Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mesej Mahaguru Ching Hai kepada Hadirin COP27

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Host: Mahaguru Ching Hai (vegan) telah diundang untuk menghadiri persidangan COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir yang diadakan dari 5-18 November 2022 oleh pertubuhan yang dipanggil Platform Polisi Vegan Antara Kerajaan. Oleh sebab Guru masih dalam suluk meditasi untuk menaikkan planet berharga kita, Beliau tidak dapat hadir. Namun, Beliau dengan lembut mesra merakamkan mesej berikut untuk semua hadirin persidangan itu.

Penghormatan setinggi-tinggi saya kepada semua hadirin COP27 yang berniat baik dan mulia. Semoga anda juga mengambil kesempatan ini untuk menikmati tanah keemasan Mesir. Semoga Matahari di tanah gemilang ini memberkati dan mengingatkan anda tentang asal Syurga anda.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, terima kasih atas undangan ini tetapi saya tidak dapat hadir secara fizikal. Buat masa ini, saya dalam meditasi intensif dan suluk doa untuk bantu menyelamatkan planet ini, manusia dan semua makhluk yang hidup di planet ini sebanyak yang boleh, sebanyak yang boleh. Terima kasih kerana mempunyai niat yang sama. Sebab itulah anda berkumpul di COP27 di Mesir untuk mencari suatu penyelesaian – penyelesaian yang lebih baik, lebih pantas utk selamatkan semua makhluk di Bumi. Semoga Tuhan rahmati anda atas tujuan mulia itu.

Kita sudah bincangkan topik perubahan iklim ini selama banyak dekad tetapi tiada banyak perubahan. Sebenarnya, perubahan iklim telah menjadi lebih buruk. Bumi kita telah menjadi lagi panas dan glasier di merata tempat mencair dengan lebih pantas daripada yang ahli sains jangkakan. Kita telah cuba banyak cara, bukanlah anda tidak. Tetapi hakikatnya, sangat mudah – dari sudut sains dan dari sudut rohani – “Apa yang kita semaikan, itulah yg akan kita tuai.” Apa-apa yang kita mahukan, kita perlu tanam. Kita perlu menciptanya. Kita perlu mendukungnya dan kita perlu mengekalkannya. Jika kita inginkan kedamaian, kita perlu berikan kedamaian juga kepada orang lain, alam haiwan dan sesiapa saja yang berkongsi planet ini dengan kita, yang tak memudaratkan kita sama sekali.

“Apa yang kita semaikan, itulah yg akan kita tuai.” Itu hukum sains dan alam semesta yang tiada orang boleh terlepas. Kita tidak dapat mengecap keamanan jika kita menyemaikan peperangan besar dengan makhluk lain di planet ini, contohnya orang-haiwan satu lagi alam yang hebat. Kita berada di alam manusia. Orang-haiwan berada di alam haiwan. Mereka tak mudaratkan kita sama sekali tetapi kita terus berperang dengan mereka setiap hari, setiap minit, setiap saat. Kita menyeksa, membunuh, mengurung mereka. Kita bunuh mereka dengan segala jenis cara yang kejam. Ini takkan membawa kedamaian atau tuah kpd kita dalam jangka masa panjang.

Perubahan iklim juga, dari sudut sains, ada kaitan dengan cara kita membunuh dan menyeksa orang-haiwan. Kerana kita menternak orang-haiwan dan wujudkan pembunuh dengan proses itu, perniagaan itu. Gas metana ialah punca utama perubahan iklim dan kita semua telah tahu akan itu sekarang.

Tetapi berita baik ialah: metana berhayat lebih singkat daripada banyak gas beracun lain yang memanaskan planet kita. Jadi jika kita hapuskan metana, maka planet ini akan menjadi dingin dengan cepat. Sementara itu, kita boleh ada keamanan dan masa untuk menangani gas-gas lain – CO2, contohnya, jika itu mengganggu kita. Dan kita boleh memulihkan lapisan ozon, contohnya. Banyak perkara kita perlu buat untuk planet kita. Sama seperti rumah yang musnah memerlukan pembaikan segera. Tetapi jika kita menjadi vegan, tidak menternak orang-haiwan, gas metana akan tiada lagi, maka planet kita akan menjadi dingin.

Begitu mudah. Anda semua tahu akan ini sekarang. Mengapa kita tak bertindak terhadapnya? Mengapa kita tidak menyebarkan lebih banyak maklumat ini dan menggubal undang-undang untuk buat orang mematuhinya bagi menyelamatkan diri, menyelamatkan planet ini untuk anak mereka juga, dan juga menyelamatkan makhluk lain yang merupakan penghuni bersama kita seperti orang-haiwan di darat, di laut, di udara dan sebagainya. Dengan menyelamatkan mereka dan menyelamatkan manusia pertama sekali, kita akan mendapat banyak berkat dan pahala daripada Syurga – daripada Tuhan yang mencipta kita semua dan mengasihi kita semua. Ini penyelesaian yang sangat mudah. Sudah berdekad-dekad saya memberitahu ini.

Saya tak tahu sama ada sesiapa drpd anda dengar, tapi tolonglah dengar sekarang. Tolong buat lebih banyak kajian mengenainya jika ada tidak percayai apa yang saya katakan. Tetapi anda harus percaya kerana semua ahli sains sudah beritahu kita. Pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah beritahu kita banyak kali. Ahli sains dan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah mengkajinya dan membuat kesimpulan bahawa metana ialah punca utama planet kita menjadi panas. Jadi tolonglah, tidak perlu membuang masa lagi kerana keadaan cemas sekarang.

Hanya menjadi vegan, kemudian keamanan akan datang. Biasanya saya berkata kepada orang: menjadi vegan, berdamai, berbuat baik, tetapi jika kita adalah vegan, kita akan berdamai dengan alam haiwan dan jiran kita kerana itu hasil mudah dan natural mengamalkan gaya hidup penuh belas kasihan, kemurahan hati. Kemudian sifat sebenar kita akan kembali kepada segala kemegahannya dan kita akan menjadi anak Tuhan sejati semula, dengan segala sifat Tuhan yang diwarisi sejak hari kita dilahirkan. Apa yang perlu kita buat hanyalah membangkitkan, mengamalkannya. Sebagaimana Tuhan mengasihi kita, kita juga akan mengasihi semua makhluk yg lain di sekeliling kita kerana mereka semua ialah ciptaan Tuhan.

Kita tahu apa yang hendak dibuat. Lakukannya saja. Itu saja. Kita tahu vegan adalah baik untuk planet ini, baik untuk kesihatan kita dan baik untuk peningkatan spiritual dan makrifat kita juga. Jadi tolong lakukannya saja. Saya tahu anda sibuk, jadi takkan ambil masa yg terlalu panjang kerana anda semua sudah tahu. Saya hanya mengingatkan anda. Saya hanya nak ucapkan terima kasih kepada anda kerana dengar. Anda sibuk, jadi saya akan buatnya pendek sekarang. Kesimpulannya sangat mudah – menjadi vegan, berdamai, berbuat baik. Atau hanya menjadi vegan dan segalanya yang anda inginkan akan menjadi nyata dan anda akan rasa kehidupan menjadi jauh lebih baik. Anda akan nampak, akan menerima, akan rasai, akan tahu bahawa berkat Syurga akan datang bercurah pada anda. Kasih Sayang Tuhan akan anda rasai, bukan hanya dengan dengar cakap atau kata-kata orang. Percayalah saya. Menjadi vegan dan segalanya akan baik. Terima kasih banyak-banyak. Semoga anda ada hasil yang terbaik daripada COP27 ini. Semoga anda rasai Kasih Sayang Tuhan, Berkat Tuhan. Jadilah vegan. Itu saja yang perlu anda buat. Tuhan rahmati anda. Dan sebagainya…

Host: Kita amat berterima kasih kepada Mahaguru Ching Hai (vegan) atas mesej cemas-Nya bahawa penyelesaian yang paling mudah, pantas dan baik kepada krisis iklim ialah diet vegan. Kita berdoa agar kerajaan-kerajaan di dunia segera implementasikan Undang-undang Vegan supaya orang-haiwan yang manis dapat diselamatkan dan umat manusia boleh ada masa depan yang cerah.

Juga, untuk rujukan anda, sila saksikan Berita Selitan/ persidangan Antara Guru dengan Anak Murid yang berkaitan sebelumnya seperti:

Berita Selitan:

Ahimsa Mewujudkan Keamanan dan Keselamatan

Jika Anda Berikan Kedamaian, Anda akan Mendapat Kedamaian – Apa-apa yang Kita Mahukan, Kita Perlu Tanamnya

Antara Guru dengan Anak Murid

Veganisme: Mewujudkan Syurga di Bumi Sementara Hentikan Perubahan Iklim – Petikan daripada Perbincangan Mahaguru Ching Hai

Mahaguru Ching Hai Membincangkan Alam Sekitar: Kesan Sebenar Daging – Petikan daripada Khutbah Mahaguru Ching Hai

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Lindungi Diri Sendiri dan Makhluk Lain

Perhatian Berat Mahaguru Ching Hai terhadap Afrika & China

Kerajaan Harus Pronyawa dan Menggalakkan Veganisme

Belas Kasihan dan Standard Moral Sebenar ialah Penyelesaian Sebenar

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
42:21

Kod Badan Guru, Bahagian 5 daripada 11

2023-12-04   1782 Tontonan
2023-12-04
1782 Tontonan
2023-12-03
799 Tontonan
40:38

Kod Badan Guru, Bahagian 4 daripada 11

2023-12-03   1815 Tontonan
2023-12-03
1815 Tontonan
40:28

Berita Wajar Diberi Perhatian

2023-12-02   234 Tontonan
2023-12-02
234 Tontonan
2023-12-02
181 Tontonan
2023-12-02
473 Tontonan
39:36

Kod Badan Guru, Bahagian 3 daripada 11

2023-12-02   1909 Tontonan
2023-12-02
1909 Tontonan
2023-12-01
344 Tontonan
53:23

Berita Wajar Diberi Perhatian

2023-12-01   204 Tontonan
2023-12-01
204 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android