âu Lạc (Vietnam). (Ya, Guru.) Jadi jika kita terlupa menukarkannya, kita kata, “Oh! Saya beli sebuah rumah di Âu Lạc (Vietnam) dengan satu bilion dolar,” ini bermakna satu bilion dong di Âu Lạc (Vietnam), tapi itu bukan satu bilion dolar Amerika. (Ya, Guru.) Jadi bagi lebih seribu tahun yang lalu itu, saya di Peringkat Kelima pada masa itu. Jadi sekarang itu kira-kira 63,230,320 tahun (Wau!) dalam masa Bumi. (Wau, itu masa yang sangat panjang!) Jika kita menaik lebih tinggi, lagi... Berbeza. Atau lebih rendah, berbeza. Kerana roh Guru berada di Syurga-syurga yang berlainan kadangkala. (Okey.) Boleh ajar Syurga dan Bumi pada masa yang sama. Oleh itu, ada perbezaan yang besar antara bilangan tahun tetapi bukan hanya lebih seribu tahun yang lalu. (Wau! Okey, terima kasih kerana menjelaskannya, Guru.)

 

Ada soalan lagi? (Itu saja. Terima kasih banyak-banyak, Guru.) Syukurlah, telefon ini berfungsi dengan baik, (Ya.) hanya untuk kita. Yang sebelum itu, boleh tak? Yang sebelum ini. (Ya, rakaman pertama, baik seperti ini.) Kamu merakamkannya. Bagus, supaya kamu tak lupa. Jika kamu nak beritahu saudaramu, maka boleh mentranskripsikannya. (Ya, bahagian itu akan ditranskripsikan, ya.) Supaya mereka boleh tahu tentangnya. (Okey, Guru.) Terutamanya tentang hal penutup mulut. (Ya, Guru.) Okey, Terima kasih. (Terima kasih banyak-banyak. Semoga Tuhan rahmati Guru.) Semoga Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih.) Sampaikanlah salam saya kepada saudara-saudaramu. (Akan buat begitu. Terima kasih banyak-banyak.) Semua anggota pasukan kamu. (Ya, Guru.) Saya sentiasa berterima kasih kpd mereka. Kadangkala meskipun saya tiada masa untuk menulis bagi ucapkan terima kasih, saya berterima kasih kepada kamu semua, sentiasanya. (Satu soalan lagi: Guru menangkap semua roh yang dipaksa keluar oleh syaitan dan bawa mereka ke atas?) Hanya roh yang baik atau bertaubat. (Terima kasih, Guru. Jagalah diri. Semoga Guru selamat sejahtera.) Jagalah diri.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android